Manis. Indah. :)

Pernah tak anda membayangkan berada dalam satu kehidupan yang indah? Kita cantik (wanita), hensem ( lelaki), kita punya pasangan hidup yang membahagiakan kita, kita punya rumah besar, kereta besar, gaji lima angka. Pasti ramai yang merasakan kehidupan begitu cukup indah. Dan pernah atau tidak anda membayangkan apakah pengakhiran hidup kita sebenarnya? Hidup, selepas itu mati, selepas mati kita akan tinggal dimana, bagaimana kehidupan kita disana? Saya pernah berfikir akan pengakhiran hidup selepas alam abadi itu sehingga kepala saya sakit kerana mungkin sudah melebihi tahap pemikiran insan biasa seperti saya.

Pernah juga terfikir,hidup yang bahagia mungkin boleh dikecapi jika kita punya banyak wang. Dengan adanya wang yang banyak, kita boleh beli semua benda yang kita mahu. Kita boleh makan semua makanan yang kita idamkan. Kalau malas nak makan sekalipun, duit kan masih banyak untuk bayar upah orang suapkan makanan ke dalam mulut kita.

Namun kembali berfikir. Bukankan hidup ini lebih bahagia jika kita hidup dalam ketaatan kepada ‘ tuan’ kita, Allah s.w.t.

” Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” [ Ali-‘Imran : 102]

…Dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim! Mati kan datang bila-bila masa, maknanya tiap-tiap masa kita kena beriman kepada Allah supaya mati kita dalam keadaan muslim. Kita berdoa supaya Allah tunjukkan kita jalan yang lurus, namun apabila diberi peluang melakukan ibadah, kita lakukan sambil lewa. Kita berdoa agar mati kita dalam husnul khatimah (kematian yang baik) sedangkan setiap masa kita diisi dengan gelak tawa, bukannya zikir. Kita berdoa dosa kita diampunkan sedangkan dosa dengan manusia tidak pernah kita insafi, jarang sekali memohon maaf.

Hidup sudah cukup bahagia seandainya kita menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dan hubungan dengan manusia. Solat itukan penghubung kita dengan Allah, tanda tunduknya seorang hamba kepada Rabbnya. Dalam solat, waktu yang paling hampir dengan Allah s.w.t adalah waktu sujud. Dalam ilmu perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala. Dan menurut Dr. Mohd Osman Nasir, hikmah sujud antaranya ialah melegakan sistem pernafasan, mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya dan banyak lagi.Indah hidup jika hubungan dengan manusia dijaga dengan baik. Tiada pergaduhan, tiada dendam, tiada rasa iri hati, tiada rasa sakit hati, tiada rasa tertekan akibat mencari salah orang lain. Hati pasti akan sentiasa tenang dan gembira.

Apalah ertinya hidup andai kecantikan rupa digunakan untuk menggoda, apalah gunanya hidup andainya wang berjuta digunakan ke jalan yang sia-sia, apalah gunanya kereta besar andai dipandu dengan rasa riak dan bangga diri.Manisnya hidup andai kecantikan rupa dijaga rapi untuk tatapan yang mahram sahaja, manisnya hidup jika walaupun punya wang yang sedikit, kita masih ingat untuk bersedekah untuk anak-anak yatim, indah lagi hidup andai kereta walaupun kecil, namun dipandu dengan rendah diri dan rasa syukur kepada Allah.

Kuantiti dan nilai harta yang kita ada bukan ukuran. Yang menjadi ukuran adalah bagaimana cara kita mensyukuri dan menggunakan rezeki yang dipinjam Allah.

Kesucian hubungan antara kita dengan Allah itu pemanis hidup dunia, pembela hidup yang abadi di ‘sana’ kelak. Keikhlasan hubungan kita dengan manusia itu menjadikan hidup lebih indah. Kedua-dua hubungan penting ini, jika dijaga dengan baik akan menjadikan kita seorang muslim yang sihat tubuh badan, sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan nikmat Allah yang datang tidak putus-putus, menjadikan kita seorang muslim yang hidup tanpa tekanan, menjadikan kita muslim yang tidak merungut. Kan indah hidup tanpa perkara-perkara negatif!

Mari menjaga hubungan kita dengan Allah. Cukup ke tidak 5 kali sehari mengadap Dia, adakah kita iringi solat-solat fardhu kite dengan solat sunat, supaya bertambah masa kita dengan ‘Tuan’ kita, adakah hubungan yang dijalinkan benar-benar ikhlas kerana Allah, adakah ungkapan ‘sayang’ kepada teman-teman kita di dalam facebook itu benar-benar kerana Allah? Atau hanya satu ungkapan pemanis bicara? Mari muhasabah🙂

http://www.youtube.com/v/i2yfH8LKUsw?fs=1&hl=en_US

http://www.youtube.com/v/fpT113l_tdI?fs=1&hl=en_US

One thought on “Manis. Indah. :)

  1. Bila penat bermujahadah untuk taat kepadaNya, kadang-kadang terfikir, sampai bila nak kene taat ni?

    Bila penat bersabar dengan kerenah insan-insan sekeliling, kadang-kadang terfikir, sampai bila nak kene jaga hati semua orang ni?

    Bila penat bicara tentang agama, tapi ramai yang buat tak endah, kadang-kadang terfikir, sampai bila nak kene pikul tugas dakwah ni?

    Tapi bila fikir nak dapatkan kebahagiaan hakiki, semua ni kita kene buat sampai mati.

    Tapi bila pulak kita akan mati?
    Senang cerita, fikirkan yang kita akan mati esok.
    Jadi, bila penat dan terfikir sampai bila, jawablah pada hati sendiri, sampai esok je =)

    ~monolog hati sendiri~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s