Cerpen : Ramadhan Shila……(1)

Hujan renyai-renyai di pagi itu membuatkan Shila berlari-lari anak pulang kerumahnya. Memang menjadi kebiasaan Shila untuk bersiar-siar ditaman di hadapan rumahnya mencari tenang di hati seusai solat subuh. Shila kini bukan lagi seperti Shila yang dulu. Baru beberapa bulan Shila tekad menjalani kehidupan sebagai muslim sepenuh masa. Sebelum ini Shila tidak kenal erti solat. Telekung untuk solat pun berhabuk dalam almari rumahnya. Terakhir dia menyentuh telekung itu adalah saat-saat dia diijab kabul dengan suaminya 4 tahun lalu. Itupun telekung itu hanya menjadi hantaran perkahwinan semata-mata. Dan beberapa bulan lepas, Shila tekad ‘menyentuh’ kembali telekung yang disimpan rapi dalam almari rumahnya.

Hatinya sayu. Sampai dirumah, Shila lantas membuka peti sejuk rumahnya dan mencapai air mineral sebagai penghilang dahaga. Saat-saat menuang air ke dalam gelas, matanya terpandang kalendar didinding rumahnya.

“ Hari ini 23 Sya’ban.” Monolog hatinya.

“ Maknanya lagi 7 hari la nak masuk Ramadhan.” Hati kecil wanita itu sambung bermonolog.

Tiba- tiba hatinya menjadi semakin sayu. Bimbang adakah masih ada harapan untuk dia bernafas di 1 Ramadhan kali ini. Orang lain mungkin punya sebab tersendiri mengapa tidak sabar menanti Ramadhan saban tahun. Namun bagi Shila, dia mungkin satu antara seribu muslim yang punya alasan tersendiri mengapa hati sayu menanti Ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini paling dinanti Shila kerana ini Ramadhan pertama yang mungkin akan memberi makna kepada Shila.

Ramadhan Shila dulu…………..

Dulu Shila macam tak pernah melalui Ramadhan. Dibesarkan dalam keluarga yang berada dan menjalani kehidupan bersama keluarga di negara barat membuatkan kehidupannya tidak ubah seperti kehidupan masyarakat kulit putih disana. Entah bila Ramadhan, entah bila pula Syawalnya tidak pernah dia ambil kisah. Nak menjalani ibadah puasa, jauh sekali. Dalam sehari arak pun tidak boleh lekang dari diteguknya. Ahli keluarga pun tidak ada yang puasa, malah daddy Shila sebagai ketua keluarga pun tidak pernah ajar cara berpuasa.

Malah, Shila juga pernah mencabar rakan islamnya yang berpuasa dengan makan didepan  mereka tanpa rasa bersalah.

Suami Shila……….

Shila nekad mengahwini teman lelakinya. Namun kehidupan Shila nyata tiada perubahannya lantaran suaminya juga kaki mabuk, kaki wanita dan tiada masa membimbing isteri ke jalan yang benar. Masuk Islam pun sebab mahu berkahwin dengan Shila. Gaya hidup tetap sama dengan masyarakat kulit putih disekeliling mereka.

Takdir meletakkan mereka hanya boleh bersama selama setahun kerana suaminya meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan.

Solat Shila……

Shila tahu apa itu solat. Malah seringkali melihat rakan Islamnya berjemaah di universiti tempat dia belajar. Namun tidak pernah pula Shila cuba melaksanakan amalan wajib bagi umat Islam itu. Kadang-kadang Shila hairan melihat rakan islamnya yang tenang saja saat masalah melanda. Musim-musim peperiksaan juga dilalui denga  tenang sedangkan Shila, masih lagi terkontang kanting minum arak  setiap malam musim peperiksaan akibat tekanan yang dirasakan. Baginya tiadalah yang boleh menghilangkan tekanan melainkan diteguk air haram itu.

Suatu malam, Shila bertanya kepada rakan islamnya, Aida ( bukan nama sebenar);

“ Mengapa saya lihat kamu tenang sahaja walaupun esok kita ada exam yang semua orang tahu susah.” Tanya Shila dalam bahasa Melayu walaupun bahasa melayunya sudah tidak seperti orang-orang melayu lain.

“ Bertenang saja hadapi kehidupan. Kerana kita ada tempat mengadu. Waktu belajar kita belajar bersungguh-sungguh. Waktu beribadat, kita beribadat bersungguh-sungguh. InsyaAllah Shila, kita kan ada tempat mengadu. Dia sentiasa setia mendengar doa rintihan kita” Jawab.

“ Siapa dia?” Shila mula kehairanan.

“ Allah s.w.t.” Kata Aida sambil menutup naskhah al-quran yang sedang dibacanya.

“ Siapa tu? Tak kenal pun.” Tanya Shila lagi.

“ Tak kenal?.” Aida bertanya kembali dengan riak sedikit terkejut diwajahnya.

Memang agak mengejutkan wanita Islam berusia 20-an tidak mengenal Allah s.w.t. Tapi itulah hakikat kehidupan Shila. Bukan salah diri yang tidak tahu, mungkin ibubapa Shila tidak pernah mengajar Shila tentang itu. Sememangnya sedih apabila Shila ditakdirkan membesar dalam keluarga yang longgar pegangan agamanya. Ayahnya orang melayu, memilih berkahwin dengan wanita yang berlainan  bangsa dan agama. Malah, selepas berkahwin, ayahnya pula hanyut dan terikut-ikut budaya ibunya. Membuatkan ayahnya lupa tentang solat, puasa, zakat, apatah lagi ibadah haji.

“ Allah itu Pencipta kita. Kalau Allah tidak mengizinkan kita hidup dimuka bumi ini, tiadalah kita disini. Dan kalau awak baca dan faham isi kandungan al-quran. Segalanya terasa mudah apabila kita menjalani kehidupan berteraskan kitab suci ini.” Terang Aida sambil menunjukkan naskhah al-quran yang dipegangnya.

Shila tertunduk. Berfikir sejenak. Mungkin dia bicara dalam hatinya.

“ Kalau saya ada masalah, saya pun ada cara saya untuk tenang. Saya minum arak. Lepas tu rasa semuanya hilang. Saya dalam dunia saya.” Kata Shila.

“ Lepas minum air tu, adakah masalah awak hilang dan selesai?” Aida menguji.

“ Hilang sekejap. Bila saya bangun esok pagi, saya kembali berfikir tentang masalah itu. Maknanya masalah saya tak selesai pun sebenarnya.” Shila menjawab sambil membelek-belek telekung yang dipakai Aida.

“ Kalau cara saya ini. Masalah selesai dan hati pun tenang. Sebab saya mengadu kepada pencipta kita, Allah. Allah yang mencipta kita. Dia tahu semuanya pasal kita. Allah tahu apa yang kita mampu hadapi. Allah tahu juga apa yang kita tak mampu hadapi. Sebab itulah, bila mana sesuatu berlaku kepada saya, saya rasa Allah menguji saya kerana saya mampu. “ Kata Aida lagi.

Perbualan malam itu berakhir disitu. Ada sesuatu yang melekat dalam hati Shila. Sejak itu Shila sering berdamping dengan Aida. Kagum benar dia dengan wanita islam bernama Aida itu. Pakaiannya menutup aurat. Gaya percakapannya lemah lembut. Alunan bacaan al-qurannya sedap didengar. Solatnya penuh teratur dan dilakukan seusai masuk saja waktu solat. Segalanya dilalui dengan tenang. Saat-saat rakan lain tertekan belajar diwaktu peperiksaan, Aida masih kelihatan tenang. Waktu belajar dia belajar, waktu solat tidak pernah sekalipun diabaikan. Dan yang nyata, Aida sering mendapat keputusan yang amat baik dalam peperiksaan. Itu menambahkan lagi keyakinan Shila untuk mendampingi insan bernama Aida ini.

Satu persatu hukum Islam dipelajari. Shila banyak belajar dari Aida. Belajar tentang apa erti kalimah syahadah. Apa erti dia lahir sebagai Islam. Apa erti solat. Apa erti berdoa. Aida nyata gembira dengan perkembangan Shila. Walaupun Shila terpaksa belajarmengaji bermula dengan membaca iqra’, namun bacaannya seringkali menunjukkan peningkatan. Aida pua tidak pernah rasa jemu mengaja Shila kembali mengenal fitrah manusia dan mngajak Shila menjalani kehidupan bertuhan……[bersambung]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s