Terkini di JAD

Japanese Speech Contest 2010 yang berlangsung di INTEC baru-baru ini telah menyaksikan 12 orang peserta dari JAD, AAJ, KTJ dan IBT berentap untuk merebut gelaran juara. JAD  telah diwakili oleh tiga orang peserta U1 (Batch 10) iaitu, Faris, Zharif dan Wan Liyana.

Alhamdulillah, tahun ini JAD menunjukkan pencapaian yang amat memberangsangkan. Zharif telah dinobatkan sebagai juara dengan tajuk ‘’Watashi no yakusoku.” Manakala Wan Liyana berjaya merangkul tempat ketiga dengan tajuk “Kimi ni todoke” diikuti Faris sebagai pemenang saguhati dengan tajuk “Durian daisuki”. Apa yang lebih membanggakan, hadiah istimewa untuk pencapaian keseluruhan terbaik telah dianugerahkan kepada JAD, hadiah telah diterima oleh Kobayashi Sensei. Anugerah ini ialah anugerah pertama yang diwujudkan dalam sejarah Japanese Speech Contest.

Ini merupakan kali pertama JAD merangkul gelaran juara sepanjang penyertaan dalam pertandingan ini , sekaligus mencipta sejarah cemerlang. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang mewakili JAD. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama serta seluruh warga JAD yang turut hadir memberikan sokongan. Semoga kejayaan ini memberikan semangat untuk kouhaitachi meneruskan perjuangan pada tahun hadapan. JAD SAIKOU!

Meraikan kemenangan... Alhamdulillah

Para peserta bergambar selepas majlis penyampaian hadiah

Wan Liyana: Speech yang amat bermakna

Faris Mohamad: Maksud di sebalik durian

Anugerah khas dimenangi JAD

Kegembiraan sebaik sahaja diumumkan sebagai juara

One thought on “Terkini di JAD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s