Rantaian Dosa Dan Pahala

Jujurnya,saya boleh dianggap ketagih dengan FaceBook(FB).Untuk duduk membaca quran dengan lama,saya jadikan FB sebagai pemangkin. Setiap dua helai quran dibaca,saya akan klik butang refresh pada FB,baca apa-apa yang baru dan sambung semula bacaan saya. Dan budaya yang paling popular di FB rasanya menforward berita,hadis atau apa2 yang berkaitan dengan Islam.

“Fadhilat Terawih hari ke-4,bla,bla,bla..”

“Peringatan,Paderi Melayu ada di Perak”

“Malaikat turun ke Ka’bah”

“Budak Perempuan hina zikir”

Dan bermacam lagi, saya rasa perkara yang sama berlaku di wall FB anda. Berita dan isu yang sama. Mana tidaknya,kalau diselami dan dikaji dunia FB,saya rasa akaun FB saya bersambung dengan FB anda melalui FB kawan-kawan yang lain, jadi bila yang menyebarkan itu adalah kawan saya, maksudnya itu juga kawan anda. Teori yang mudah.

Tidak salah menyebarkan hadis,berita atau apa-apa isu sebagai peringatan cuma sebagai teguran,pastikan perkara itu sahih dahulu terutamanya hadis, sebelum kita sampaikan kepada orang lain. Contohnya hadis fadhilat puasa, terawih,hadis-hadis tersebut bukan sahaja dilabel sebagai hadis dhaif tapi hadis maudhu’, hadis palsu yang lansung tidak boleh digunapakai.

Kisah2 paderi yang dahulunya Islam dan kini seorang penggerak dakyah kristian.Memang bagus kisahnya menjadi peringatan sebagai langkah berjaga-jaga tapi tidak pelikkah anda bahawa kalau paderi itu ingin mengajak umat Islam masuk kristian,kenapa kisahnya disebarkan sebagai peringatan. No,kalau orang lain tulis tidak apa tapi masalahnya kebanyakan kisah-kisah seperti ini menggunakan kata ganti diri yang pertama. Maksudnya,samada paderi itu menuslinya sendiri atau ada orang mereka cerita.

Video budak Melayu meraba atau budak perempuan hina zikir dengan dikir barat.Saya tanya,untuk apa video ini disebarkan? Supaya kerajaan tahu dan ambil tindakan?Perhatikan sirah Rasulullah,apa yang baginda buat bila umat Islam melakukan kesalahan? Adakah baginda menceritakannya dalam khutbah baginda? Kalau baginda cerita sekalipun,nama sahabat yang melakukan kesalahan itu disembunyikan supaya aib sipelaku terjaga. Kenapa sedemikian? Sebab membuka aib orang itu bukan sifatnya orang Islam.

Kita kadang-kadang gelabah,bila tengok video malaikat turun ke atas Ka’bah, “inilah hidayah Allah,inilah bukti Ka’bah adalah rumah Allah,inilah bukti atas Ka’bah adanya malaikat yang sedang Tawaf.” Padahal video sebegitu amat senang dibuat dan diedit menggunakan Adobe Premiere atau Sony Vegas. Tidak, saya tidak nafikan perkara sebegitu memang boleh berlaku cuma  cara kita menerima dan meraikannya salah.Sepatutnya kita tidak mengagumi dan berbangga kerananya. Di zaman baginda,bila perkara pelik berlaku,gerhana contohnya,apa yang baginda dan sahabat lakukan? Meluru ke surau dan dirikan solat sunat gerhana. Maknanya,bila kita nampak satu kejadian pelik,itu lah masa iman kita patut dilakukan sedikit pecutan.

Jadi kalau semua benda tidak boleh disebarkan,apa yang boleh disebarkan?

Islam tidak menghadkan pendakwah mesti arif dan fakih ilmu-ilmu tertentu malah Abu Bakar ketika baru memeluk Islam,dia bertanya kepada Rasulullah apakah tugasnya selepas ini.Baginda menjawab, “sebarkan kepada semua manusia.” Dan itu adalah dakwah.Ya,dakwah tidak memerlukan anda faham atau arif sirah,tapi cukup dengan tahu walaupun sepotong ayat cuma ayat itu mesti benar dan sahih.Jangan mudah menjadikan Google sebagai ustaz dan ustazah,jadikan Google sebagai sumber tapi bergurulah dengan orang Arif tentangnya.

Wahai teman,ketahuilah bahawa menyebarkan sesuatu yang tidak benar adalah dusta dan dusta itu bukan sifat orang yang beriman. Dusta itu dosa dan kalau ada orang lain meng’share’ apa yang dikongsi oleh kita dan ada pula orang berkongsi,maka ianya menjadi rantaian dosa. Nauzubillah.

Mula-mula seorang kawan kita baca,dia teruja,lalu dia ‘share’kan di FBnya.Dia ada 1000 kawan,paling busuk pun 10 orang baca dan 10 orang teruja,lalu 10 orang itu share lagi.10 orang itu paling minimum kawan mereka ada 100 orang, 10 orang baca….Ifiniti! Ya,dosa ifiniti!

Allah menyeru dalam Al-Quran supaya kita sebarkan berita-berita gembira bukan berita yang menakutkan dan mendatangkan duka cita.Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155:

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

“Lagi 13 hari Aidilfitri”

“Orang berpuasa banyak pahala”

“Islam akan menang dan tawan dunia”

“Moga-moga kamu dapat syafaat baginda”

“Video jika aku jatuh hati..”

Dan banyak lagi berita-berita dan doa yang menggembirakan cuma kita yang sengaja memilih menyebarkan berita yang buruk dari yang baik. Mungkin,itulah ‘real color’ kita. Cenderung kepada keburukan dari kebaikan.

Konklusinya,Ramadhan ini,marilah kita sama-sama berubah.Cukuplah menyebarkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa kepada kita sebaliknya jom sebarkan berita-berita gembira yang memberi pahala kepada kita. Jom hasilkan rantaian-rantaian pahala bukan rantaian-rantaian dosa, kita mampu memilih dan mengubahnya.Jom!

Advertisements

6 thoughts on “Rantaian Dosa Dan Pahala

  1. sangat setuju! kadang-kadang kita tak sedar perkara ni..thanks 4 d’reminder 🙂

  2. setuju sangat3. taktau la kenapa kita suka sgt nak share semua benda, tanpa tau mana asal usul benda tu.

  3. salam;
    terima kasih atas perkongsian
    setuju dengn article ini
    fikir dulu sebelum forward 🙂

  4. sebenarnya tak kisah kalau nak kongsi video,tapi dalam lambakan video baik-baik,kenapa yang buruk dikongsi? Itu yang menjadi persoalan

  5. ana setuju dgn artikel ni…. dan tersentuh bila enta sebut real colour…. kita sekarang ni dah jadi terlebih skeptikal… tak dapat nak beza antara rahmat dan kebesaran allah serta kehinaan dan keburukan manusia…walhhuaalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s