Buktikan Malaikat Silap

Siapa tidak tahu apa yang berlaku ketika Allah mengumumkan keputusan Nya untuk mencipta manusia sebagai Khalifah di atas muka bumi. Ya,keraguan malaikat terhadap kredibiliti manusia dalam mentadbir dan menta’mir alam ini. Mereka menyoal Allah tidak cukupkah mereka yang sentiasa bertasbih,memuji dan mensucikan Nya? Allah tidak menafikan kredibiliti malaikat tapi Allah menjawab ,”Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”[2:30]

Malaikat bukanlah ingin menentang keputusan yang dibuat oleh Allah cuma mereka pelik,berdasarkan pengetahuan yang diberikan Allah kepada mereka,manusia yang mereka kenal bukanlah satu makhluk yang baik dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka adalah makhluk yang akan sentiasa membuat bencana dan menumpahkan darah,mana mungkin makhluk sebegini mampu mentadbir alam yang maha luas ini?

Kehairanan malaikat ini munasabah dan logik akal. Kalau kita sendiri ada seorang anak murid yang terkenal dengan nakalnya,mahukah kita mengangkatnya menjadi seorang pemimpin?Tidak. Dari bangku sekolah lagi saya sudah diperkenalkan dengan ayat-ayat seperti “budak skema spy cikgu” atau “kp ayam tambatan sekolah” dan sebagainya. Logik, yang baik dan berpontensi biasanya menjadi pilihan,bukan yang paling nakal.

Tapi,sekarang,di bulan Ramadhan,Allah bertanya balik kepada malaikat-malaikat Nya.

“Wahai malaikat,apakah bulan ini?”Soal Allah.

“Ramadhan Ya Allah,”jawab Malaikat.

“Wahai malaikat-malaikat,bagaimanakah keadaan hamba-hamba yang soleh sekarang?”Soal Allah.

“Mereka sedang berlapar dan dahaga Ya Allah,”jawab Malaikat.

“Apakah kamu nampak mereka makan dan minum?”Soal Allah lagi.

“Tidak Ya Allah,”jawab Malaikat.

“Berapa lama mereka akan berpuasa?”Tanya Allah.

“Sebulan Ya Allah,”jawab Malaikat.

“Kerana apa mereka berlapar?”Tanya Allah.

“Kerana membesar dan memuji Mu ya Allah,”jawab Malaikat.

“Aku bersaksikan kalian semua,aku ampunkan segala dosa orang yang berpuasa di bulan ini.”

Ya,inilah masanya.Inilah masanya untuk kita buktikan kepada malaikat-malaikat yang sangsi dengan penciptaan manusia dulu bahawa mereka salah,kita bukanlah makhluk yang akan membinasakan bumi atau menumpahkan darah,tapi kita adalah seorang khalifah,khalifah yang mentadbir dan menta’mir alam ini serta beribadah kepada Allah sepenuh jiwa dan raga kita.

Hari ini 10 Ramadhan dan sepatutnya paling kurang,10 juz kita sudah habiskan. Sibuk sangatkah kita Ramadhan ini sehingga 1 juz sehari pun tidak mampu? Kalau dulu waktu rehat tengahari kita singkat sebab terpaksa beratur beli makanan,berjalan jauh ke restoran tapi pastinya Ramadhan ini,semua perkara itu tiada.Jadi gunalah masa itu untuk membaca al-quran.

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah – Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.

Jom beramal,kita masih belum terlambat.Selagi nyawa dikandung badan,selagi itu peluang untuk ke syurga itu cerah. Allah itu maha Pengampun sifatnya,pohonlah keampunan kepadanya sempena Ramadhan ini sepertimana dalam satu hadis yang diajar Rasulullah kepada Aisyah;

Ya Allah yang Maha Pengampun,sukakan Pengampunan maka ampunlah daku.

Jom!

http://www.youtube.com/v/NeSZvTQYQpg?fs=1&hl=en_US

Jom Dengar Dan Baca Quran!

3 thoughts on “Buktikan Malaikat Silap

  1. Ayuh jadi hamba yang bertaqwa kerana ramadhan ini menghadiahkan taqwa kepada hamba yang bersungguh2 dalam ibadahnya:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s