Al-Quran Mukjizat Yang Dipinggirkan

Al Quran: Mukjizat yang dipinggirkan

Catatan slot Jom Surau 2010

Al-Quran Mukjizat Yang Dipinggirkan

Penceramah: Roslan Mohamad

Tarikh:28 Ogos 2010

Masa kini.

Al-Quran hanya dijadikan hantaran ketika pernikahan.

Al-Quran hanya dijadikan pelindung untuk menjauhkan makhluk halus dan gangguan.

Al-Quran hanya dijadikan ayat-ayat yang dibaca dan dihafal sebagai penyembuh penyakit.

Al-Quran hanya dijadikan perhiasan di dalam kabinet kaca.

Tidak. Tidak bermaksud perbuatan-perbuatan tersebut salah. Cuba kita renung kembali. Hari ini kita sering meminggirkan Al-Quran. Mengapa? Kerana hari ini kita menganggap Al-Quran hanya digunakan dalam situasi-situasi seperti di atas. Jadilah Al-Quran mukjizat yang dipinggirkan.

Mari kita hayati firman-firman Allah s.w.t ini:

Al-Quran menakjubkan, sehingga jin turut mengakuinya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

Surah Al Jinn:1

Al-Quran sebagai petunjuk bagi orang-orang bertakwa:

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Surah Al-Baqarah:2

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Surah Ali-Imran:138

Al-Quran sebagai bukti kebenaran:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

Surah An-Nisa’:174

Al-Quran mengandungi qasas (cerita) yang banyak pengajaran:

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

Surah Yusuf:3

Al-Quran mengesahkan apa yang tersebut dalam kitab-kitab terdahulu:

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman

Surah Yusuf:111

Benar, Al-Quran bukanlah sekadar hantaran ketika pernikahan, pelindung untuk menjauhkan makhluk halus dan gangguan, ayat-ayat yang dibaca dan dihafal sebagai penyembuh penyakit atau perhiasan di dalam kabinet kaca semata-mata. Al-Quran lebih daripada itu.

Ada musuh-musuh Islam yang cuba mencari-cari kesalahan atau kelemahan dalam Al-Quran. Sehingga ke hari ini, mereka tidak menjumpai sebarang kelemahan melainkan mereka yang cuba memutarelitkan ayat serta mentafsir ayat Al-Quran dengan nafsu. Allah mencabar dalam Al-Quran:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.”

Surah Al Isra’:88-89

Ada juga musuh-musuh Islam yang cuba mendakwa Al-Quran adalah ciptaan Nabi Muhammad. Mari kita fikirkan. Apakah logik seorang Rasul yang ummi (buta huruf tidak boleh menulis, membaca dan mengira) menulis kitab lalu  mencabar satu dunia mencipta yang sebanding dengannya? Tidak pernah ada dalam sejarah, hatta seorang penulis buku terkenal.

Sebaliknya, pengkaji-pengkaji Barat yang cuba mencari kesalahan Al-Quran tidak menemukan sebarang kesalahan fakta-fakta dalam Al-Quran. Bahkan, mereka menyedari dan mengakui kebenaran Al-Quran. Lalu mereka mendapat hidayah untuk memeluk Islam.

Dengan kecanggihan alat-alat, hanya HARI INI pengkaji-pengkaji astronomi menemukan fakta bahawa alam semesta mengembang. Sedangkan perkara ini sudah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran lebih 1400 tahun lepas.

Firman Allah s.w.t:

“Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.”

Surah Az-Zariyat: 47

Banyak lagi bukti-bukti fakta saintifik dalam Al-Quran yang tidak dapat disangkal lagi kebenarannya. Anda boleh baca di sini.

Hak-hak Al-Quran

Di sini  diringkaskan hak-hak Al-Quran:

1. Belajar dengan betul

2. Baca dengan betul

3. Memahami makna

4. Menghafalnya

5. Mengamalkannya

6. Mengajarnya

Marilah kita sama-sama memenuhi hak-hak terhadap Al-Quran. Moga-moga ia terus menjadi petunjuk dalam meranduk kehidupan yang fana ini.

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s