Mengeluh dan mengeluh~

” Frustnya aku! Test tadi soalan senang-senang je. Tapi banyak yang aku cuai. Mesti tak dapat full mark ni.”

” Duit belanja bulan ni dah nak habis. Bila scholar baru nak masuk ni?”

” Sedih lak aku. Tadi nak g berbuka puasa kedai ikan bakar yang sedap tu, tengok-tengok kedai dah penuh.”

” Letih betul la belajar masa bulan puasa ni. Apsal la diorang tak bagi cuti je time-time puasa ni.”

” Asal weekend je ada program usrah! Aku nak rehat sikit pun tak boleh.”

” Sedihnya aku. Aku ingat awek tu single lagi, sekali dah berpunya beb.”

” Panasnya sekarang. Tak sangka Jepun ni lagi panas dari Malaysia.”

” Ni dah berapa marhalah kita jalan ni? Boleh tak kalau nak buka puasa? Aku dah tak tahan ni.”

” Aku masak tak pernah sedap. Selalu je tak sedap. Malas la nak masak macam ni.”

” Baru berapa hari ye Ramadhan. Lambatnya nak raya.”

Mengeluh. Ya, manusia memang suka mengeluh.

” Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.” (70:19)

Namun jarang pula kita dengar manusia mengeluh sebab tidak berpeluang buat perkara-perkara baik.

” Sedihnya aku. Tadi tak sempat qiam pun. Tertidur sampai subuh pulak.”

” Frustnya hari ini. Aku tak sempat habiskan bacaan satu juzuk. Tinggal lagi dua muka surat je.”

” Hari ni tak sempat nak sediakan iftar untuk jemaah di surau. Apalah yang mereka makan hari ni.😦 “

Mungkin sekali antara seribu kita dengar orang mengeluh kerana tidak dapat melakukan kebajikan. Saban hari manusia mengeluh kerana gagal mencapai tujuan dan cita-cita dunia. Sedih, frust, sedih, frust. Namun sukarnya merasa sedih dan frust apabila gagal merebut ganjaran pahala saban hari. Kalau diikutkan, setiap saat kehidupan kita didunia ini dikira ibadah selagi perbuatan kita tiada bertujuan lain melainkan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Orang kata bulan Ramadhan adalah bulan yang sesuai memperbaiki amal. Perubahan yang sukar dilakukan pada kebiasaan, mungkin menjadi senang tatkala cahaya Ramadhan berkunjung tiba. Yang kuat merokok, mula berkurang kuantiti rokok yang dihisap setiap hari. Yang jarang membelek al-Quran mungkin berjaya membaca al-Quran setiap hari walaupun hanya beberapa muka surat. Yang liat ke masjid mungkin rasa senang ke masjid untuk berterawih. Unik bukan? Bagaikan tidak dapat difikirkan bagaimana bulan Ramadhan ini memberi nikmat dan rahmat kepada manusia sehingga segala amal dirasakan senang untuk dilakukan setiap hari.

Semua orang bersemangat menahan lapar dahaga setiap hari bagi menunaikan salah satu rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Tiada lagi ‘si penghasut’ untuk menghasut manusia melakukan kemungkaran. Padahal bagi mereka yang berada di luar negara contohnya, boleh saja kalau mereka tidak mahu berpuasa kerana tiada siapa yang memerhati. Namun berbekalkan secebis iman didada, ditahankan juga lapar dahaga kerana iman masih mengingatkan diri kita yang kita orang Islam, puasa itu wajib dilakukan jika tiada keuzuran.

Mahu berubah bukanlah sukar. Namun yang sukar itu adalah beristiqamah dalam perubahan. Berbekalkan doa dan semangat mujahadah, jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita berubah menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman, menjadi hamba Allah yang tidak jemu meraih taqwa. Memang mujahadah itu sukar. Mujahadah itu pahit. Kerana dikehidupan abadi ( akhirat) , syurga yang manis menanti kita.

-Selamat beramal-

One thought on “Mengeluh dan mengeluh~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s