Ramadhan dan Syawal-ada apa di sebaliknya?!

Syawal sudah lebih seminggu menjelma bermaksud sudah lebih seminggu jugalah Ramadhan al-Mubarak tahun ini pergi jauh meninggalkan kita buat selamanya. Bagaimana dengan mutu amal ibadah kita di bulan syawal ini? Adakah kita masih mampu untuk meneruskan tadarus Al-Quran serta qiamulail sekurang-kurangnya sepertimana yang telah kita laksanakan semasa Ramadhan bertamu sebelum ini? Kalau kita masih mampu bertahan dengan godaan syaitan yang menggila, insya’Allah itu adalah petanda amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah S.W.T.

Post kali ini bukanlah ingin bercerita mengenai fadhilat Ramadhan yang telah pergi mahupun kelebihan Syawal yang kita sedang harungi, post kali ini hanya cuba ingin mengajak para pembaca mengimbau kembali perkara-perkara yang telah berlaku di sepanjang Ramadhan dan Syawal tahun ini di samping cuba untuk mengupas sedikit sebanyak pengajaran yang boleh kita perolehi daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku itu.

Sejak bermulanya Ramadhan, negara kita telah digemparkan dengan pelbagai cerita duka dengan bermulanya kes pembuangan bayi pada subuh 1 Ramadhan, diikuti pula kes bazaar Ramadhan dilanda taufan di Jasin,Melaka yang telah meragut 3 nyawa dan 18 yang lain cedera. Seterusnya, kita dikejutkan pula dengan kes penangkapan pasangan yang berkhalwat semasa menyambut malam kemerdekaan tahun ini yang amat mencemarkan kemuliaan Ramadhan, dan selepas itu, negara digemparkan pula dengan iklan iluminati yang berkait rapat dengan perayaan krismas. Dan semakin menghampiri Syawal pula, negara kita digemparkan dengan kes yang masih hangat lagi-kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan juga 3 yang lain.

Di luar negara pula, 2 cerita duka yang perlu diberi perhatian oleh setiap insan bergelar muslim ialah kisah saudara mara kita di Pakistan yang dilanda bencana banjir paling teruk dalam sejarah yang telah menyebabkan hampir 4 juta korban banjir kehilangan tempat tinggal di samping kisah pencerobohan berterusan laknatullah Israel terhadap tanah Palestin yang tidak ada petanda akan berakhir.

Daripada beberapa peristiwa di atas, kita dapat lihat sendiri bagaimana Allah S.W.T. menguji setiap hambaNya untuk melihat siapakah antara hambaNya yang lebih tinggi takwanya. Jika di Palestin, Iraq dan beberapa negara lain Allah uji dengan serangan dari pihak kuffar serta bencana alam, di Malaysia pula Allah uji juga dengan serangan dari pihak kuffar, namun bukan melalui serangan bersenjata tetapi melalui serangan akidah yang lebih teruk kesannya terhadap usaha membentuk semula kedaulatan sistem KHILAFAH.

Proses penjajahan minda melalui rancangan-rancangan hiburan di TV serta lambakan gambar-gambar porno di internet, ditambah pula dengan program-program seperti Jom Heboh, sambutan tahun baru dan juga sambutan kemerdekaan negara yang menggalakkan lagi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim yang akhirnya membawa kepada zina dan telah menyebabkan rosaknya keturunan serta meningkatnya kes pembuangan bayi setiap tahun. Statistik menunjukkan pusat-pusat pemulihan serta perlindungan bayi luar nikah akan ramai penghuninya 8-9 bulan setelah sambutan hari valentine, sambutan kemerdekaan negara, serta sambutan tahun baru. Apakah maksud semua itu?? Anda sendiri ada jawapannya.

Pada akhir Ramadhan yang lalu juga hinggalah menjelang Syawal, untuk ke sekian kalinya umat Islam diuji keimanan dan kesabarannya. Kali ini adalah angkara rancangan biadab sekelompok puak Kristian di Florida, Amerika Syarikat. Terry Jones, paderi sebuah gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida telah mengisytiharkan ke seluruh dunia dan menyeru warga Amerika untuk memperingati Tragedi 11 September 2001 dengan menjadikannya sebagai “International Burn a Koran Day” (Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa). Sebelumnya, iaitu pada akhir bulan Julai lalu, mereka melakukan propaganda keji dan permusuhan terhadap Islam dengan menyatakan “Islam is Of The Devil” (Islam adalah syaitan). Terry Jones menuduh Islam dan hukum syariah bertanggungjawab atas aksi keganasan terhadap World Trade Center di New York. “Islam adalah syaitan. Agama itu menyebabkan jutaan orang masuk neraka, agama menipu, agama kekerasan”, katanya ketika diwawancara dengan CNN. Dalam laman webnya, mereka mengemukakan sepuluh alasan mengapa Al-Quran mesti dibakar. Di antaranya, Al-Quran dianggap tidak asli, tidak mengakui Jesus sebagai Tuhan dan mengajarkan totalitarisme kekuasaan. Islam juga dianggap tidak sesuai dengan demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Barat. Rancangan gila Jones ini mengundang kritikan hebat dari umat Islam di seluruh dunia. Malangnya pentadbiran AS langsung tidak mahu bertegas dengan Jones atas alasan ‘kebebasan’ di bawah sistem demokrasi yang mereka amalkan. Setelah kecoh dunia dibuatnya, Jones bagaimanapun membatalkan rancangannya di saat akhir. Tetapi, adakah kekecohan itu akan berhenti setakat di sini sahaja?? Kemungkinan besar jawapannya TIDAK!!

Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Khilafah yang akan melindungi kita. Mereka tahu  bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah.

Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk ‘War on Terror’ yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:

‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador – or the fear of it – causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.’ [Hesketh Pearson’s biography of George Bernard Shaw]
(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki – atau kebimbangan mengenainya – sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya))

Hari ini, kita, umat Islam, merupakan sasaran mudah bagi pihak kuffar. Ini adalah kerana kita tidak lagi berlindung di bawah Khilafah. Kita tidak lagi berada di bawah Imamah yang akan melindungi kita secara fizikal, politik dan intelektual. Bangunlah umat yang terpilih!!! Sampai bila lagi kita harus membiarkan diri kita di hina, dicemuh, dibunuh dan diperangi tanpa sebarang pembelaan??

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik” [TMQ Ali-‘Imran (3): 110]

Dalam ayat 110 daripada surah Ali-Imran yang membawa maksud, kita (umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang Allah Ta’ala utuskan di kalangan umat manusia disebabkan kita melaksanakan tiga perkara; yang pertama, kita menegakkan kema’rufan. Yang kedua, kita mencegah kemungkaran. Dan yang ketiga, kita tetap dalam keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Namun pada hari ini, tanggal 9 Syawal 1431H, saya ingin bertanyakan kepada para pembaca sekalian, adakah kita semua berada di kedudukan yang sebenar sepertimana yang Allah sebutkan di dalam ayat ini? Atau adakah kita telah terkeluar daripada tuntutan yang terdapat padanya? Marilah sama-sama kita renungkan dan memuhasabah diri masing-masing.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, mutakhir ini, Islam dan umatnya masih terus menerus dihina oleh musuh-musuh Islam. Bahkan unsur penghinaan juga muncul dari kalangan umat Islam sendiri, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Kita dapat melihat apa yang berlaku di New York baru-baru ini, sekumpulan manusia yang anti-Islam telah melaungkan slogan-slogan kufur yang menghina Islam dan umat ini. Begitu juga di Bradfrod, England. Yang terbaru, kita mendapat penghinaan yang keji daripada pengguna laman sosial Facebook dan yang seumpama dengannya. Apakah punca sebenar kepada permasalahan ini? Adakah kita redha dengan hanya berdiam diri dan menyembunyikannya di dalam hati? Inilah keadaan realiti umat Islam pada hari ini, kita dihina oleh musuh-musuh kita, tetapi kita tidak mampu untuk bergerak menghadapi mereka.

Di Palestin, senjata-senjata Israel tidak pernah sunyi daripada meletus dan mengorbankan saudara-saudara kita di sana. Rundingan demi rundingan yang diketuai oleh para pemimpin pengkhianat terus mendapat liputan media massa di seluruh dunia. Namun, itu semua tidak pernah menghentikan pembunuhan di sana sini. Tangan-tangan kita terus menghulurkan bantuan makanan dan perubatan, tetapi adakah itu semua dapat ataupun telah menghentikan kebiadaban makhluk terkeji rejim Israel laknatullah itu? Sama juga halnya di Iraq, adakah telah selesai pertumpahan darah suci kaum Muslimin daripada serangan kejam tentera kuffar Amerika Syarikat? Sedangkan kita masih lagi dapat mengikuti berita-berita duka di kaca TV dan di dada-dada akhbar mengenai kematian umat Islam di sana akibat penjajahan negara pengganas nombor satu di dunia itu sejak perang Teluk pada tahun 1989. Turut mewarnai berita-berita duka kaum Muslimin; di Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Mindanao, Selatan Thai termasuk di Pakistan yang masih tenat dengan musibah banjir! Tentera-tentera musuh terus mara membedil dan menyembelih kaum Muslimin tanpa simpati. Tetapi kehinaan ini masih belum dapat ditebus dan dibalas!

Segala permasalahan yang disebutkan tadi terus berlaku dan memuncak akibat daripada 3 sebab;

Yang pertama, ia adalah akibat daripada kelalaian kita sendiri sebagai umat Islam terhadap peraturan hidup. Kita telah dibius dengan cara hidup sekular, melalui cara hidup barat yang memisahkan agama daripada kehidupan. Kehidupan jenis ini sangat rosak lagi merosakkan kerana ia tidak diatur oleh wahyu yang diturunkan kepada umat manusia melalui Al-Quran dan Sunnah RasulNya. Kita tidak mengambil syariah itu secara sepenuhnya,  tetapi sebaliknya kita memisah-misahkannya lalu menjadikannya berjuzuk-juzuk. Disebabkan sekularisme, dakwah yang berlaku di kalangan kita pada waktu ini  bukan lagi merupakan dakwah yang menyeluruh, tetapi hanya tertumpu dalam hal-hal tertentu sahaja iaitu aqidah, ibadat (seperti thaharah, solat, puasa, sedekah, zakat, haji) dan juga akhlak. Sedangkan soal politik, sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem sosial, jihad dan sebagainya tidak lagi dilihat sebagai suatu kewajiban yang wajib untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian kerana itu semua telah dipisahkan oleh sekularisme melalui ejen-ejennya. Kesannya, kita mengamalkan Islam secara sebahagian dan mengambil peraturan hidup kufur untuk menampung sebahagian kehidupan kita yang lain.

Yang kedua, adalah akibat daripada munculnya para pemimpin khianat yang sentiasa mengkhianati kita umat Islam. Dalam segenap perkara kita dapat menyaksikan sendiri pengkhianatan mereka dengan mata kepala kita, sepertimana yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir dan wilayah-wilayah Islam yang lain yang sedang diserang dan diperangi oleh musuh-musuh Islam, para pemimpin pengkhianat ini masih merantai dan memenjara kekuatan tentera umat Islam daripada berjihad dalam menentang kekuatan kuffar di luar sana!  Begitu juga dengan penerapan ekonomi kapitalisme, para pemimpin pengkhianat ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meningkatkan kekayaan dan kemakmuran ekonomi di kalangan kroni-kroni mereka sahaja, sedangkan rakyat terus menerus dibiarkan menderita dan dihimpit dengan tekanan hidup yang bersangatan. Harta kekayaan umat terus dirompak dengan cara yang profesional serta mereka mencabuli hak hidup jamaah kaum Muslimin. Itulah jiwa mereka, menindas dan mengkhianati rakyat! Selain itu, mereka juga terus membiarkan gejala sosial meningkat kerana itulah peluang untuk mereka membentuk projek-projek pembaikan yang memakan kos yang tinggi! Demi Allah, merekalah pengkhianat yang mengkhianati umat Islam. Mereka redha dengan kuffar barat tetapi mereka memusuhi Islam dan umatnya, biarpun wajah dan nama mereka sama seperti kita! Kepimpinan mereka perlu segera ditolak agar pengkhianatan mereka ini dapat dihentikan dengan serta-merta.

Yang ketiga, adalah akibat daripada kehilangan pelindung dan perisai, yakni negara Islam, Khilafah. Sepertimana yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya, bahawa “Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu adalah perisai, di mana daripada belakangnya umat berperang, dan dengannya umat berlindung (riwayat Ahmad). Sejak daripada tahun pertama Hijriyah, Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. telah bersama-sama berjuang dan membina sebuah negara Islam di Madinah. Pemerintahan negara Islam ini diteruskan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin, dan kemudian disambung dan diteruskan pula oleh para Khalifah sesudah mereka melalui Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah, sehinggalah akhirnya diruntuhkan pada tanggal 28 Rejab 1342H di Turki. Dahulu, negara Islam Khilafah memayungi kehidupan umat Islam dan seluruh manusia dengan penuh keadilan dan kemakmuran. Tetapi setelah runtuhnya Khilafah Uthmaniyah yang terakhir di Turki, maka bermulalah detik hitam yang mengundang segala kesengsaraan hidup bagi seluruh umat manusia, khususnya umat Islam, sepertimana yang dapat kita saksikan pada hari ini. Umat Islam telah hilang pelindung dan perisainya, syariah Islam sudah tidak lagi menjadi sistem dan peraturan hidup yang mampu  membahagiakan kita semua.

Satu-satunya jalan keluar daripada seluruh permasalahan besar umat ini adalah dengan kita kembali menempatkan semula syariah dan Khilafah dalam kehidupan kita. Inilah satu-satunya sistem yang yang sempurna yang telah dikurniakan oleh Allah melalui RasulNya kepada kita. Usahlah kita berlengah lagi daripada berusaha untuk mengembalikannya. Yakinlah saudara-saudara, bahawa dengan cara ini sahajalah kehidupan kita kembali menjadi mulia dan diredhai oleh Allah SWT. Ini juga merupakan janji daripada Allah dan RasulNya. Kita wajib untuk kembali menghayati tsaqafah Islam melalui kelas-kelas pembinaan serta menyebarluaskannya kepada umat agar ia kembali menjadi peraturan hidup kita. Kita juga wajib untuk membai’at seorang Khalifah daripada kalangan kita umat Islam, di mana dengan keberadaannya, ia akan menerapkan seluruh hukum-hukum Allah serta membuang segala peraturan kufur daripada kehidupan kita. Demi Allah, usaha ini bukan suatu pilihan dan tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Ia merupakan suatu kewajipan yang utama di samping kewajipan fardiyah yang lain.
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul, dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Kitab Al-Quran) dan RasulNya (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ An-Nisaa’ (4) : 59]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s