Malaysia,Merdeka Dan Anak Luar Nikah

Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi segala nikmat Nya kepada tanah air kita,Malaysia yang tercinta. Hari ini kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53. Siapa sangka,53 tahun dahulu,Malaysia setaraf dengan India kini berjaya mendapat tempat ke-3 Asia dari semua sudut selepas Jepun dan Singapura. Tapi tahukah anda,dalam masa 5 tahun,Malaysia mampu menjadi negara pertama dari beberapa sudut?

Jom kita bincang tentang kadar kelahiran Anak Tidak Sah Taraf atau nama glamornya, Anak Luar Nikah.Tahukah anda,dari tahun 2000 sehingga 2008,seramai 257,000 orang bayi didaftarkan tanpa nama bapa?Dan tahukah anda bahawa dari tahun ke tahun,bilangan bayi yang didaftar itu semakin bertambah?Contohnya pada tahun 2007, seramai 16,100 bayi luar nikah dilahirkan dan pada tahun 2008,16,541 bayi luar nikah dilahirkan dan seramai 17,303 orang bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 2009.

Perlu diingatkan,itu jumlah yang berdaftar. Bagaimana pula dengan bayi-bayi yang tidak berdaftar,yang dilahir dan disembunyi oleh keluarga perempuan akibat malu yang bakal mereka terima jika bayi itu didaftarkan? Bagaimana pula dengan bayi-bayi yang dibuang dalam sungai,dibakar atau diberi makan biawak atau sebagainya?

Sekejap,ada perkara di sebalik hal ini yang perlu dipandang dan difikir secara serius.Jom fikirkan,kalau ini adalah anggaran bilangan bayi luar nikah,bagaimana pula dengan bilangan remaja kita yang melakukan hubungan seks? Adakah jumlah bayi luar nikah memberi nilai tepat berapa ramai remaja kita yang melakukan seks?Takkanlah semua pasangan yang lakukan seks mempunyai telur-telur yang subur?

Jadi,anda rasa berapa agaknya bilangan remaja kita yang melakukan seks haram? 17,000? Tidak,berapa?18,000?Tidak,lebih!Jom kita bandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Fakta Amerika;

Nationally, more than half of teenagers are virgins until they are at least 17 years of age (Sex and America’s Teenagers, The Alan Guttmacher Institute, New York, 1994).[sumber]

Nah,mana tamadun Amerika yang kita agung-agungkan? Statistik seks remaja mereka tidak boleh diinterpretasi dengan nilai tetapi satu nisbah yang agak besar. Lebih separuh daripada remaja mereka melakukan seks pada umur 17 tahun dan itu pada tahun 1994. 2009? Mereka bukan setakat ada seks untuk bukti cinta yang sedang popular di kalangan remaja Malaysia sekarang,bahkan mereka ada seks bukti persahabatan!Nau’zubillah.

Tapi pelik,walaupun seks di kalangan remaja di Amerika telah popular dari tahun 1994, percaya atau tidak,kadar kelahiran anak tidak sah taraf di Amerika lebih rendah dari Malaysia. Bukan memuja remaja Amerika kerana mereka pandai mencegah kehamilan tapi menghedik remaja Malaysia yang lansung tidak tahu apa itu seks tapi mencubanya.

Tidak,saya tidak menyokong seks bebas seperti remaja Amerika dan Malaysia amalkan,saya menentang keras dan atas sebab itu saya menulis artikel ini,untuk kita semua berfikir kenapa dan bagaimana,jom bincangkan!

Yang pertama,kenapa seks bebas berlaku di Malaysia yang rata-rata penduduknya beragama? Saya kata hanya agama sebab hampir kesemua agama di atas muka bumi ini melarang penganutnya melakukan seks bebas.

Yang kedua,bagaimana cara paling baik untuk atasi seks bebas ini supaya tiada lagi nyawa-nyawa tidak berdosa mati dibakar atau sebagainya?

2 thoughts on “Malaysia,Merdeka Dan Anak Luar Nikah

  1. Assalamualaikum,

    Izinkan saya berkongsi artikel Us Hasrizal Abdul Jamil yang bagi saya mengupas isu ini dengan mudah tapi mampat. http://saifulislam.com/?p=8139

    Pada pendapat saya, gejala seks bebas ini makin menjadi-jadi apabila zina dan perbuatan-perbuatan menghampiri zina menjadi satu kebiasaan. Budaya “couple” dan “dating” sudah jadi perkara normal, bukan lagi kejanggalan. Malah, dalam sekumpulan remaja, yang menjadi “the odd one out” ialah mereka yang memilih untuk terus “single” sepanjang tempoh pengajian.

    Apabila sudah asyik bercinta dan bertemu kian hari, timbul pula rasa ingin bersentuhan. Pertama kali bersentuh tangan, masih malu-malu. Lama-kelamaan peluk cium jadi rutin harian. Seks pula jadi perukuran cinta. Terus hanyut, sedar hanya apabila ada insan lain dalam rahim. Malaysia mengharamkan pengguguran tanpa sebab yang munasabah, tiada pil yang mampu menyelesaikan “masalah” anak yang tidak dikehendaki itu dengan mudah. Maka ibu-ibu muda ini keluh-kesah; barulah sedar kayu ukur cinta yang sudah jadi rutin itu bukanlah sesuatu yang normal, malah dilarang keras.

    Rasanya apa yang saya katakan ini bukanlah hujah yang baru. Ramai orang tahu apa akar umbi gejala seks bebas ini. Yang menjadi tanda tanya bagi saya, sudah dilahirkan bayi itu, sudah nyata zina itu berdosa, kenapa masih terus berbuat dosa? Kalau dahulu, bayi-bayi malang ini ditinggalkan di tangga-tangga masjid, sekurang-kurangnya masih bernyawa apabila dijumpai. Rata-rata bayi yang dijumpai mati dalam keadaan yang memilukan; disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke tong sampah serta sungai-sungai. Boleh ditafsirkan bahawa bayi-bayi ini dibuang dengan niat membunuh mereka. Seolahnya dalam sibuk menyembunyikan bukti cinta sesat mereka, remaja-remaja ini lupa membunuh itu suatu dosa yang cukup besar juga.

    Bagaimana menangani hal ini? Sebagai negara Islam, saya rasa Malaysia dalam dilema. Kalau dimulakan pendidikan mengajar “safer sex” atau dibuka pusat-pusat kesihatan memberikan pertolongan kepada ibu-ibu muda ini, dikatakan menggalakkan zina. Kalau terus dibiarkan ibu-ibu ini tanpa bimbingan, agaknya berapa banyak lagi bayi-bayi yang tidak bersalah akan jadi mangsa? Sungguh, dilema yang sungguh besar!

    Gerak kerajaan tidak membenarkan anak-anak luar nikah dibinkan Abdullah seperti idea yang bernas. Ini bertindak sebagai “deterrent”, tapi saya berasa kasihan terhadap anak-anak yang turut terpaksa menanggung stigma masyarakat. Apabila di sekolah, dialah yang tiada bin. Bukan pinta dia dilahirkan tanpa ikatan yang sah, namun dia yang disindir dan dikeji.

    Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s