Cerpen: Ramadhan Shila…….(2)

3 januari 2009 merupakan hari paling bermakna dalam kehidupan Shila apabila dia bertekad menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati. Tiada lagi warna dirambutnya. Kini rambut itu tertutup rapi dengan tudung-tudung yang baru dibelinya. Telekung yang berhabuk dalam almarinya kini tidak lagi terlipat kemas dalam almarinya. Kini telekung itu yang disarung lima kali sehari. Kini telekung itu yang disarungnya saat diri tertekan tandanya kini apa jua masalah yang dihadapinya, segalanya diadukan kepada Allah dalam sujudnya.

Shila bertekad pulang ke Malaysia selepas tamat pengajiannya di US. Kini, Shila hidup sendirian. Namun tidak pernah pula dirasakan sunyi kerana dia ada Allah yang sentiasa bersamanya. Bulan berganti bulan, kini shila menghitung hari  menanti detik datangnya Ramadhan. Kerana dia rindu untuk berpuasa dibulan mulia itu. Dia tidak sabar memulakan ibadah puasa yang sebenarnya. Dia tidak sabar untuk bersahur, berbuka puasa, solat terawih seperti yang diajarkan oleh Aida suatu ketika dahulu. Dia tidak sabar lagi merasakan nikmatnya menahan nafsu dari melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan.

Laungan azan dari masjid disebelah rumah Shila mengejutkan Shila dari lamunan panjangnya. Sudah zohor rupanya. Lantas Shila mempersiapkan diri dan bergerak menuju ke masjid. Itulah Shila sekarang. Walaupun bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat korporat dan punya gaji lumayan, namun apa yang dirasakan adalah semua itu tidak mampu dikecapi tanpa izin Allah s.w.t. Shila nekad membeli rumah berhampiran masjid untuk memudahkan urusan ibadahnya dijalankan di masjid itu. Dan baginya laungan azan yang didengari saban waktu itu juga menjadi motivasi untuknya mengingat waktu—waktu untuk tunduk menghadap Pencipta.

Masa terus berlalu. Dan kini sudah 29 Sya’ban. Walaupun sebelum ini sudah berkali-kali melatih diri berpusa, menggantikan puasa-puasa yang ditinggalkan semasa zaman jahiliahnya, namun ia tidak akan sama dengan nikmat berpuasa di bulan Ramadhan.

“ Esok puasa. Kalau ajak Aida iftar dirumah elok juga ni .” Shila bermonolog lagi dan mencapai kunci kereta Nissan Murano miliknya dan menuju ke supermarket untuk membeli keperluan bersahur dan berbuka puasa.

Takdir mengizinkan Shila melalui terawih pertama dan nikmat bersahur di malam pertama Ramadhan. Dan Shila juga gembira berbuka puasa bersama Aida.

“ Siap-siap la, nanti kita nak pergi solat isyak dan terawih di masjid sebelah.” Kata Shila seusai mereka solat maghrib berjemaah di rumah Shila.

.” Elok juga tu, jom Shila.” Kata Aida sambil melipat telekung dan memasukkannya ke dalam beg.

“ Aida, sebenarnya saya gembira sangat dapat rasai nikmat sebenar berpuasa di bulan Ramadhan. Kalau saya mati sekarang pun mungkin boleh tersenyum sebab impian bernafas di satu Ramadhan dimakbulkan Allah. Dan yang lebih mengembirakan saya, hari ini saya dapat berbuka puasa dengan sahabat yang amat saya sayang.” Kata Shila ketika dia melipat telekungnya.

“ Jangan cakap macam tu. InsyaAllah bertemu lagi Ramadhan tahun depan.” Aida mengusap-usap kepala Shila.

“ Saya masuk bilik kejap ambil al-quran saya ye.” Kata Shila sambil melangkah ke biliknya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kuat dari dalam bilik Shila. Aida terus berlari melihat apa yang sedang berlaku. Lemah longlai lutut Aida saat-saat melihat badan Shila terbujur dengan darah keluar dari hidung dan telinganya. Apakah lagi yang mampu dilakukan selain berdoa memohon ditenangkan hatinya menghadapi situasi itu. Lantas tangan Aida mencapai telefon bimbitnya dan membuat panggilan kecemasan ke hospital.

Dan lemah longlai sekali lagi badan Aida saat-saat melihat doktor keluar dari bilik pembedahan dan jururawat di belakang sedang menarik kain menutup muka Shila yang terbaring di katil. Apakah sudah tiba saat-saat yang paling tidak diingini dalam hidupnya. Aida tunduk beristighfar bimbang air mata yang turun ke pipi itu adalah air mata yang tidak redha dengan pemergian rakan baiknya itu.

“ Kawan saya sakit apa doktor?” Aida bertanya ingin tahu.

“ Kawan awak tak ada cerita apa-apa ke pasal penyakit dia?” Doktor tanya Aida kembali.

“ Tak ada pula.” Jawab Aida ringkas.

“ Sebenarnya jantung kawan awak sudah lama lemah berfungsi kerana kandungan alkohol yang berlebihan dalam jantung. Mungkin dia terlebih mengambil alkohol diusia muda menyebabkan jantungnya menjadi lemah. Mengikut jangkaan, dia hanya mampu hidup sehingga minggu lepas sahaja tetapi Allah masih memanjangkan usianya hingga ke hari ini.” Terang doktor itu panjang lebar.

“ Subhanallah. Mungkin Allah ingin pertemukan Shila dengan Ramadhan. Shila kuat berdoa supaya disampaikan kepada Ramadhan. Mungkin satu hari di bulan Ramadhan yang Shila lalui ini sudah cukup bermakna buat dirinya.” Aida bermonolog.

Yang mesti diterima dengan redha sekarang,  Shila hanya diizinkan bernafas selama 29 tahun saja dalam hidupnya. Shila hanya mampu melalui sekali sahaja nikmat bersahur, menahan lapar, berbuka puasa dan nikmat berterawih. mungkin tahun 2009 itulah kali pertama dan terakhir Shila merasai nikmat Ramadhan yang sebenar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s