Si Burung Helang Uhud(2)

Kalau dulu kita baca tentang kehebatan dan ketangkasan Tolhah di medan Uhud demi cintanya kepada Rasulullah SAW dan deen ini, kali ini mari kita selidiki peribadi sahabat mulia ini pula. Ternyata harta yang melimpah ruah tidak menjadikan beliau alpa dengan kesenangan dunia.

Kekayaan Tolhah

Tolhah tergolong dalam golongan paling elit di antara tokoh-tokoh. Beliau berasal dari keturunan yang mulia. Beliau setaraf dengan Abdur Rahman bin ‘Auf dan Usman bin ‘Affan. Mereka ini adalah jutawan pada zaman jahiliyyah dan mempunyai kedudukan yang mengkagumkan.

Kebiasaannya golongan-golongan elit ini takut untuk terjebak dengan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan reputasi, dan menjejaskan kekayaan mereka. Tapi ternyata tiga sahabat ini memeluk Islam tanpa tamakkan harta. Mereka tidak sibuk memperkatakan tentang kesenangan dunia, bahkan menggunakannya hanya sekadar untuk memudahkan perjalanan menuju akhirat, negeri yang kekal abadi.

Maka, untuk itu mereka memperbanyak derma, pengorbanan dan memberi sumbangan di jalan dakwah Islam tanpa banyak berkira. Maka tidak hairanlah di akhirat kelak Allah juga memberi tanpa banyak berkira kepada mereka.

Sifat Dermawan Tolhah

Kalau kita selalunya pening memikirkan duit yang tak pernah cukup untuk memenuhi kehendak kita yang tak pernah habis, Tolhah pula sebaliknya. Beliau pening memikirkan tentang hartanya yang banyak. Hal ini diceritaakn sendiri oleh isteri beliau, Su’da binti ‘Auf, katanya :

Pada suatu hari saya masuk menemui Tolhah dan saya melihatnya bersedih.

“Bagaimana keadaanmu?” Tanya saya.

“Harta saya. Ia terlalu banyak sehingga membuat saya susah hati.”

“Tak perlu susah hati. Bahagikannya kepada orang ramai.” Cadang saya.

Lalu beliau memanggil orang ramai dan membahagikannya sehingga tidak tinggal walaupun sedirham.

Jabir bin ‘Abdullah juga pernah menceritakan tentang sifat pemurah Tolhah. Katanya : Saya tidak pernah melihat orang mendermakan kebanyakan hartanya tanpa diminta selain Tolhah bin ‘Ubaidillah. Beliau sangat baik terhadap kaum kerabatnya. Beliau tidak pernah membiarkan keluarga bani Tamim berada dalam kesusahan melainkan beliau membantu dan menyara kehidupan mereka. Malah sehingga sanggup melangsaikan hutang-hutang mereka.

Diriwayatkan juga seorang lelaki datang berjumpa Tolhah untuk meminta bantuan. Lelaki tersebut memberitahu bahawa mereka mempunyai talian persaudaraan. Tetapi kata Tolhah’ “Tiada siapa pun yang pernah memberitahu saya tentang hal ini.” Lalu tanpa banyak soal, beliau menjual sebidang tanah miliknya dengan harga 300 000 dirham dan memberikan wang itu kepada lelaki tersebut.

Kematian Tolhah

Walaupun hebat di medan perang, Tolhah tidak syahid di medan perang, tetapi beliau ditakdirkan mati dibunuh. Beliau ditakdirkan untuk hidup sehingga zaman Saidina Ali, dan pertempuran di antara beliau dan Saidina Ali sangat menyayat hati. Namun beliau tidak pernah membantah apabila Saidina Ali memperingatkan tentang kebersamaan dan kedamaian.

Saidina Ali sangat cenderung kepada kedamaian dan amat berhati-hati agar tiada pertumpahan darah berlaku sesama mereka yang mentauhidkan Allah SWT. Tolhah juga sangat terkesan dengan ucapan Saidina Ali kepada beliau,

“Tidakkah engkau mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘Wahai Tuhan kami, tolonglah orang yang menolongnya(Ali) dan musuhilah orang yang memusuhinya(Ali).’ Kamu adalah orang pertama yang membai’ah saya. Kemudian kamu membatalkannya. Sedangkan Allah telah berfirman : “Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya.”(al-Fath)”.

Mendengar semua itu, Tolhah pun berkata, “Astaghfirullah(Aku memohon ampun kepada Allah)”, lalu beliau berjalan pulang dan sewaktu perjalanan pulang itulah beliau dipanah dan menyebabkan kematiannya.

Walaubagaimanapun, beliau telah selamat menunaikan janjinya pada Allah SWT.

Aisyah r.a. berkata: “Saya berada dalam rumah sedangkan Rasulullah SAW berada di halaman. Tabir memisahkan saya dengan mereka. Tiba-tiba muncul Tolhah bin ‘Ubaidillah lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang ingin melihat lelaki yang masih berjalan di atas muka bumi sedangkan dia telah selesai menunaikan janjinya kepada Allah(seolah-olah dia telah syahid), maka lihatlah Tolhah.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s