Pandanglah dari sudut yang betul

Musibah. Ujian. Setiap orang pernah mengalaminya. Setiap daripada kita pasti akan diuji. Walaupun wasilah setiap ujian itu mungkin berbeza, namun semuanya datang daripada ALLAH. Senang kata segalanya adalah daripada ALLAH. Kecil atau besar sesuatu ujian itu, bergantung pada kemampuan penerimanya. Kerana tiada siapapun yang dibebankan melebihi kemampuannya. Jadi, setiap kali kita menerima ujian, yakinlah pada janji ini. InsyaALLAH ia akan membantu kita mengharungi setiap ujian dengan lebih tabah.

Benarlah setiap ciptaan ALLAH itu terkandung seribu pengajaran dalamnya bagi mereka yang mahu berfikir. Bagi mereka yang mahu mengambil peluang untuk belajar sesuatu. Betul, setiap orang pernah ditimpa musibah. Adakalanya satu musibah itu menimpa ramai orang. Jadi dalam keadaan sebegini, pelbagai reaksi dapat dilihat. Walaupun musibah yang sama, penerimaan setiap antara penerima musibah itu tidak sama. Ada yang memilih untuk mengeluh, ada yang mungkin marah, ada yang redha dan tabah, tidak kurang juga ada yang bersyukur. Melihat kepada situasi ini, ada yang sesuatu yang bermain di fikiran, bagaimana boleh terjadinya perbezaan penerimaan ini?

Iman. Tahap keimanan yang membezakan. Iman dari segi bahasa bermaksud percaya. Dari segi istilah pulak didefinisikan sebagai meyakini dengan hati, mengungkapkan dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan. Ramai yang tahu dalam hati mereka, tetapi sukar untuk meyakini. Mudah bagi kita untuk mengungkapkan bahawa kita beriman, tetapi ramai yang gagal mengamalkannya. Jadi bila ditimpa musibah, bagi yang rendah imannya, mulalah menggelabah. Rasa marah dibiar merajai. Musibah hanya dilihat sebagai bala yang hanya memudaratkan. Sebaliknya, bagi yang tinggi imannya, setinggi keyakinan yang dipahatkan pada janji ALLAH, setinggi itu jugalah kesabaran mereka menghadapi musibah. Kerana mereka meyakini semuanya daripada ALLAH dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mereka tidak hanya memandang musibah itu sebagai satu bala yang memudaratkan tetapi sebagai satu medium untuk memuhasabah diri. Lantas, perbezaan tahap keimanan ini menghasilkan reaksi penerimaan yang berbeza. Tetapi masih ada sesuatu yang bermain di fikiran, bagaimana keimanan itu membantu kita lebih tabah?

Secara dalamnya, keimanan yang utuh membantu kita memandang sesuatu musibah dari sudut yang berbeza.  Sebagai contoh, anda merupakan seorang pelajar yang menerima biasiswa. Setiap bulan anda menerima RM430 dari pihak penaja. Tinggal di bandar yang tinggi kos sara hidupnya, duit tersebut tidaklah lebih terlalu banyak. Satu hari, duit elaun dipotong secara tiba-tiba tanpa notis mahupun sebab. Nilai potongan adalah antara Rm30 hingga Rm170. Purata potongan adalah Rm100. Ramai rakan-rakan anda sudah mula mengamuk mempertahankan hak mereka. Mereka rasa teraniaya. Duit itu hak mereka dan ini adalah satu musibah. Besar maknanya Rm100 itu bagi mereka yang tinggal di bandar yang semuanya mahal. Macam-macam boleh dibeli. Lalu, fb menjadi tempat mereka melempiaskan marah. Tetapi, benarkah ‘kehilangan’ Rm100 itu terlalu besar maknanya sehingga mampu membuatkan kita hilang sabar dan nilai keimanan??

Ya. Bagi mereka yang meletakkan nilai Rm100 itu pada duit semata-mata. Dan pada mereka yang memandang semua ini hanya  dari sudut ianya satu musibah dan sudut bahawa mereka telah teraniya. Mereka terlalu memandang kehilangan Rm100 itu sehingga lupa pada baki Rm330 lagi. Mereka rasa tidak berbaloi dengan kehilangan ini. Mungkin mereka menggunakan hujah hak mereka sebagai sebab untuk mereka marah. Maksudnya bukanlah nilai yang mereka persoalkan, tetapi hak mereka yang telah tercalar dek kerana duit mereka dipotong tanpa notis. Berbicara tentang hak, layakkah kita sebagai hamba ALLAH yang hina ini mempersoalkan takdir yang telah tertulis? Layakkan kita mengutuk orang yang kita rasa salah sehingga melampaui batas padahal belum terbukti kesahihannya? Sanggupkah kita menjatuhkan maruah kita dengan menjadi orang yang lebih teruk dengan mengutuk semata-mata kerana ‘hak’ kita yang konon-kononnya dirampas?

Apabila kita ditimpa musibah. Sakit atau sebagainya. Ia mungkin membawa pelbagai sebab. Antaranya ALLAH mahu menguji keimanan kita. Mungkin juga ALLAH mahu menghapuskan kesalahan kita lalu dihantarkan kepada kita kesakitan. Mungkin juga ALLAH mahu mengelakkan kita daripada kesusahan yang lebih besar daripada ujian yang diberi. Atau, mungkin juga setiap dari musibah adalah balasan terhadap dosa-dosa kita yang telah lalu. Jadi sebelum kita marah-marah, pernahkah kita mengambil masa untuk menilai diri sendiri terlebih dahulu? Sebagai contoh hak pelajar yang telah dipotong Rm100 tanpa sebab itu, duit yang diberi adalah untuk kegunaan pelajaran dan sara hidup. Namun pernahkah pelajar itu melihat semula adakah dia pernah menyalahkan duit itu untuk kegunaan yang tidak sepatutnya? Membeli baju yang mahal-mahal mungkin? Pergi ke taman tema yang besar belanja? Membazir ke arah keinginan berbanding keperluan sehingga duit bulanan habis tak berbaki. Lalu bila dipotong Rm100 terus menggelabah kerana tiada simpanan dan menggunakan alasan ‘hak’ sebagai hujah untuk marah. Tetapi bagaimana dengan ‘hak’ duit elaun yang sepatutnya dijaga dan diurus dengan baik? Padahal jika diurus dengan baik dan menggunakan konsep berbelanja ikut kemampuan, insyaALLAH tidak menjadi masalah. Bukanlah saya mahu menuduh mana-mana pihak. Cuma mahu membawa kita semua berfikir sejenak memuhasabah diri sebelum marah.

Bagi mereka yang memandang dari sudut ‘ujian yang diberi adalah daripada ALLAH’ dan ‘sabar itu sebahagian daripada cabang iman’, kehilangan Rm100 itu langsung tidak mampu untuk mencetuskan kemarahan mereka. Kerana mereka meletakkan nilai Rm100 itu bukanlah pada nilai duit semata-mata, tetapi memandang nilai Rm100 itu sebagai cara untuk mereka bersabar dalam menghadapi ujian ini. Ujian kehilangan duit sebanyak itu, jika mereka bersabar, ALLAH akan mengurniakan pahala yang banyak. Dan jika dengan kehilangan itu juga, mereka akan lebih sedar dan mendekatkan diri pada ALLAH, dan yakinkan dalam hati mereka bahawa semua rezeki itu daripada ALLAH, besar sekali ganjaran pahala yang menanti mereka. Dan jika dibandingkan nilai Rm100 dengan nilai pahala yang menanti jika bersabar, adalah terlalu sedikit bukan? Di sinilah pentingnya keimanan yang tinggi supaya kita dapat melihat sesuatu musibah itu dari sudut yang betul agar penerimaan kita nanti adalah yang baik.

Maaf jika ada yang tersalah tafsir, ia hanyalah pendapat insan kerdil seperti saya. Namun tidak salah sekiranya saya dan anda semua cuba memandang setiap musibah itu dari sudut yang betul. Agar kita tidak menjadi hamba yang marah sehingga hilang pertimbangan. Hingga terserlah keburukan diri sendiri. Pandanglah setiap musibah itu dari sudut yang betul dan letaklah nilai yang selayakknya agar kita sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar dan bersyukur.

Advertisements

10 thoughts on “Pandanglah dari sudut yang betul

  1. Anger comes from Satan and Satan is created from fire. Fire can only be put out by water. So whenever one of you is stricken by anger, make an ablution. [Abu Dawud]

  2. taktau ag.. pas abis cuti nanti baru perkara ni akan dijelaskan.. semoga semuanya selesai dengan baik.. =)

  3. apa kata senpai2 kat jepun tolong sket2.kohai kat sini hah.daripada beli kereta mahal2.dating.dari infaq utk palestin.

  4. maaf saudara,tak tahulah saudara ni senpai or kouhai,untuk makluman anda,yang menulis artikel ini pelajar JAD yang berada di Malaysia lagi. Dan untuk pengetahuan anda juga,biasiswa senpai2 di Jepun baru sahaja dipotong sebelum raya tanpa sebab. Bila email dihantar,”kasihan kamu,saya tidak boleh buat apa-apa,arahan orang atas.”

  5. certain orang je yg kne potong tu. sebab denda rumah kat TBP bersepah sebelum fly hari tu. sy dpt maklumat dr orang atas tu sendiri. certain org mmg dh dpt notis pasal denda ni mse kat klia sblm fly tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s