Jangan mencela dia………~

Ketika berhari raya bersama seorang rakan lama seminggu lalu, saya sempat berkongsi satu cerita yang agak membuka mata hati ini untuk berfikir tentang hakikat kehidupan. Ketika sedang berbual-bual mengimbau kisah-kisah lalu, telefon bimbit rakan saya berbunyi lantas dia menjawab. Ketika sedang bercakap di telefon, terpancar riak  yang kurang senang di wajah manisnya.

” Kenapa?” saya bertanya seusai dia menamatkan panggilan.

” Mak saya call. Tanya saya dah masak ke belum untuk nenek saya.” Rakan tadi menjawab.

” Nenek awak sakit kan? Semalam saya pergi rumah awak, dia macam duduk je, tak boleh nak jalan kan.” saya inginkan kepastian tentang keadaan neneknya yang uzur yang saya lihat tempoh hari.

” Dia memang macam tu. Kalau ada orang buat-buat sakit la. Tak mahu makan la. Bila ramai yang tak ada dalam rumah mula la dia buat hal. Nampak je tak boleh bangun. Tapi kalau dia lapar sangat masa orang tak ada dalam rumah tu, boleh je dia bangun jalan buka tudung saji ambil makanan.” Terang rakan saya panjang lebar.

Saya terdiam mendengar kata-kata rakan saya tadi. Bukan salah rakan saya, dia terluah semua itu mungkin kerana dia sudah lama bersabar dan mungkin ada sebab-sebab lain.Wallahualam.

Cerita rakan tadi terus bermain dalam kepala saya. Ketika sedang duduk bersama ibu saya,saya bertanya.

” Ma, ada ke orang tua yang depan orang dia buat-buat sakit, bila tak ada orang dia boleh je  jalan pergi cari makanan sendiri?”

dan jawapan ibu saya juga membuat saya berhenti bertanya lagi.

Ibu saya menjawab;

” Ada juga orang macam tu. Bila dah berusia ni, ada orang yang akan rasa nak buat perkara-perkara yang boleh buat orang lain marah je kat dia. Mungkin dia tak sedar dia begitu, tapi sudah ditakdirkan dia jadi begitu. Sebab itu kita kena doa banyak-banyak supaya bila kita tua nanti, kita jadi orang yang disenangi ramai dan tak buat orang benci pada kita.

—————————————————————————————————————————————————————————

Begitu juga kita dalam menjalin silaturahim. Ada yang perangainya tidak disenangi ramai. Kadang-kadang si A tak tahu mengapa rakan-rakan sering menjauhkan diri daripadanya ,rupa-rupanya dia tak sedar bau badannya busuk. Si B tak tahu kenapa orang tidak suka kepadanya, rupanya dia tidak sedar yang dia sering berbangga diri. Si C tidak tahu kenapa dia selalu dipinggirkan, rupanya dia tidak sedar yang selama ini dia seorang yang kedekut.

Bermacam-macam perangai yang tidak disenangi ramai ini bukan sesuatu yang pelik kerana sudah jelas manusia tidak ada seorang pun yang sempurna. Yang dibimbangi adalah, kita tidak sedar yang perangai kita menyakitkan hati orang lain. Sebab itu kita disaran untuk berdoa agar Allah s.w.t memperbaiki akhlak diri kita menjadi seorang yang Allah suka, manusia pun menyenangi kita.

Jika masih ada rakan-rakan yang tidak menyenangkan, mungkin kita boleh berlapang dada menganggap yang dia tidak sedar yang akhlak dirinya menyakitkan hati kita. Atau kita mengambil langkah mendekatinya dan berterus-terang agar dia boleh berubah. Mengutuk dan mengeji rakan tanpa pengetahuannya amat di larang dalam agama. Sebagaimana fiman Allah dalam surah Al-Humazah;

” Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela!” [ Al-humazah : 1]

Jika ingin mengadu ketidakpuasan hati, mengadulah kepada Allah s.w.t. Bukan memanjang-manjangkan cerita, ditokok tambah lagi. Jika ingin mengadu pada manusia sekalipun, pastikan dia orang punya pegangan agama yang teguh, supaya nanti dia tidak turut sama mengumpat, menambah bara api dalam diri kita. Sebaiknya, tindakan kita mengadu kepada manusia itu haruslah disusuli dengan tindakan susulan yang boleh membuat rakan kita tadi sedar akan kesilapannya.

Ingat rakan-rakan, mengumpat mencela itu bukan budaya yang diajar agama. Tapi ia seakan jadi rutin harian manusia sekarang ini. Katakan tidak pada mengumpat!

” Ya Allah, berilah hidayah kepada kami agar dapat kami perbaiki akhlak diri kami untuk menjadi seorang hamba yang disayangi-Mu dan seorang insan yang disenangi manusia.” amin~

One thought on “Jangan mencela dia………~

  1. ya betul tu…mungkin nenek itu tidak sedar yang dia telah membuatkan ahli keluarganya marah padanya..saya juga pernah mengalami perkara yang seakan ini..namun kita hendaklah berfikiran positif..mungkin dia tida sengaja..kita yang masih boleh berfikir ni..kena la berfikir kenapa mereka jadi macam tu..semoga di hari tua kita nanti, kita tidak megalami nasib yg sama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s