Resepi : Kuih Cara Manis

Jom cuba~

Kawan-kawan kat Jepun pun kalau mengidam boleh juga cuba resepi ini.

Kita gantikan acuannya dengan acuan takoyaki(たこ焼き器), boleh dapatkan dengan harga serendah 980Yen di Rakuten.

たこ焼き器

Selamat mencuba~

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan air pandan yang dikisar

1/2 cawan santan/susu cair

1 biji telur

Sedikit garam

Gula

Sedikit minyak masak dan daun pandan

Pewarna hijau(jika perlu)

Cara

1. Kesemua bahan kecuali gula dicampurkan di dalam satu bekas, dan digaul rata. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan blender.

2. Untuk memudahkan adunan dituang ke dalam acuan, tuangkan adunan yang telah digaul rata ke dalam jag kecil.

3. Panaskan acuan kuih di dengan api yang kecil.

4. Sapu acuan dengan minyak masak(untuk elak dari melekat) menggunakan daun pandan(untuk menaikkan aroma).

5. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah panas.

6. Dengan menggunakan sudu kecil, tuangkan gula(separuh sudu kecil/ikut suka) ke atas adunan yang telah dituang ke dalam acuan.

7. Tutup acuan dengan menggunakan tudung periuk. Setelah 3-4minit atau setelah dirasakan kuih telah masak, pindahkan kuih ke dalam bekas dan ulangi langkah 4 hingga 6 sehingga kesemua adunan selesai dimasak.

Selamat mencuba!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s