Illuminati: Ilmu Vs Amal

Iklan Raya Aidilfitri 2010 sungguh hebat apabila rata-rata orang Melayu Islam tertarik dengannya. Bukan kerana mempunyai mesej masyarakat yang mengkagumkan seperti iklan-iklan Petronas tetapi kerana kesamaannya dengan perayaan Krismas. Saya mula menonton iklan tersebut di FB bila ada saudara berkongsi link dengan tajuk ‘TV3 melampau’. Bila berlaku hal sebegini,saya lebih suka mencari kupasan-kupasan tentangnya di blog-blog politik dan blog yang berkaitan dengan Illuminati. Dan memang betul tekaan saya,iklan itu bukan sahaja menyamakan Aidilfitri dengan Krismas, malah ada unsur Illuminati di dalamnya. Nanti,jangan berhenti membaca,saya bukan ingin mengupas isu Illuminati atau tidak,saya ingin mengupas yang disebaliknya.Moga anda teruskan pembacaan.

http://www.youtube.com/v/tO1e6KXO88U?fs=1&hl=en_US

Kalau anda masih belum membaca kaitan Illuminati dalam Iklan TV3,saya sarankan anda baca kupasan dari [sini]. Mungkin ada yang bersetuju dengan beliau dan ada yang menentang. Tak kesemua yang ditulis oleh beliau betul tapi hampir kesemua saya bersetuju. Apa yang saya pelik dalam iklan ini mengapa diterbalikkan tulisan jawi itu. Memang tidak logik tulisan itu terbalik,kalau anda belek buku,anda tidak akan dapat tulisan yang terbalik melainkan ianya memang dibuat sedemikian.

Mungkin TV3 sengaja lakukan demikian untuk menimbulkan provokasi,lantas rating TV3 pun naik dan itulah yang berlaku!

Mungkin pembuat iklan tersebut memang ada kaitan dengan Illuminati tapi dapat dikesan dan matilah mereka bagaimana ingin menjelaskannya kepada media lain!

Mungkin iklan tersebut tidak ada apa-apa cuma kita terlebih fikir dan kaji,lalu bila budak itu menunjukkan jari telunjuk,kita kata itu penghinaan kepada kita dan pembuat iklan itu sedang gelakkan kita semua!

Dan macam-macam mungkin lagi boleh terjadi.

“Ah,inilah Islam Melayu,selalu bersangka baik biarpun bukti dah jelas yang iklan ini propaganda Illuminati. Semua benda tak perlu kaji,semua tersurat!”

Baiklah,saya terima kalau anda kata saya ‘buta’ tentang Illuminati. Jadi,saya ingin tanya anda,jika benar iklan itu ada kaitannya dengan Illuminati,apa tindakan yang anda akan ambil? TV3 sudah memohon maaf dan menarik balik iklan tersebut tapi iklan itu tetap tersebar di Youtube. Malah,setiap orang yang ingin berbicara tentangnya,pasti mengambil video tersebut dan secara tidak lansung,orang akan lihat video itu berulang kali macam apa yang sedang saya lakukan.

Apa tindakan yang kita boleh buat?

Buat group atau page FB “Saya Mahu Iklan TV3 di Youtube dibuang!” ?  “Sejuta Orang Membenci Iklan Raya TV3” ? Selepas itu,apa tindakan yang kita boleh buat? Adakah agenda mereka akan terhenti? Adakan Islam mula boleh berdiri balik?

Maaf,bila saya samakan Ka’bah dengan Illuminati dalam artikel lepas,ada orang kata saya melampau,jahil dan sebagainya. Telah saya terangkan,saya samakannya bukan atas niat mengejek tapi pada pendapat saya, semua ini dah melampau. Baca sini, sekarang,lemang dan ketupat pun mempunyai unsur Illuminati!

Bila baca semua tentang Illuminati ini,saya tertanya,jika kita tahu apa itu Illuminati,kaitan-kaitannya atau pengikut-pengikutnya sekalipun,apa yang mampu kita buat? Kita dedah mereka,sekat organisasi mereka dan sebagainya? Tidak mungkin itu boleh berlaku,anda sendiri percaya yang Illuminati telah menguasai dunia,Amerika Syarikat Illuminati, Paris Illuminati,Piramid Illuminati dan hatta KLCC pun Illuminati,masakan anda mampu menyekat mereka? Tidak.

Bila baca tentang Illuminati,ada orang cakap Illuminati itu Dajjal dan ada orang cakap tidak. Entah yang mana satu saya hendak percaya,kedua-dua teori ada logiknya.Tidak apa,kita serahkan perihal Dajjal kepada Allah,hanya Allah sahaja tahu Dajjal itu bagaimana,organisasi atau individu.

Katakanlah Illuminati itu Dajjal,adakah anda yakin dengan ilmu-ilmu anda,pengetahuan-pengetahuan anda tentangnya mampu menyelamatkan anda dari fitnah Dajjal?Saya yakin tidak!

Berapa ramai umat Islam tahu soalan yang akan ditanya malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur?

“Siapa Tuhan kamu?”

“Siapa Rasul kamu?”

Dan sebagainya. Siapa tidak tahu soalan itu? Hampir kesemua umat Islam tahu soalan itu,itu soalan bocor tapi berapa ramai yang yakin mampu menjawab nya di dalam kubur kelak? Malah,Rasulullah menceritakan apa yang berlaku di dalam kubur itu,malaikat rupanya bagaimana,kubur luaskah sempitkah,semua dicerita oleh baginda,kiranya dah jelas, dah cukup ilmu dan pengetahuan kita tentang kubur tapi berapa ramai yakin mampu melepasinya dengan kejayaan?

Bukan dengan ilmu atau pengetahuan kawan-kawan,tapi dengan iman dan amal kita.

Saya yakin,sama juga dengan Illuminati atau Dajjal ini. Bukan bermaksud saya setuju Illuminati itu Dajjal dan sebaliknya tapi saya igin terangkan,dalam perjuangan Akhirat,ilmu dunia bukan alatnya. Kita mahu terbangkan sebuah kapal terbang,lalu kita aplikasikan ilmu perkapalan,kapal terbang boleh terbang? Memang kapal terbang itu kapal tapi tidak sama kapal terbang dengan kapal laut.

Mereka(Orang Kafir,Orientalis,Yahudi,Kristian) tahu kalau berperang dengan kita,mereka tidak akan menang.Kita ada prinsip kita iaitu Syahid.Jadi mereka mula mengatur langkah,mereka menyerang kita melalui fikiran kita,mereka menampakkan dunia ini indah di mata kita lalu kita terpedaya,lantas,kita tersungkur.

Allah telah lebihkan kita dengan akhirat dan mereka dengan dunia,tapi kita tinggalkan akhirat dan cari dunia yang mana dunia itu kelebihan mereka,maka tidak pelik kalau sekarang kita di kaki mereka. Kita kalah wahai sahabat,kita sedang kalah. Selagi mana kita asyik leka mengejar dunia dan tinggalkan akhirat,selagi itu kita kalah.

Betul,kita mesti tahu apa itu Illuminati,bagaimana serangannya. Saya tak nafikan itu penting,tapi saya rasa lebih baik kita sedarkan umat Islam sekarang apa itu Tuhan,bagaimana menyembah Nya,siapakah utusan Nya,siapakah kita. Saya rasa,dari kita sedarkan anak muda kita yang sedang hanyut tentang Illuminati lebih baik kita sedarkan mereka siapa mereka di muka bumi Allah ini,pemilik atau peminjam.

Biarlah seorang dua sahaja yang mengkaji Illuminati,yang lain, ayuh bersama kami, kita sembah Allah dengan cara mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Ayuh bersama kami, kita ajak kawan-kawan kita yang tidak solat untuk solat. Ayuh bersama kami, kita amalkan budaya ingat mengingati supaya tidak menjadi orang yang rugi. Ayuh, kita berubah menjadi khalifah Allah!

4 thoughts on “Illuminati: Ilmu Vs Amal

  1. betul2.. x leh percaya semua.. macam dulu2 yng amstrong masuk islam mase pi bulan, smue orang dok tulis lam internet.. tapi gambar yng diambil tu disyaki tipu, so pasal amstorng masuk islam pun tipu lah?? ^^

  2. hehehehehe. first, tq for linking. 2ndly – orang yg terlalu byk mengkaji hal yg tidak berguna mmg boleh jadik paranoid. i’m not that good to explain things in religious p.o.v, tapi terima kasih kerana telah menjelaskan apa point post ketupat dan lemang itu dibuat. haha.

    “There’s two types of people around the world – one who doesn’t do enough analysis and be fooled by conmen, and another one is those who get too much analysis and being paralyzed by paranoia”

  3. “there’s two types of people around the world – those who divide people into two types, and those who dont”
    😛

  4. betul. mcm tygn dunia akhir zmn, tu bagusla utk tgk,
    tp kalau sekadar tgk dan lihat, tnpe ade usahe utk memntpkan iman,
    or masih lg leka dan lalai, biarkan nafsu ajk je tgk crite2 org putih or korea or jepun, kata-kata masih tak terjage, solat jemaah smbil lewa, solat sndri lewat-lewatkan.
    lebih baik sgtlah kite kaji qu’ran tu, hafal hadis-hadis,
    amalkan..
    sudah-sudahla kan dgn dose-dose yg lalu,
    dunia pun da nak tamat riwayatnye,
    supye iman kite mngkat, taqwa kpd Allah juga bertambah, Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s