Tips Mudah Menghafaz Al-Quran

Artikel kali ini adalah kesinambungan artikel yang ana tulis dua minggu lepas. Antum Boleh baca di sini. Artikel tersebut adalah input yang diperoleh dalam Jom Surau 2010 yang lepas.

Kali ini, ana hendak berkongsi ilmu tentang salah satu hak kita terhadap Al-Quran iaitu, menghafaznya. Mungkin ada diantara kita yang mengalami sedikit kesukaran untuk menghafaz ayat Al-Quran.  Insya-Allah, lebih mudah untuk dihafaz jika kena pada cara dan teknik hafazannya. Di sini, dikongsikan 6 langkah mudah modul hafaz Aqrab yang boleh dipraktikkan untuk menghafaz Al-Quran supaya mudah ingat dan berkekalan ingatannya.

1 Baca ayat-ayat yang hendak dilafas dengan betul hukum tajwidnya. Tentukan tempat waqaf dan ibtida’ (memulakan bacaan seterusnya) di tempat yang tetap tanpa diubah-ubah.

2 Ulang baca (melihat mashaf) ayat-ayat tersebut sehingga betul-betul lancar.

3 Setelah lancar, mula menghafaz dengan menutup mashaf atau ayat yang dihafaz. Jika sukar untuk ingat, catat pada kertas kalimah pertama setiap ayat dan kalimah-kalimah permulaan ditempat yang kita ibtida’.

4 Sesudah mengingat ayat pertama atau ayat gabungan yang dihafaz, dengan menggunakan teknik yang sama seperti langkah 3, hafaz beberapa ayat atau ayat seterusnya.

5 Uji hafalan dengan menghafaz berdasarkan huruf pertama setiap kalimah awal ayat. Jika boleh dihafal berpandukan huruf-huruf itu, sahlah kita sudah ingat apa yang dihafaz.

6 Tasmikkan (perdengarkan) ayat-ayat yang dihafaz dengan rakan sebaya atau guru. Apabila guru atau sahabat mengesahkan hafalan kita betul, maka, sahlah kita telah hafaz ayat-ayat surah itu.

Mari Praktikkan!

Cuba kita praktikkan hafalan surah Yasin. Mula-mula, bahagikan kepada 6 kelompok:

1.       Halaman 440

2.       Halaman 441

3.       Halaman 442

4.       Halaman 443

5.       Halaman 444

6.       Halaman 445

Gunakan cara hafalan 6 langkah seperti yang diterangkan di atas. Insya-Allah, kalau kita bersungguh-sungguh, dalam 5-7 jam, kita boleh hafal keseluruhan surah Yasin.

Penutup

Orang yang menghafaz Al-Quran adalah orang yang “membawa Al-Quran”. Oleh itu, mereka hendaklah , menjaga akhlak dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang tidak diredhai Allah. Mereka hendaklah menjaga makan minum, kesihatan diri dan sentiasa mengingati Allah dan mendekatkan diri dengan melakukan amalan-amalan yang diredhai-Nya.

Selamat menghafaz dan selamat beramal!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s