akhlak Islam yang dilupakan

Apabila sahabat kita mengadu tentang keadaan kesihatannya yang tidak elok, apa yang kita lakukan?

Apabila bertandang ke rumah seseorang, orang yang di nanti-nantikan lambat membuka pintu setelah berkali-kali loceng dibunyikan, saat itu apa yang kita lakukan?

Apabila jiran tetangga melihat kita yang baru pulang dari kampung halaman beserta dengan kereta yang sebonet penuh dengan buah-buahan, apa yang kita lakukan?

Apabila teman serumah kita pulang lewat dari pejabat, dalam keadaan lapar dan keletihan, apa yang kita lakukan?

Apabila suami atau isteri kita ‘bad mood’ akibat tekanan di pejabat, lalu pulang ke rumah dan marah tak tentu pasal, sebagai pasangan, apa yang kita lakukan?

Bila berbicara mengenai akhlak, terbayang di minda kita tentang amanah, jujur, berani, hormat-menghormati dan sebagainya. Namun, terdapat satu lagi akhlak yang sering dilupakan, tidak diselitkan dalam silibus Pendidikan Islam di sekolah, tetapi sangat penting dalam menjamin keharmonian hidup bermasyarakat. Sangat penting dalam memelihara perhubungan sesama manusia.

Dzauq = Sensitiviti = Kepekaan Rasa

Inilah akhlak Islam yang sering kita abaikan dan lupakan, padahal sejak di zaman Rasulullah SAW sendiri, banyak contoh-contoh sensitiviti yang ditunjukkan demi menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.

Ya, Islam sendiri mengajar umatnya agar tidak menjadi slow dalam sesetengah perkara, dan harus bertindak atau merespon dengan betul. Islam mengajar kita menjadi insan yang sensitif dan peka terhadap insan-insan lain disekeliling kita.

Kadang-kadang sesetengah perkara, kita rasa kita tak perlu beritahu dan kita sangat berharap agar orang lain faham sendiri tanpa kita perlu beritahu. Di sinilah pentingnya kepekaan rasa ini, agar hubungan sesama manusia menjadi lebih indah.

Jom belajar Dzauq dari Sirah

Diceritakan dalam sebuah hadith berkenaan ahli Ibadah dari kalangan Bani Israel yang sering mengenepikan panggilan ibunya dan lebih menumpukan pada solat-solat sunatnya sehingga si Ibu berdoa agar anaknya mendapat kehinaan sebelum ajalnya.

Akhirnya, anaknya si ahli Ibadah berdepan dengan penghinaan masyarakat apabila ada pelacur yang pernah cuba menggodanya, mengandung lalu dikhabarkan kepada umum bahawa anak yang dikandungnya adalah anak si ahli Ibadah. Fitnah si pelacur mengakibatkan si ahli Ibadah dipukul teruk oleh masyarakat di situ, sehinggalah beliau bertaubat dan taubatnya diterima Allah SWT.

Apa yang sebenarnya dapat diambil dari kisah ini? Ya, sensitiviti kita pada panggilan ibu dan bapa kita. Walaupun kadang-kadang hal itu seremeh atau sekadar menyahut panggilan Ibu, impaknya sangat besar dalam kehidupan kita jika kita kehilangan sensitivi ini.

Islam sendiri mengajar kita untuk mengutamakan panggilan Ibu walaupun ketika sedang bersolat sunat.

Malah kalu dilihat firman Allah SWT,

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu 3 kali sehari. Iaitu sebelum subuh, ketika kamu menanggalkan pakaianmu di tengahari dan sesudah solat Isyak. Itulah 3 aurat bagi kamu…..”(surah an-Nur:58)

Seorang laki-laki berjumpa dengan Rasulullah SAW dan bertanya kepada baginda,

“Wahai Rasulullah, apakah saya perlu meminta izin ibu saya untuk memasuki biliknya?”

Maka jawab Rasulullah, “Ya.”

Lalu beliau bertanya lagi,

“Wahai Rasulullah, apakah saya perlu meminta izin ibu saya untuk memasuki biliknya?”

Maka jawab Rasulullah, “Ya.”

Untuk kali ketiganya, pemuda tersebut bertanya lagi,

“Wahai Rasulullah, apakah saya perlu meminta izin ibu saya untuk memasuki biliknya?”

Maka jawab Rasulullah, “Apakah kamu mahu melihatnya dalam keadaan bogel?”

Maka jawab si Pemuda, “Tentu tidak ya Rasulullah.”

“Mintalah izin kepada ibumu.” Jawab baginda.

Ya, sesetengah perkara perlukan sensitiviti atau “sendiri-mau-ingatlah!!” walaupun dengan insan yang paling hampir dengan kita, iaitu ibu bapa kita sendiri. Inilah yang dididik olah Islam. Inilah akhlak yang telah kita lupakan.

Begitu juga apabila berziarah ke rumah orang. Islam mengajar kita untuk mengetuk pintu atau memberi salam hanya 3 kali sahaja. Jika tiada yang menyahut, maka pulanglah. Mungkin sebab kunjungan kita tanpa pengetahuan tuan rumah, ataupun tuan rumah sendiri kurang selesa dengan kehadiran kita sewaktu keadaan rumahnya kucar-kacir atau terlalu sibuk menguruskan anak-anaknya. Maka, sebagai seorang yang peka, pulanglah. Tak perlu terjerit-jerit atau terlolong memanggil tuan rumah. Itulah yang sebaiknya yang diajarkan oleh agama ini.

Begitu juga dalam kehidupan berkeluarga. Tentu kita pernah mendengar cerita tentang Rasulullah SAW bersama isterinya Aisyah r.a. Rasulullah yang tentunya lebih sibuk daripada kita hari ini, sanggup meluangkan masa mendengar cerita Aisyah berkenaan 11 pasangan suami isteri. Yang terakhirnya adalah kisah Abu Zar’in yang sangat baik terhadap isterinya namun akhirnya diceraikan isteri tersebut.

Sebagai seorang suami yang sensitif, agak-agak apa respon Rasulullah SAW?

Ya, baginda menenangkan hati Aisyah dengan berkata, “Aku untukmu laksana Abu Zar’in kepada Ummu Zar’in. Tetapi aku tidak akan menceraikanmu.” Hal ini kerana, baginda peka tentang sifat perempuan yang sangat takut akan kehilangan suami mereka walau sebaik manapun lelaki tersebut. Maka, Rasulullah seakan memberi keyakinan kepada Aisyah bahawa baginda tidak akan meninggalkan beliau.

Inilah sensitiviti yang dapat menyelamatkan rumah tangga. Satu lagi contoh pentingnya sensitiviti dalam menjamin keharmonian hubungan sesama manusia.

Kesimpulan

Sensitiviti juga tidak datang dengan sendiri. Perlu ada usaha untuk kita mendalami sirah dan sunnah. Perlu ada usaha untuk kita cuba memahami insan-insan disekeliling kita agar kita kenal mereka dengan lebih baik, supaya kita dapat bergaul dan merespon dengan lebih baik, sesuai dengan kehendak mereka.

Semoga Allah memberkati usaha kita dan merahmati hubungan antara kita semua. Semoga suatu hari nanti, umat ini kembali bersatu dan hidup dalam keadaan harmoni. Suburkanlah akhlak Islam yang dilupakan ini, agar Allah SWT redha dengan kita semua.

Jom jadi lebih peka dengan insan sekeliling!!

One thought on “akhlak Islam yang dilupakan

  1. Sou desu ne
    memang terlupa tentang akhlak yg satu ini
    jazakillah penulis
    membawa diri yg terlupa ini utk merenung kembali akhlak diri sepanjang 21 tahun bergelar muslim🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s