JOM SURAU 3: MEMORI

Jom Surau 3 sudah berakhir. Alhamdulillah segala berjalan dengan baik atas izinMu. Usaha yang dimulakan dengan daisenpai (Batch 7) dapat diteruskan lagi tahun ini. Walaupun diuruskan oleh insan-insan yang berlainan, tetapi tujuan tetap sama. Menyampaikan sedikit ilmu untuk dikongsi dan mengajak manusia mendekati Maha Pencipta. Bagi saya sendiri, JOM SURAU kali ini memberikan pengalaman yang cukup berbeza. Untuk JOM SURAU 1 dan 2 saya hadir sebagai peserta, untuk JOM SURAU 3 Allah berikan peluang untuk saya hadir sebagai urusetia. Satu amanah  berat yang perlu saya pikul bersama rakan-rakan dan mpp (kouhai tachi). Walaupun ada saat yang semuanya terasa sukar, tetapi kami tekadkan hati dan teruskan usaha bagi menyediakan yang terbaik buat para peserta yang sudi menyertai. Berikut saya coretkan sedikit rentetan perjalanan JOM SURAU 3 yang masih berbaki di kotak ingatan.

PERSEDIAAN

Bermula dengan meeting yang hanya dihadiri oleh beberapa orang, idea untuk menganjurkan program JOM SURAU 3 diusulkan. Perbincangan ini berkisar tentang perkara-perkara asas seperti tarikh, tempat dan pengisian program secara umum. Perbincangan ditangguhkan. Tetapi ia tidak berakhir di situ, ia disusuli dengan beberapa lagi perjumpaan yang akan menjadi lebih serius dan kompleks setiap kali. Setelah mengambil kira pelbagai aspek, akhirnya program JOM SURAU telah diputuskan seperti berikut:

Tarikh: 27-29 Ogos 2010

Tempat: LT 2 UNISEL

Pengisian: 5 slot (AL-Quran Mukjizat yang ditinggalkan, Segulung Ijazah untukMu Ya Rabbi, Bila aku sudah tiada, Tatkala Kain Tinggal benang, Famili Ajnabi)

Pada mulanya kehadiran dianggarkan seramai 140 orang. Tetapi pada saat akhir, ramai yang menarik diri kerana memilih untuk pulang ke kampung untuk menikmati cuti 5 hari. Jumlah kehadiran merosot kepada 70-100 orang sahaja. Sebagai insan biasa, timbul sedikit rasa terkilan pada hati kami mengenangkan ada sahabat yang memilih untuk tidak ke JOM SURAU kerana alasan lain walaupun promosi dan pemberitahuan tentang JOM SURAU telah dibuat awal. Namun itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kami kerana biarpun sedikit, tetapi itu adalah jumlah yang terbaik telah ALLAH tetapkan.  Bagi kami, perjuangan diteruskan.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman yang berhijrah  dan berjihad di jalan ALLAH, mereka itulah yang mengharapkan rahmat ALLAH. ALLAH Maha Pengampun Maha Penyayang.”

[Al-Baqarah: 218]

JOM SURAU 3!

Program dimulakan dengan ketibaan peserta di UNISEL jam 6.45 petang, 27 Ogos 2010. Destinasi pertama yang dituju adalah surau baru lelaki dan perempuan. Kerana bagi peserta perempuan, di surau itulah mereka akan berkampung selama 3 hari 2 malam. Dan bagi peserta lelaki, disediakan bilik aktiviti dan surau sebagai penempatan mereka. Cabaran pertama datang seawal waktu berbuka, tempat makan yang ditentukan sejak mula tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana kurang pencahayaan. Tidak semua peserta dapat makan di situ.  Jadi perubahan perlu dibuat. Keputusannya? Peserta wanita makan di surau dan peserta lelaki, separuh makan di tempat agak gelap itu dan ada juga yang malan di bilik aktiviti. Selepas menikmati juadah berbuka, malam ramdhan dilengkapkan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah dan solat sunat terawikh. Malam pertama JOM SURAU diisi dengan slot ice-breaking dan briefing. Pada saat inilah barulah terasa ukhuwah yang terjalin antara daisenpai-kouhai-choukouhai. Semuanya berharap agar sepanjang JOM SURAU ini, kami akan lebih mengenali.

Slot pertama diisi dengan tajuk ‘Segulung Ijazah untukMU Ya Rabbi’. Disampaikan oleh penceramah muda. Cara penyampaian yang santai tetapi penuh dengan info. Bermula jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi peserta diingatkan kembali apakah tujuan sebenar kita menuntut ilmu, adakah semata-mata kerana kesenangan dunia atau demi kebahagiaan akhirat?  Kemudian, slot diteruskan dengan pengisian oleh Pak Cik Roslan dengan tajuk ‘Al-Quran Mukjizat’ yang dipinggirkan.  Dalam slot ini peserta diceritakan tentang betapa hebatnya sebuah manual yang bernama AL-Quran yang diturunkan oleh Maha Pencipta buat hamba-hambaNYA yang mahu beriman. Bagaimana dengan menghayati Al-Quran, kehidupan seharian kita dapat menjadi mudah.

Tamat slot kedua, program ditangguhkan sebentar untuk solat zohor dan urus diri. Jam 2 petang menyaksikan bermulanya slot ketiga, ‘Bila aku sudah tiada’. Walaupun kedengaran seperti satu tajuk lagu, tetapi hakikatnya tidak begitu. Ia berkisarkan tentang cara-cara menguruskan jenazah. Menceritakan tentang adab-adab berhadapan orang yang nazak, apa yang perlu dilakukan setelah sah kematiannya dan cara hendak menguruskannya. Mendengar perkataan jenazah dan kematian, ia pastinya membangkitkan perasaan seram. Tetapi berlainan pula jadinya dengan slot Bila aku sudah tiada ini. Slot ini mengundang gelak tawa peserta kerana pencermah yang cukup suka berjenaka dan pandai menghiburkan. Alhamdulillah, dalam gelak tawa itu, banyak sekali info tentang pengurusan jenazah yang kami perolehi.

Program sekali lagi ditangguhkan bagi memberi laluan kepada kami untuk menunaikan solat asar. Selepas asar, diadakan slot pengisian bersama senpai JAD yang telah selamat menjejakkan kaki di bumi Nihon. Pulang ke sini untuk menceritakan pengalaman merantau di negara orang. Para peserta disajikan dengan tayangan video yang membuatkan rasa ingin ke Nihon membuak-buak setelah menyaksikan indahnya ukhuwah antara mereka dan teguhnya semua senpai dalam mempraktikkan Islam di negara yang rakyatnya tidak mempercayai Tuhan.  Sesi bersama senpai secara dekat turut diadakan, di sini para peserta dapat berkenalan denga lebih rapat dan bertanya pelbagai soalan. Malam sabtu itu pula diisi dengan slot khas Palestin yang disampaikan oleh wakil dari Aqsa Syarif dengan tajuk Palestin, Al-Qudsulana. Menitis air mata peserta menyaksikan penderitaan saudara seislam yang sudah lebih setengah abad menderita. Sedangkan kita di Malaysia leka menikmati kesenangan hidup sehingga lupa pada mereka yang berkorban mempertahankan kawasan suci yang menyaksikan isra’ nabi ke langit dengan nyawa dan darah mereka.

Baki dua slot lagi dilaksanakan pada pagi ahad. Didahului dengan pengisian ‘Tatkala Kain tinggal benang’ yang memberitahu para peserta tentang batas-batas aurat lelaki dan perempuan. Nampak simple bukan? Pasti semua orang tahu. Tetapi berapa ramai yang faham? Itu menjadi persoalannya. Slot ini mengupas perintah ALLAH kepada lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan beriman untuk menundukkan pandangan dan menjaga maruah mereka. Juga berkongsi hadis-hadis sahih tentang batasan aurat yang ditetapkan syarak. Slot ini memberi impak yang besar kepada para peserta. Menyusuli slot ini adalah slot terakhir iaitu ‘Famili Ajnabi’. Slot ini merungkaikan bagaimana fitrah dapat bertukar kepada fitnah jika salah aturannya. Disampaikan oleh seorang jurutera muda bersama cara yang sesuai dan dekat dengan jiwa anak-anak muda seperti kami. JOM SURAU kali ini diakhiri dengan penuh bermakna kerana kami diberi ‘omiyage’ daripada senpai berupa sebuah tayangan video. Video yang memuatkan wajah-wajah kami sepanjang program JOM SURAU berlangsung. ARIGATOU!

Program JOM SURAU 3 tamat secara rasminya pada pukul 2 petang Ahad 29 Ogos 2010. Semua pulang dengan bekalan ilmu, dan perspektif yang berbeza tentang matlamat dan tujuan kita diciptakan, insyaALLAH.

SEBUAH MEMORI..

Alhamdulillah.. Itu sahaja yang mampu saya dan rakan-rakan ucapkan sebaik semuanya selesai. Betapa kami bersyukur kerana telah diberi keizinan oleh ALLAH untuk menyempurnakan amanah ini. Walaupun ianya tidaklah sehebat perjuangan saudara-saudara kita yang berkorban nyawa dan harta, tetapi inilah usaha kami. Usaha untuk membawa anda semua mendekati yang Maha Esa. Harapan kami semoga tahun depan menyaksikan JOM SURAU yang lebih baik dan dihadiri oleh lebih ramai insan yang mahu menerima sedikit ilmu yang sedia untuk dikongsi. Akhir sekali jutaan terima kasih kepada PMJAD, kouhai tachi, MPP UNISEL, pihak penaja dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan JOM SURAU 3. Semoga usaha anda mendapat ganjaran yang baik di sisi ALLAH.

ARIGATOU! =)

“Sesungguhnya orang yang berkata ‘tuhan kami adalah ALLAH.’kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khawatir pada mereka dan mereka tidak (pula) bersedih hati.”

[Al-Ahqaf: 13]

Secebis Kenangan:

kredit kepada pemilik gambar2, Faizulsalihin (kiri)

5 thoughts on “JOM SURAU 3: MEMORI

  1. Tahniah kepada semua yang terlibat,aq doakan semua yang dipelajari dapat diamal dengan mudah.amin
    Hati ini ingin join Jom Surau 3 tapi apakan daya,berada jauh di perantauan. =D
    Slot Tatkala Kain Tinggalkan Benang tu macam menarik je :p

  2. @Cerah Jeff: Amin.. Slot tu best, tapi bukan slot tu je.. slot yang lain pon best jgk..hehe.. xpe2 insyaALLAH leh join JOM SURAU 4..

    @cikmut: insyaALLAH ade dua ag program dalam perancangan.. =)

  3. Tahniah diucapkan kepada penganjur dengan penganjuran prog kali ini yang sangat mantap dan besh. Tahun depan pun buat time senpai2 cuti eh…

  4. insya’Allah 2 lg prog akan menyusul lepas raya. sama2 doa Allah memberi bantuan agar prog yg dirancang dpt dilaksanakan dengan baik dan mengharapkan sambutan yg lebih baik juga insya’Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s