Dari sahabat untuk sahabat: Jangan Lupa Berhenti!

Kalau kita makan dengan gelojoh, apa akan jadi?

Kemungkinan untuk kita tercekik adalah tinggi. Dan kita akan cepat lapar semula walaupun kuantiti makanan yang diambil adalah banyak.  Jadi, kita perlu ambil masa untuk berhenti dan bertenang untuk kita lebih menikmati makanan kita.

Pada waktu kita dah terlewat untuk ke kelas, kalau kita kelam kabut, apa akan jadi?

Semua barang yang kita cari mesti tak jumpa. Dan ada kemungkinan kita akan menghempas barang atau menyelerakkan meja kerana geram. Geram kerana semuanya tidak kena. Lagi kita nak cepat, lagi banyak pula masalahnya. Penyelesaiannya, kita perlu bertenang, jangan kelam kabut dan lakukannya dengan kelajuan normal. InsyaALLAH akan lebih mudah.

Sama juga keadaannya untuk solat. Ramai yang lupa untuk bertenang dalam solat. Lepas rukuk, terus iktidal, pastu tak sempat nak tarik nafas dahi dah sentuh sejadah untuk sujud, belum pun dahi benar-benar menyentuh lantai, sudah bangun untuk duduk antara dua sujud. Solat begini adalah solat yang tiada Toma’ninah dan hukumnya? Tidak sah! Jadi, dalam solat juga ambil masa untuk bertenang dan berhenti. Bertenang dan berhenti pada pergerakan-pergerakan yang telah diwajibkan Toma’ninah padanya.

Jangan kerana gelojoh mengejar waktu kerana urusan dunia, kita korbankan kewajipan yang dituntut oleh pencipta kita pada setiap hamba-hambanya yang beriman. Sempurnakanlah solatmu dan tunaikanlah ia dalam ketenangan.

Buat sahabat yang mungkin terlupa tentang toma’ninah ini, berikut adalah sedikit penerangan untuk dikongsi.

Dalam bahasa mudahnya Toma’ninah beerti bertenang. Dan ia adalah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya ramai yang tidak sedar bahawa solat mereka tidak sah. Antara rukun solat yang wajib disertakan toma’ninah adalah,

Rukuk

Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar toma’ninah.

Iktidal

Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar dan itulah kadar toma’ninah.

Sujud

Sewaktu semua anggota sujud mencecah lantai hentikan sebarang pergerakan seketika. Itulah kadar toma’ninah.

Duduk antara dua sujud

Sewaktu membaca bacaan ketika duduk antara dua sujud, bertoma’ninahlah dengan menghentikan sebarang pergerakan angota kasar.

Walaupun Toma’ninah hanyalah perbuatan untuk berhenti seketika, tetapi sah atau tidak sah solat kita bergantung pada perkara kecil ini!

3 thoughts on “Dari sahabat untuk sahabat: Jangan Lupa Berhenti!

  1. urm, betol3..
    “Seburuk-buruk orang yang mencuri itu adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana dia mencuri dalam solatnya?’ Rasulullah bersabda, “(Iaitu) tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya.” [Ibn Abi Syaibah (1/89/2), At-Tabrani dan Al-Hakim serta disahihkan dan disepakati oleh Adz-Dzahabi]

    Wallahualam =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s