Artis dan tudung~

” Banyak nikmat Allah beri kepada hambaNya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan. Kemudian ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecedaraan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah memakbulkan doa saya. Alhamdulillah, saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?” – Catriona Ross, Selebriti, 8 Ogos 2010.

Terkedu seketika saat membaca akhbar metro bertarikh 8 Ogos baru-baru ini.  Mungkin tidak ramai yang masih mengingati atau  mengenali pelakon drama ‘ Sephia ‘ ini. Namun berita gembira untuk kita semua apabila saudara seislam kita ini mengambil keputusan menutup terus rambutnya dari terus dilihat bukan mahramnya. Lebih menggembirakan apabila beberapa orang artis wanita lain seperti Liza Hanim, Farah AF2, Anne Hot fm dan Anne Ngasri yang juga turut mendapat hidayah untuk bertudung litup setelah lama syariat itu diabaikan mereka.

Bagi saya ini satu perkembangan positif dalam industri hiburan tanah air walaupun kebelakangan ini banyak kisah kurang enak didengar dalam industri hiburan kita. Kita sedia maklum mungkin, semakin ramai artis wanita di Malaysia yang beragama Islam tanpa segan silu memakai pakaian yang menjolok mata. Malah lebih menyedihkan apabila semakin banyak terbongkar kisah-kisah yang mengaibkan artis-artis yang beragama Islam. Jika dilihat didalam akhbar ruang meluah pendapat, ramai yang memberi cadangan kepada kementerian yang berkaitan untuk memberi garis panduan berpakaian kepada mereka supaya mereka tidak lagi berani berpakaian melampaui batas agama.

Namun bukanlah kisah industri hiburan tanah air yang mahu saya kongsi. Saya lebih tertarik dan teruja berkongsi cerita di perenggan pertama article saya ini. Jujurnya, saya baca berkali-kali dialog artis wanita berkenaan kerana saya begitu tertarik dengan kisah yang beliau kongsikan. Mungkin kita boleh melihat perubahan beliau biasa-biasa saja.

” Entah-entah lepas ni buka tudung balik.”

” Alhamdulillah dah bertudung dia. Hidayah milik Allah.”

Dua bentuk pemikiran ini mungkin singgah diminda kita. Kadang-kadang saya juga antara yang suka bersangka negatif tentang artis tempatan kita. Tetapi kali ini, saya membaca dan saya menghayati setiap perkataan yang saya baca. Bagaimana kesungguhan seorang hamba memohon kepada Allah, walaupun perkara itu diilihat mustahil, namun tiadalah yang mustahil bagi Allah s.w.t. Dan bagaimana pula seorang hamba melihat, merasai dan mensyukuri  nikmat yang Allah berikan.

Kadang-kadang manusia sering mengeluh. Itu tak betul, ini tak bagus. Padahal yang kita mengeluh itulah namanya nikmat, jika sangkaan kita terhadap Allah s.w.t sentiasa baik. Kenapa kita tak dapat 10 A1 dalam SPM? Kenapa kita kehilangan seorang ayah atau ibu saat kita masih perlukan kasih sayang dari mereka? Mengapa kita ditakdirkan melanjutkan pelajaran ke Jepun sedangkan yang kita citakan adalah menyambung pelajaran di Ireland? Kita bertanya, kita merintih, kita bersedih dan kita tidak tenang. Sedangkan hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa dalam keadaan tenang.

Mengapa jadi begitu? Mengapa semakin lama kita melalui kehidupan ini kita semakin banyak merungut. Sedangkan yang hadir dan berlaku dalam hidup kita inilah namanya nikmat. Hanya menunggu masa kita membuka mata dan hati untuk menilai setiap perkara itu. Hanya menunggu kita berlapang dada untuk yakin dan percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Sudah tiba masa kita mulakan hari baru dengan penuh berhikmah. Lihatlah setiap yang terjadi itu sebagai satu nikmat,  syukurilah setiap apa yang Allah takdirkan untuk kita. Dan bukalah hati untuk menilai setiap nikmat yang Allah berikan supaya kita tidak lagi mengeluh tetapi mensyukuri.Kerana hikmah itu adalah sesuatu yang hilang dalam diri manusia, beruntunglah orang yang menemukannya.

Jadi, kenapa kita tak dapat 10 A1 dalam SPM? Kenapa kita kehilangan seorang ayah atau ibu saat kita masih perlukan kasih sayang dari mereka? Mengapa kita ditakdirkan melanjutkan pelajaran ke Jepun sedangkan yang kita citakan adalah menyambung pelajaran di Ireland? Kerana di masa hadapan nanti tentunya jalan yang terbaik menanti kita. Kita tak tahu tapi Allah jua yang Maha Mengetahui🙂

Semuanya sudah ditentukan, tunggu kita saja untuk membuka hati menilai setiap nikmat dalam kehidupan kita🙂 Semoga Ramadhan memberi sinar baru dalam kehidupan🙂

” Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” – Surah Ar-Rahman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s