Cinta Kita Bukan Happy Love Story

Sudah banyak baca artikel tentang cinta kita baca,sudah banyak ceramah tentang cinta kita hadir dan hampir kesemua menyuruh kita berkahwin kalau tidak tahan,betul tak? Memang kita tak tahan dan memang kita nak kahwin tapi masalahnya ibu bapa kita tak bagi kita kahwin,kata mereka kita masih muda, kita tidak mampu tanggung anak orang,kita miang dan sebagainya. Kita yakin kita sudah cukup matang,kita yakin kita sudah mampu cari rezeki dan tempat berteduh dan kita sangat yakin kita miang tapi semua keyakinan itu tidak mampu meyakinkan ibu bapa kita kan?

http://www.facebook.com/v/149783418394852

[kisah cinta]

Bila kita dengar ceramah dari ustaz,ustazah atau mana-mana penceramah sekalipun,bila mereka cerita kepada kita tentang kisah cinta mereka,semua sangat indah,semunya ‘happy ending’. Bila mereka jumpa jodoh mereka,bila mereka mula jatuh cinta,seolah-olah Allah mempermudahkan kisah cinta mereka.Mereka dikurniakan ibu bapa yang faham agama,faham kehendak anak-anak,yakin dengan kebolehan anak-anak mereka.Kalau mereka(ibu bapa) tidak benarkan sekalipun,mereka beri mereka(penceramah) peluang untuk buktikan mereka(penceramah) mampu lakukan. Tapi kita?

Kita dikurniakan ibu bapa diktator,ibu bapa yang sebulat suara kata ‘No’ bila kita minta untuk berkahwin. Banyak alasan mereka keluarkan supaya kita membatalkan niat kita untuk berkahwin dan kebanyakan alasan-alasan tersebut biasanya menyalahkan kita. Saya tidak menyeru untuk anda mengeluh dengan ibu bapa sekarang tapi hal ini berlaku mungkin salah kita juga. Macam saya, 21 tahun saya hidup, tiada satu pencapaian pun yang mampu mendatangakn yakin pada ibu bapa saya bahawa saya sudah mampu memikul amanah tersebut. Ya,semuanya berpunca dari diri kita. Ibu bapa tidak yakin kepada kita bukan sifat mereka tidak yakin pada anak,tapi salah kita sendiri kerana tidak mampu meyakinkan ibu bapa kita.

Jadi,apa yang patut kita buat? Kita dah mengaku kita miang,kita mahu berkahwin tapi tak dapat nak kahwin. Nak ber’couple’? Malas nak ulas tentang ‘couple islami’ atau halal-haram bercinta tapi kalau cinta itu dibenarkan Islam sekalipun,ada batas-batas yang perlu dijaga dan pastinya kita,insan yang jahil dan berdosa ini gagal menjaga batas-batas tersebut. Jadi,kalau anda tidak mampu menepis tahi yang dilontor,apa yang patut dibuat? Ya,lari siap-siap. Sebab itulah dalam Al-Quran,Allah suruh kita jangan dekati zina. Faham?

Gambar Hiasan

Nak kahwin tak dapat, nak couple tak boleh, susah jadi remaja sekarang. Cinta dalam hati semakin membuak-buak, tengok dia hari-hari, dengar suara dia hari-hari,mana boleh tahan macam ini. Orang cakap senang, “apa susah,kau cakap je kat dia kau nak kahwin dengan dia,then fullstop.” Bukankah itu dah kira bertunang? Memang bertunang tak perlu cincin dan sebagainya,hanya kebenaran dari pihak perempuan yang waras tapi apa kata ibu bapa si perempuan nanti? Tadi masalah ibu bapa kita,sekarang masalah bakal mertua kita pula,semuanya kerana adat-adat melayu yang menyusahkan. Oh melayu~

Perlukah kita luah isi hati ini kepada si dia? Tak berdosakah kita? Menghampiri zina kah tidak? Pening. Kita yang berilmu agama cetek dan beramal ibadah yang minimum ini pening bila diuji dengan cinta. Kita tersekat antara cinta dan Cinta. Kalau tersalah langkah, cinta kita pada Tuhan pasti tercemar dan kalau tersalah langkah juga,cinta kita pada Tina pasti tergadai. Ini bukan masa memilih wahai sang pencinta,ini masa menjadi TAMAK. Jangan pilih,jom usaha dapatkan kedua-dua!

Mungkin ada antara anda yang berpendapat baik luahkan sahaja perasaan cinta kita kepada Tina,kemudian fullstop macam cakap kawan saya tapi pada pendapat saya itu bukan caranya. Saya pilih untuk berdiam dan berdoa kepada Allah. Sekadar berkongsi, sebelum datang belajar di Jepun,umi telah calonkan saya dengan anak kawan baiknya dan tanpa fikir banyak,saya terus bersetuju dengan pilihan umi. Muka dan perangai gadis itu saya tidak tahu,cuma saya dengar dari adik-beradik,gadis tersebut baik orangnya, sebab itu saya bersetuju. Begitu juga dengan keluarga gadis tersebut,mereka pun memberi respon positif. Umi berkali menyuruh saya berhubung dengan gadis tersebut tapi saya tolak.Biarlah perkenalan kami semasa pertunangan. Bagi saya ini prinsip tapi mungkin ada yang memandang ini ego,entah,saya pun tidak tahu. Seminggu lepas, seorang lelaki ‘add’ saya di FB dan dia adalah ‘teman’ baik gadis tersebut. Saya melepas.

Broken Heart

“Ala…Apsal ko tak contact budak tu..Ruginya..”Nasihat kawan saya.

“Em..Kalau betul dia jodoh aq,kahwin la nanti..”Balas saya,jujurnya saya terasa amat rugi dan menyesal,kenapalah saya tidak contact dia.

Persoalannya di sini,patutkah kita meluahkan rasa cinta kita pada seseorang bila kita mencintainya? Saya ingin berkongsi satu hadis, mula-mula saya baca hadis ini dari buku ‘Pemilik Cintaku Selepas Allah Dan Rasul‘ dan saya cari kesahihan hadis tersebut. Ada ulama’ menghukum hadis ini hadis Sahih dan ada yang menghukumnya Dhaif. Untuk keterangan lebih lanjut tentang hadis tersebut, sila baca di [sini]

Ibn ‘abbas : barang siapa sedang rindu ( cinta ), lalu menyembunyikannya , menahan diri kemudian dia mati, maka meninggal dalam keadan syahid.

Menyembunyikan cinta,menahannya dan jika meninggal,kita dikira mati syahid? Apa yang cuba disampaikan oleh hadis ini, betapa besarnya pahala orang yang menyembunyikan cintanya dari yang dicintai. Saya tanya diri sendiri,kenapa? Kenapa hadiah bagi seorang pejuang cinta yang gugur dalam menahan cintanya dianugerahkan syahid? Saya tidak tahu jawapan sebenar tapi pada pendapat saya kerana susah dan peritnya seorang yang dilamun cinta menahan perasaan itu seorang diri. Andaikata diluahnya, pintu maksiat bakal terbuka atau dalam erti kata lain,dia sedang mendekati zina.

Ya,menahan rasa cinta dari diketahui satu benda yang sangat payah. Kadang-kadang rasa seperti nak meletup hati menahannya. Bila berdoa meminta Allah jodohkan dia menjadi milik kita,kadang-kadang air mata mengalir tanpa disedari. Hati rasa bagai dicucuk-cucuk dari dalam. Ya Allah,sakitnya. Tapi perasan tak? Bila perasaan sakit itu datang,kita lebih dekat kepada Allah?

Kita secara spontan berdoa, “Ya Allah,tolonglah jadikan Asmahan itu milik aq.Aq nak sangat kahwin dengan dia. Aq nak sangat Ya Allah. Kau faham perasaan aq. Kau cipta aq mesti Kau tahu aq cinta gile kat Asmahan. Ya Allah,please,please.”

Walaupun isinya agak melampau,tapi bukankah itu doa? Bukankah dalam doa yang isinya terlampau itu,kita mengaku bahawa Allah itu Tuhan kita? Allah yang cipta segala-gala? Allah yang kawal nasib kita,Allah yang tentu jodoh kita? Maknanya,kita lebih dekat dengan Alla. Ooo,patutlah hadis tersebut kata hadiahnya mati syahid,rupanya banyak manfaat sembunyikan cinta.

Ya,jodoh memang kena usaha tapi caranya mesti betul. Cara yang betul? Samada anda ke rumah ibu bapa perempuan tersebut atau meminta orang tengah(ustaz/ustazah/naqib/naqibah atau agen cari jodoh seperti Baitul Muslim) tolong carikan,mungkin ada cara lain lagi tapi saya yakin,cara-cara ini hanya sesuai bila ibu bapa kita memberi lampu hijau untuk kita berkahwin.

Jadi sebelum dapat lampu hijau,jom lah sama-sama kita memperjuangkan cinta suci kita untuk bakal isteri atau suami yang masih belum kita ketahui kerana itu lebih mulia dan suci. Kita sediakan diri kita dengan ilmu agama dan am yang banyak, sediakan fizikal kita dan sediakan emosi kita supaya dapat beri yang terbaik untuk si dia. Bayangkanlah perasaan anda,anda berkahwin dengan seseorang yang anda baru kenal,kemudian selepas berkahwin,dia cerita yang dia pernah bercouple dengan orang lain,tidak sedihkah anda? Saya tidak jamin diri saya mampu menolak zina 100%,jadi saya seru pada diri saya dan anda semua,marilah sama-sama kita jauhi zina. Ayuh, Belia Benci Maksiat!

Anda Bijak Jauhi Zina

p/s:semua nama-nama di atas tiada kaitan antara hidup dan mati

2 thoughts on “Cinta Kita Bukan Happy Love Story

  1. ya betul..baru saya sedar menyembunyikan perasaan cinta peda seseorang lebih baik dari meluahkannya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s