Dari Sahabat Untuk Sahabat: Hari ini..

Hari ini,

Walau kita jauh dari keluarga,

Kita dapat dengar suara emak melalui telefon,

Kita dapat webcam dengan abang kat ym,

Kita dapat balas komen dengan kakak kat facebook,

Hari ini,

Walau tadi semua sangat penat dengan kelas yang lama,

Kita masih boleh masak makan malam sama-sama dengan housemate,

Kita masih boleh dengar kawan kita berceloteh,

Kita masih rasa kehadiran mereka sebagai sahabat..

Tapi esok?

Adakah kita masih mampu melihat mereka lagi?

Adakah kehadiran mereka masih dapat kita rasa?

Sama ada kita yang pergi, atau mereka yang dijemput Ilahi,

Kita takkan pernah tahu..

Jadi mengapa terlalu sukar untuk  kita menyayangi mereka?

Mengapa terlalu payah untuk membalas senyuman mereka?

Ucapkanlah hari ini,

Doakan kebahagian mereka hari-hari,

Sempurnakan iman kita dengan menyayangi mereka,

Seperti kita menyayangi diri sendiri..

Hari ini,

Kita diuji dengan sesuatu yang kita tak ingini,

Kita marah,

Kita sedih,

Kita persoalkan takdir,

Kita rasa kita tak patut diuji sebegini,

Kita cemburu bila tengok orang lain gembira,

Sedangkan kita sengsara,

Kita rasa hidup ini sudah tidak ada maknanya.

Tapi esok?

Yakinkah kita yang duka ini akan terus berpanjangan?

Betulkah hidup kita dah berakhir?

Pastikah kita yang gembira itu kekal gembira?

Kita takkan pernah tahu..

Jadi mengapa kita terlalu sedih dengan dugaan ini?

Mengapa kita terlalu kecewa sehingga putus asa?

Mengapa kita terlalu mengikut rasa marah sehingga lupa?

Lupa menghargai segala nikmat yang ALLAH pernah kurnia,

Sedangkan ALLAH telah berjanji tidak akan menguji,

Melebihi kemampuan hambaNYA..

Bangunlah hari ini,

Jangan sedih lagi, teruskan langkah,

Kerana hanya orang yang kufur akan putus asa,

Kita tidak begitu kerana kita makhluk terbaik yang ALLAH ciptakan!

Hari ini,

Kita diberi banyak rezeki,

Kita mendapat banyak berita yang menggembirakan hati,

Kita senyum sampai nampak gusi,

Kita rasa bangga dengan diri sendiri,

Tapi esok?

Adakah rezeki yang banyak itu masih berbaki?

Atau habis tanpa kita sedari,

Pastikah hati kita akan sentiasa gembira?

Atau dirundung duka dengan sekelip mata,

Yakinkan kita senyuman itu akan terus mekar?

Atau aliran jernih laju membasahi pipi,

Kita takkan pernah tahu….

Jadi mengapa kita lokek untuk berkongsi sedikit rezeki?

Mengapa kita lupa dari bersyukur kepada Ilahi?

Mengapa kita rasa bangga hingga mendabik dada?

Padahal segalanya milik Yang Maha Esa,

Berkongsilah sedikit rezeki hari ini,

Agar di situ ada keberkatan,

Ringankan lidah untuk memuji,

Biasakan hati untuk mensyukuri,

Jangan terlalu gembira dengan nikmat yang diberi,

Kerana nikmat itu juga adalah ujian,

Untuk menguji siapa di antara kita yang lebih baik amalnya,

Biarpun hanya sedikit yang mensyukuri,

Semoga kitalah golongan yang sedikit itu…

Hari ini,

Kita masih BERNAFAS,

Kita masih ada peluang untuk MEMILIH,

Antara membuat DOSA atau PAHALA,

Kita masih boleh kata TUNGGU pada istilah TAUBAT,

Tapi esok???

Adakah kita masih BERNAFAS?

Atau kita jadi sekujur tubuh kaku MATI,

Masihkah kita ada peluang untuk MEMILIH?

Atau yang tinggal hanya kesal dan SEKSA,

Jadi mengapa masih menangguhkan taubat?

Ingatlah saat nyawa sudah tiba di kerongkong,

Sejuta kesal, seribu maaf pun tidak mengubah apa-apa,

Tinggallah kita di sana menjawab soalan malaikat utusan,

Lancar atau tidak, amalan kita yang tentukan,

Bukan harta, bukan sahabat,

Kerana setiap jiwa bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan,

Dan tidak akan berpindah pada siapapun..

Apa tunggu lagi?

Berusahalah hari ini dengan penuh yakin dan tawakal,

Bersyukurlah hari ini dengan sepenuh hati,

Bersedialah wahai hati-hati untuk hadapi saat diuji,

Berlapang dadalah untuk menyayangi semua yang disisi,

Yakinlah pada janji Ilahi atas segala hikmah yang hadir bersama pedihnya hati,

Kerana sekali lagi,

Kita takkan pernah tahu apa yang terjadi esok hari..

One thought on “Dari Sahabat Untuk Sahabat: Hari ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s