5 Hadis Palsu Ramadhan Yang Popular

Kalau anda baca post lepas (Rantaian Dosa Dan Pahala),anda dapati bahawa untuk berkongsi satu fakta atau berita, kita mesti pastikan  dulu perkara itu benar supaya apa yang dikongsikan bukanlah dusta yang mendatangkan dosa. Sempena Ramadhan ini,saya ingin berkongsi beberapa hadis yang maudhu'(palsu) dan hadis sahih yang selama ini seringkali menari-nari di telinga kita bila tiba Ramadhan tapi kita tidak pernah tahu status hadis-hadis tersebut.Jom baca!

Pertama,pernah dengar hadis : Di awal Ramadhan rahmat,pertengahannya pengampunan dan di akhirnya pembebasan api neraka. Tahu status hadis ini?

Az-Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Hisyam bin ‘ Ammar dari jalan Sallam bin Sawwar dari Maslamah bin Ash-Shalti dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Awal bulan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari Neraka

Hadith ini adalah Munkar

Kata Az-Zahabi : Ibnu ‘Adiy berkata : Sallam ini munkar Hadithnya , demikian pula kata Al-‘Uqaili . Salah satunya ialah hadith ini . ( * )

Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi Ad-Dunya, Al-Khatib dan Ibn ‘Asakir. Kata
Al-Albani: Hadisnya sangat dhaif.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 500

_______________

Kedua,hadis yang paling kita suka,hadis tentang tidur.

Ad – Dailami meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya: Tidur orang yang berpuasa itu adalah satu ibadat

Hadith ini Maudhu’

Penyakitnya ialah Sulaiman bin ‘Amru , iaitu Abu Daud An-Nakha’i , seorang pembohong dan sangat terkenal mereka Hadith . Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Lebih daripada tiga puluh orang ( ulama hadith ) mengatakan ia mereka Hadith .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 478

_______________

Ketiga,hadis tentang harapan supaya semua bulan ialah bulan Ramadhan

“Kalaulah seseorang itu mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan itu nescaya mereka akan mengharap bahawa sepanjang tahun itu seluruhnya ialah Ramadhan sahaja…”

Hukumnya ialah hadith Palsu,

hadith di atas diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886 dan Ibn Jauzi meletakkan hadith ini dalam kitab Al-Maudhu’at m/s 188-189 Jilid 2 dan Abu ya’la dalam Musnadnya.

Diriwayatkan hadith di atas daripada Jarir ibn Ayub dari Sya’bi dari Nafi’ bin burdah dari Abi Mas’ud al-ghifari.

Hadith ini palsu dan disebut oleh Ibn Hajar ra (Lihat Lisan Mizan m/s 101 Jilid 2) bahawa ianya (Jarir ibn Ayub) ialah seorang dhaif dan juga disebut oleh Abu Nu’aim bahawa dianya pereka hadith dan berkata Bukhari dirinya ialah Mungkar hadith dan berkata Nasaie dirinya ialah matruk (ditinggalkan hadithnya).

________________

Keempat tentang puasa ganti

“Barangsiapa yang berbuka sehari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan tanpa sakit maka tidak tergantilah puasanya sepanjang masa sekalipun ianya berpuasa”

Hukum hadith ini ialah dhaif dan ianya terdapat dalam sahih Bukhari secara tergantung tanpa sanad. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah ra dalam sahihnya no. 1987 dan Tirmidzi no. 723 dan Abu Daud no. 2397 dan Ibn Majah no. 1672 dan Nasaie , Baihaqi dan Ibn hajar dari jalan Abi Muthawis dari bapanya dari Abu Hurairah ra.

Permasalahan hadith ini mengandungi kegoncangan, keraguan dan kejahilan perawi bernama Abu Muthaiws ini dan keraguan mengenai benarkah mendengar bapanya dari Abu Hurairah.

Berkata Ibn Khuzaimah ra, sekiranya benar khabar ini maka aku sendiri tidak mengetahui siapakah dia ini dan bapanya.

_________________

Kelima,hadis tentang fadhilat solat terawih.

Semua hadis tentang fadhilat solat terawih tidak terdapat dalam mana-mana kitab hadis walaupun dalam kitab hadis palsu,maknanya hadis-hadis ini baru direka di zaman kita.

Baca [sini] untuk keterangan lanjut

______________

Di atas antara 5 hadis yang sangat popular pada kita bila tiba sahaja bulan Ramadhan. Tidak dinafikan,bukan kita sahaja yang tidak tahu,malah ada juga ustaz-ustaz yang menjaja hadis-hadis ini di mana-mana sahaja.Moga Allah menutupi segala kedhaifan dan kebatilan dengan kebenaran,amin. Jadi,kalau kita ada tersalah sebut atau terkongsi dengan kawan-kawan tentang fadhilat Terawih contohnya,terang balik kepada mereka supaya mereka mengerti dan doakan,agar Allah mengampuni dosa-dosa kita yang terdahulu.

“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan.” (Surah Al-Isra : 36).

2 thoughts on “5 Hadis Palsu Ramadhan Yang Popular

  1. salam ramadhan..lps baca entry ni aku jd was-was nga satu buku ni..fazilat rejab syaaban ramadhan by budiman radzi..
    ada la lam buku ni dia cakap bg 30 malam fadilat semyg terawih…ada jugak dia ckp tido di bulan ramadhan adalah batu ibadat…so apa patot aku buat??jgn baca lg buku ni ke??

  2. ada hadis ni sya jumpa dlm buku nik aziz menteri besar kelantan.penulis rujuk kat mana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s