Jom Jadi Hipokrit!

Bukan ingin provok pembaca sekalian supaya membenci artis Melayu,tidak dinafikan di kalangan mereka ada yang baik tingkah lakunya tapi majoriti memperlihatkan yang di sebaliknya. Artikel ini ditulis bukan untuk mencaci,menghina atau mengutuk mana-mana artis,tapi ingin mengajak diri ini dan pembaca sekalian supaya berfikir dan berubah.Baca selanjut untuk tonton video : Tanda Kiamat.

Sila tonton video tersebut sampai habis baru teruskan pembacaan.

http://www.youtube.com/v/bfJgLkFQFJ0?fs=1&hl=en_US

Artis buka aurat,mungkin ini isu lama. Sejak azali(permulaan dunia seni Malaysia) lagi,artis perempuan tidak bertudung. Malah ada pada ketika lebih seksi dan menggoda dari artis tahun 2000 dan hakikatnya, tetap kalah pada artis sekarang. Tidakkah anda pelik,bila mereka ditanya kenapa tidak bertudung selepas pulang dari umrah atau haji contohnya, mereka dengan bangga menjawab ,

“kenapa perlu hipokrit?Saya adalah saya yang anda lihat.Sebelum atau selepas saya pergi Umrah, itulah saya.Why I must be hipocrite?”

Tapi bila ditanya mengapa anda bertudung dalam lakonan?

“Itu lakonan semata-mata. Producer mahu saya bertudung,mahu saya jadi baik,jadi terpaksalah saya berlakon bertudung,berlakon jadi baik.Tapi itu dalam filem semata-mata.”

Lakonan dan Hipokrit,berbezakah ia?

Bila Allah suruh mereka bertudung,mereka tolak,hipokrit katanya. Tapi bila pengarah atau producer menyuruh mereka berbuat demikia,tanpa banyak bantah mereka mengikutnya,malah kalau disuruh bogel,bogel agaknya. Jadi yang mana satu Tuhan,Allah atau pengarah mereka?

Persoalannya di sini,apakah hipokrit mengikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang?

Pada pendapat peribadi saya,tidak. Kalau kita teliti balik setiap saranan Allah kepada kita,bentuk saranan itu ialah secara ajakan bukan paksaan. Apabila saranan itu dalam bentuk ajakan atau pelawaan,maka terpulang kepada yang diajak samada ingin mengikut atau tidak dan kalau yang diajak tidak ingin ikut,tidak perlu menentang atau marah kepada pengajak.Lagipun ajakan itu secara baik dan lemah-lembut bersertakan ganjaran yang sangat lumayan,jadi tidak perlu melenting kalau tidak mahu menerimanya. Jadi sesiapa yang menerima ajakan ini bermakna ia adalah dari hati dan kerelaan pengikut itu sendiri,bukan paksaan.

Saya tidak nafikan,terkadang dalam diri ini sendiri terasa juga seperti berbuat baik adalah bukan diri saya yang sebenar. Solat berjemaah,kadang-kadang terasa beban dan payah untuk menunaikannya. Menutup aurat,terkadang rasa jumud kerana tidak mampu untuk mengikut fesyen yang terpaksa mendedahkan aurat seperti freehair contohnya. Berpuasa, kenapa perlu berlapar walaupun kita mempunyai pilihan untuk makan? Saya rasa semua orang pernah terdetik di hati yang berbuat baik ini kadang-kadang memenatkan.

Sebab apa?Kalau betul fitrah manusia melakukan kebaikan dan menolak keburukan,sebab apa kita terasa letih dalam beramal? Sebab apa kita tidak boleh sebahagia orang kafir yang mempunyai harta yang banyak,tak perlu berkahwin untuk lakukan hubungan seks,kenapa?

Sebab syurga itu indah wahai sahabat. Dunia ini pentas perfileman,kita adalah pelakonnya dan Allah adalah pengarahnya. Memang lakonan itu memenatkan,hafal skrip dan lakukannya itu susah tapi itu hanya sementara,bila filem yang direkod mula ditayangkan, kita mula mendapat ganjaran,ganjaran yang kekal abadi.

Soalan cepu emas,pernah anda fikirkan bagaimana kehidupan yang abadi? Cuba bayangkan,hari ini makan nasi,esok makan spegeti,lusa makan laksa dan suatu hari nanti,lauk kita akan berulang dan kehidupan itu menjadi borink,takkah begitu? Tapi ketahuilah wahai saudara,sesungguhnya kehidupan abadi yang dijanjikan Allah,bukan sebegitu. Kitan lansung tidak akan terasa boring hidup di syurga.Pasti,kita tidak mampu bayangkan,jadi apa nak ditunggu lagi?

Maka kalau hipokrit itu mampu membawa saya ke syurga,saya sanggup jadi hipokrit,anda bagaimana?

Ayuh jadi hipokrit! Jom mulakan lakonan di dunia supaya ganjaran di akhirat kekal selama-lamanya!

2 thoughts on “Jom Jadi Hipokrit!

  1. 🙂 nice entry… Orang islam msia take the religion for granted..

    Kadang2 rse hidup ni mcm mimpi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s