Cinta kita……….~

Orang kata cinta itu indah. Bila sudah cinta, semua jadi indah. Yang busuk jadi wangi, yang buruk nampak baru. Setiap saat rasa mahu jumpa. Kalau tak dengar berita dari si dia, kita jadi gelisah. Namun, ada juga yang mengaku cinta, tapi lagaknya macam tidak cinta. Jika ditanya siapa idola, ramai yang jawab artis-artis dan Tun Dr. Mahathir. Ramai lagi  yang mengaku Nabi Muhammad s.a.w sebagai idola.

Memang wajar Rasulullah s.a.w dijadikan contoh ikutan terbaik kerana Allah telah mengakui bahawa dalam diri baginda itu terdapat teladan yang baik.

” Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah” [Al-Ahzab:21]

Memang wajar Rasulullah s.a.w dijadikan contoh ikutan terbaik kerana akhlak baginda mencerminkan keindahan Islam itu sendiri. Bagaimana tabahnya baginda menahan hinaan dan celaan musuh-musuh Islam. Bagaimana baginda membalas perbuatan-perbuatan jahat dengan senyuman. Bagaimanana baginda menahan hati dari membenci insan yang membenci baginda. Bagaimana baginda mampu menyuap makanan ke mulut si tua yang sedang mengutuk dan mengeji baginda. Subhanallah! Tinggi tahap kesabaran baginda.

Kita? Jika benar kita mengamal sunah-sunah Rasul, jika benar kita mengikut akhlak baginda, mana mungkin terjadinya pecah belah dalam sesuatu komuniti. Orang baling batu, kita baling besi. Orang hina kita, kita hina orang balik. Orang kritik kita, kita kritik orang balik. Itu situasi sekarang!

Sudah tiba masa kita berfikir sejenak. Sebenarnya dalam hati kita memang tertanam fitrah untuk mencintai. Apatah lagi fitrah mencintai insan agung dan semulia Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita sering tertipu dengan permainan syaitan yang sentiasa menjadikan kita rasa diri kita nombor satu dimata masyarakat sehingga tiada lagi sikap tolak ansur antara satu sama lain, tiada lagi rasa ingin minta maaf dan memaafkan. Sehingga membuak-buak rasa ingin berlawan dengan orang lain.

Cuba bayangkan jika semua orang mengamalkan akhlak Nabi s.a.w, pasti hidup ini tidak huru hara lagi. Semua orang tidak lagi mengeji sesama manusia, semua orang mudah memaafkan sesama manusia, semua orang tenang menghadapi ujian. Ingin hidup dalam suasana begini. Bila akan tiba saat-saat ini, hanya Allah yang mampu mengizinkannya terjadi.

Mari hayati sirah-sirah baginda. Mari belajar bagaimana  ibadah baginda, bagaimana akhlak baginda supaya ia jadi ikutan kita supaya kita menjadi muslim yang mencerminkan keindahan Islam itu sendiri. Mari belajar bagaimana baginda menginfakkan harta ke jalan Allah.Mari mencintai insan yang mencintai kita, sehingga ketika saat kematian baginda, yang keluar dari bibir baginda adalah ” ummati! ummati!”. Siapa “Ummati”?? Kita lah!🙂

http://www.youtube.com/v/rvwTiczFRak?fs=1&hl=en_US

2 thoughts on “Cinta kita……….~

  1. thumbs up to da writer..moga2 cinta pada Rasulullah hidup subur dlm diri kita..~amin~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s