Al-Fatihah : Tunjukkanku Jalan Yang Lurus

Saya tergerak untuk menulis jawapan balas kepada keterangan salah yang diberikan oleh seorang Paderi di Kuching beberapa tahun yang lalu. Ramai yang berkongsi video tersebut dengan komen-komen yang agak melampau saya rasa,ada yang sudah bersumpah kalau paderi itu ada di depannya,dia mahu bunuh paderi tersebut.Macam-macam. Jujurnya ketika menonton video tersebut,hati ini sedikit takut dan gerun takut ada fakta yang mampu membutukan fikiran saya tapi selepas menonton video tersebut,saya sedikit gembira. Memang fakta dan keterangan yang diberikan salah tapi kalau anda perasan,keterangan yang diberikan mengkuatkan lagi bahawa Islam itu ajaran yang benar.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Untuk mereka yang masih belum tonton video berkenaan,sila tonton di bawah.

http://www.youtube.com/v/9tcSgb4tZ6s?fs=1&hl=en_US

Dalam pendapat-pendapat yang beliau suarakan,saya tertarik untuk menjawab tentang maksud ayat 6 Surah Al-Fatihah;

Tunjukilah kami ke jalan yang lurus

Saya terangkan balik berdasarkan kefahaman saya. Beliau tertanya tentang ayat ini,masakan Rasulullah masih meminta jalan yang lurus kalau baginda sudah tahu jalan yang lurus? Amat pelik bila orang yang tidak tahu jalan yang lurus mengajak orang ke jalan yang lurus,mustahil.Ayat yang sama dibaca oleh Nabi kita,maknanya baginda sendiri tidak tahu jalan yang lurus. Diumpakan seperti naik kapal terbang,pilotnya tidak tahu tempat mendarat,gawat,bahaya.

Saya pun fikir,betul juga,kita pinta dari Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus sebab kita sendiri tidak tahu jalan yang lurus. Rasulullah pun pinta perkara yang sama,maknanya Rasulullah sendiri tidak tahu jalan yang lurus jadi bagaimana baginda mahu pimpin kita ke jalan yang lurus? Cuak saya seketika.

Saya fikir balik analogi yang diberi,kalau kita mahu ke Pasar Kuching,tidak tahu jalan ke Pasar Kuching,kita berhenti di tengah jalan dan tanya orang bagaimana mahu ke Pasar Kuching. Selepas itu,saya samakan analogi ini dengan ayat 6 surah Al-Fatihah itu, yang sesatnya saya dan yang ditanya itu mestilah seorang yang tahu jalannya. Ya! Saya yang tidak tahu jalan ini,berdoa meminta ditunjukkan jalan yang lurus oleh ALLAH,bukan Rasulullah. Hanya Allah sahaja yang tahu jalan yang lurus,Rasulullah tidak tahu.

Kita balik semula buku teks Pendidikan Islam darjah 6,tugas seorang Rasul apa? Menerima wahyu dan menyampaikan kepada orang lain.Rasulullah terima wahyu dari Allah dan baginda sampaikan kepada orang lain termasuk kita,itu seorang Rasulu. Adakah Rasul mencipta jalannya sendiri? Tidak. Adakah Rasul menghakimi sesuatu tanpa kata putus dari Allah? Tidak. Adakah Rasul menjalankan sesuatu tanpa panduan dari Allah? Tidak. Apa yang disuruh,itulah yang dibuat. Apa yang dijawab,itulah yang disampaikan. Itulah seorang Rasul dan tak syak lagi,Rasulullah adalah seorang Rasul,bukan pengasas agama.

Kita perhatikan agama-agama lain,agama Paderi tersebut,Kristian. Bagaimana nama agama tersebut dipanggil Kristian? Berdasarkan nama pengasasnya,Jesus Christ. Yahudi,berdasarkan nama Yahuda. Buddha? Gautama Buddha. Dan banyak lagi agama yang dinamakan sempena pengasasnya tetapi tidak pada kita umat Islam,Islam bukan nama Rasulullah,nama Rasulullah ialah Muhammad Bin Abdullah. Kenapa tidak kita panggil Islam sebagai agama Muhammad? Sebab agama kita bukan Rasulullah pengasasnya,tetapi Allah yang turunkan.

Kasihan Paderi tersebut,kalaulah dia bertanya kepada Imam atau Ustaz tentang ketidakfahamannya,insya Allah,dia akan lebih faham tentang Islam tapi sayangnya dia tidak berbuat demikian. Begitulah wahai teman,andaikata ada kesangsian dalam diri kita tentang ayat Quran,ibadah,hukum Feqah dan sebagainya,jangan berdiam diri sebaliknya bertanyalah kepada yang arif dan tahu tentangnya. Jangan hanya dengan pembacaan kerana berguru dengan buku syaitan gurunya tetapi bergurulah dengan Ustaz atau orang yang arif tentangnya.

Dengan hanya ilmu Pendidikan Islam dari darjah 1 hingga Tingakatan 5,saya yakin,ilmu agama kita masih banyak yang kurang. Apa yang dipelajari hanyalah teori semata-mata dan berorientasikan peperiksaan,banyak yang kurang. Cuba muhasabah balik,berapa ramai yang masih ingat ayat-ayat dari surah Luqman yang dihafal? Berapa ramai yang masih mampu membaca doa sujud Sajadah? Mulai hari ini,jom kita sama-sama menambah ilmu yang sikit ini! Jangan jadi alim kerana orang alim hanya tahu sedikit ilmu tapi jadilah Ulama’ kerana Ulama’ tahu banyak ilmu.

Jom,jadi ulama’!

http://www.youtube.com/v/vHz8lxK1ZKo?fs=1&hl=en_US

Senandung Al-Fatihah – Irsyadee

3 thoughts on “Al-Fatihah : Tunjukkanku Jalan Yang Lurus

  1. salam…sy bersetuju dgn pndpt anda. sbtulnya agama islam mmg Allah la pengasasnya dan bukan nabi muhammad atau nabi2 sblmunya….ilmu agama y kite dpt di peringkat sekolah dl hnyalah sdkt shja y kite tahu. sesungguhnya ilmu Allah sgt lah luas dan Al quran la rujukan utama kite…bykkan mmbca n mmhmi Al quran. kite akan tau btpa sdkt sgt ilmu y kite ad sbnrnya, y sptutnya kite tambahkan lg ilmu2 itu serta mengamalkannya selagi msh bernyawa. ilmu xkn abis dpelajari n didalami olrh generasi akn dtg wlpun kite sudah tiada

  2. Mengemukakan jawapan balas yang bertitik tolak dari kata-kata paderi itu,pada saya, satu kesilapan.
    Ini kerana,dakwaannya bahawa Rasulullah s.a.w tidak tahu jalan yang lurus, adalah tidak betul.
    Justeru,segala jawapan balas yang bertitik tolak daripada dakwaan yang tidak benar ini, adalah tidak betul.
    Kaedah sepatutnya ialah kita menjelaskan bahawa dakwaan ‘Nabi s.a.w tidak tahu jalan yang lurus’, adalah dakwaan yang tidak benar.
    Selepas itu,bertitik tolak daripada penjelasan itu, kita nyatakan jawapan balas.
    Begini…
    1. Paderi tersebut hanya membaca ayat 6 surah al-Fatihah yg berbunyi “tunjukkanlah kami jalan yang lurus”.
    2. Tapi dia tidak membaca sambungan ayat 6 di atas yang menjelaskan apakah jalan yang lurus yg berbunyi “iaitu jalan orang yang diberikan nikmat”. Inilah jalan yang lurus.
    3. Jadinya, soal tidak tahu jalan yang lurus langsung tidak timbul.Jalan yang lurus juga diterangkan denganjelas dalam al-Quran dan hadis.
    4.Kesimpulan, Nabi s.a.w dan kita semua tahu jalan yang lurus iaitu jalan yang diterangkan dalam al-Quran dan hadis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s