Hari Raya datang lagi; seronoknya!!

Hari Raya datang lagi! Kalau sebulan sebelum hari raya, ramai kanak-kanak sudah mula bermain mercun. Peniaga kuih raya akan ‘stay up’ menyiapkan tempahan kuih raya. Tukang jahit sibuk menjahit baju kurung dan baju melayu tempahan pelanggan. Seminggu sebelum hari raya, ibu-ibu sibuk menukar langsir baru. Kanak-kanak semakin riang melihat baju-baju raya sudah siap tersedia, tunggu masa untuk dipakai sahaja. Perantau-perantau juga memohon cuti untuk pulang beraya di kampung. Seronok kan? Itulah kemeriahan yang kita rasakan selepas sebulan mengumpul takwa di bulan Ramadhan.

Article kali ini bukan article yang mahu mengkritik sambutan hari raya orang-orang zaman sekarang. Semua sudah maklum bahawa syawal ini bukan masa untuk bersedih, bukan masa untuk terlebih gembira, tetapi syawal adalah masa untuk kita bersyukur kerana diberi kesempatan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan selain meneruskan amal ibadah kita dengan istiqamah sebagaimana amalan-amalan kita dibulan Ramadhan. Takbir hari raya itu tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan.

Disini saya mahu berkongsi dengan pembaca tentang adab-adab menyambut hari raya Aidilfitri. Semoga hari raya tahun ini dapat kita sambut dengan penuh adab.

1. Menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan amal ibadah.

2. Mandi sunat hari raya.

3. Memakai bau-bauan harum.

4. Memakai pakaian yang paling baik. ( menutup aurat)

5. Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid.

6. Menunaikan zakat fitrah sebelum solat sunat hari raya.

7. Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawadhuk.

8. Bertakbir semasa berjalan ke masjid.

9. Mengucapkan tahniah apabila bertemu dengan saudara-saudara muslim.

10. Mengelakkan pembaziran.

11. Menjauhi perbuatan maksiat dan sia-sia.

– Selamat beramal-

http://www.youtube.com/v/VADy79aa930?fs=1&hl=en_US

* Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca azzariyat. Kami memohon kemaafan atas segala kekurangan selama azzariyat.com bertapak di sini. Juga memohon maaf sekiranya terdapat article yang mengguris hati pembaca. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang kurang itu dari kekhilafan kami sendiri*

SELAMAT HARI RAYA; MAAF ZAHIR BATIN~!!

3 thoughts on “Hari Raya datang lagi; seronoknya!!

  1. aku ske tentang adab2 yg bro list tu. Satu peringatan yg berguna. Boleh la praktikkan esok. eh, esok raya..selamat hari raya bro🙂

  2. knape takbir raye org kite medayu2 je cam sedih je.. ade kate sbb dah tinggalkan ramadhan.. tapi takbir tu tanda kemenangan kan???hurm…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s