Oh, Malaysiaku Tercinta!

“Excuse me, what can we eat between all this?”

“oh..we can only eat the squid, fish, and this one.”

“What about the meat?Is it beef?Could we eat it?”

“No, we can’t eat that one.”

“oh..is it pork?”

“No, its not.”

“Then, why can’t we eat it?”

“Because it is not properly cut.”

“ha?”

“Let’s just not eat it..”

Semalam penulis berpeluang untuk mengikuti rombongan yang dianjurkan pihak university untuk ryugakusei(foreign student). Kami dibawa melawat kawasan pantai di Jepun sambil bersama-sama menarik jala dengan nelayan di kawasan tersebut. Setelah itu, diadakan pula sesi barbeque beramai-ramai di tepi pantai. Menikmati udara nyaman, suasana pantai yang cantik, beserta santapan yang menyelerakan benar-benar satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Namun bukan itu yang ingin dikongsi pada entri kali ini. Dialog di atas sering mengganggu minda penulis.

Lawatan tersebut menemukan kami dengan beberapa rakan Muslim dari Negara luar, teruatamanya China. Mereka mengaku Muslim, tapi perwatakan, pemakaian, dan pembawakan diri mereka sangat menyukarkan kami untuk membezakan mereka dengan warga tempatan atau warga asing yang lain. Hanya wajah yang iras-iras arab itu, memudahkan kami untuk mengecam mereka.

Mereka tiada pengetahuan tentang halal dan haram, kurang pendedahan tentang agama. Namun, penulis tidak menyalahkan mereka 100% dalam hal ini, kerana sememangnya kehidupan di tanah air mereka, membentuk mereka untuk menjadi Muslim yang sebegitu. Syukur dan betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia!

Mujur sahabat tadi masih mahu bertanya tentang apa yang halal untuk dimakan dan apa yang tidak halal untuk dimakan. Ada juga di antara mereka yang dengan selamba makan daging ayam dan lembu di sini kerana pada fikiran mereka, hanya babi yang tidak boleh dimakan.

“Diorang ni tak tau pasal sembelih ke ha? Macam blank-blank je bile kite cakap tak boleh makan sebab tak sembelih.” Adu seorang sahabat penulis.

“Mungkin juga. Tak boleh nak salahkan diorang. Mungkin diorang memang betul-betul tak tahu. Sekularisme yang berlaku sejak zaman Mustafa Kamal attartuk dah membentuk mereka jadi macam tu. Sekarang dah jadi tugas kita untuk betulkan mereka.”

“Betul juga. Sebab dia pernah bercerita tentang negaranya yang tidak membenarkan perempuan untuk memakai tudung ke sekolah. Maka, dia hanya bertudung sewaktu di rumah bersama sanak-saudara. Perempuan juga tak dibenarkan untuk ke masjid. Malah menurutnya, dia hanya solat 5 waktu sehari semalam sewaktu di negaranya. Di Jepun pula hanya bersolat sekali sehari sebab di Jepun kan jiyuu(free). Tiada yang menyuruhnya untuk solat.” Tambah sahabat penulis lagi.

Malaysia Tanah Airku

Malaysia juga suatu masa dahulu pernah terkena tempias jahiliah dan sekularisme. Ada ustaz memberitahu kalau kita mahu tahu bagaimana kehidupan masyarakat kita sewaktu zaman 60-an dulu, maka tontonlah cerita-cerita P.Ramlee. Begitulah masyarakatnya.

Malah, penulis yakin, ibu dan bapa pembaca sekalian juga pernah bercerita tentang zaman persekolahan mereka. Ibu memakai skirt ke sekolah, ayah pula hanya memakai seluar pendek. Malah sewaktu kelas senaman juga, uniformnya adalah seluar pendek dan t-shirt. Para ustazah sewaktu zaman tersebut juga hanya memakai tudung yang menampakkan jambul rambut masing-masing.

Kesedaran Islam oleh masyarakat Malaysia juga agak lambat sebenarnya. Namun, mujur ada usaha dari pelbagai pihak menyampaikan dakwah, sehingga kita hari ini, dapat tahu sedikit pasal Islam. Kita hari ini, mampu untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan. Kita hari ini, punya sedikit pengetahuan tentang halal dan haram.

Memetik cerita Ustaz Abdul Halim di dalam blognya tentang kebangkitan Islam di Malaysia.

Zaman Kemuncak Dakwah (I) di Malaysia (1981-1982)

“Mereka yang berumur 40an seperti saya, 50an dan 60an yang terlibat dalam gerakan Islam di Malaysia hari ini akan bersetuju dengan saya jika dikatakan bahawa dakwah dan kesedaran Islam di Malaysia mendapat momentum besar di tahun-tahun 1970an diantaranya melalui usaha dan pimpinan Ustaz Hadi dalam PAS, Anwar Ibrahim dalam ABIM, Ustaz Ashaari dalam Al-Arqam serta lain-lain individu dan badan Islam. Momentum ini mencapai kemuncaknya pada tahun-tahun 1981-82. Kebetulan ketika itu saya di tingkatan 4 dan 5, umur yang penuh idealisme dan aktivisma. Saya tidak puas-puas menghadiri ”Kursus-kursus Kefahaman Islam” anjuran badan-badan berkenaan dan membawa masuk apa yang saya perolehi di sana, masuk ke dalam MRSM Kuantan seperti kaset, buku, kicap, sos, kayu sugi, ubat gigi halal (ketika itu Colgate disyaki ada minyak babi) dan lain-lain. Di tahun-tahun tersebut juga, “Revolusi Tudung” tersebar dengan pesatnya di seluruh pelusuk negara. Di MRSM Kuantan ketika saya di tingkatan 1 (1978) dari kira-kira 300 pelajar wanita, hanya sekitar 20 orang memakai tudung, tetapi ketika saya di tingkatan 5 (1982) hampir 90% pelajar wanita memakainya. Hatta (hinggakan) pelajar yang tidak memakai tudung menukar fesyen pakaian sekolahnya dari blouse kepada baju kurung.”

Baca lebih lanjut di sini.

Tahun ini kita kehilangan mereka

Namun, tahun ini kita berhadapan dengan 2 kehilangan besar buat Negara dan umat ini. Mereka yang telah bertungkus-lumus berjuang untuk menyampaikan deen ini sehingga ke generasi hari ini, pulang menyambut seruan Ilahi Tiba sudah saat untuk mereka bertemu  Yang Dicinta. Tiba sudah masa mereka untuk berehat panjang. Meninggalkan kita, bersama amanah yang lebih besar.  Amanah untuk terus menyampaikan deen ini sehingga generasi-generasi akan datang.

16 Mei 2010 – Pemergian Ustaz Ashaari Muhammad(Pengasas Gerakan al-Arqam)



Al-Arqam di era 1970an. Ustaz Ashaari duduk di tengah-tengah. Ketika ini hanya slogan “Al-Quran dan As-Sunnah” sahaja yang kedengaran. Belum ada slogan “Imam Mahdi – Syeikh Suhaimi”, “Pemuda Bani Tamim” dan sebagainya seperti di tahun-tahun 1990an.

“Gerakan Al-Arqam bermula dengan 12 orang pada tahun 1968. Bilangan ahlinya mencapai 3000 orang pada tahun 1980. Pada tahun-tahun 1990an bilangan anggotanya dipercayai mencapai 10,000 orang atau seingat saya 6,000 keluarga seperti yang disebut di dalam salah satu buku terbitannya. Saya mula mengenali gerakan dan menghadiri kursus-kursus anjuran Al-Arqam sejak di tingkatan tiga, tahun 1980. Ketika itu slogan Al-Arqam ialah “Bergembiralah dengan Al-Quran dan As-Sunnah”. Ketika itu isu yang mengaitkan Al-Arqam dengan ajaran sesat, pegangan Aurad Muhammadiah, Imam Mahdi Asy-Syeikh Suhaimi dan seumpamanya belum tersebar. Dalam suasana penghayatan Islam dikalangan rakyat Malaysia masih baru, tidak ramai yang bertudung, bahkan ketika itu siapa yang mula bertudung digelar “hantu kongkong”, “ninja”, “dakwah songsang” dan sebagainya, kemunculan ribuan ahli gerakan Al-Arqam di tengah-tengah masyarakat dengan imej serban, jubah dan purdah memberi nafas baru kepada usaha-usaha kembali kepada agama Allah swt. Imej dan risalah ”Islam Yang Syumul (Menyeluruh)”   dikuatkan lagi dengan penonjolan Islam bersepadu melalui produk media seperti kaset-kaset ceramah 3-jam Us Ashaari seperti “Keindahan Islam”, “Hakikat Iman” yang tidak jemu-jemu saya dengar 6 atau 9 jam berulang kali, akhbar Al-Arqam, risalah Fardhu Ain, kaset dan persembahan nasyid Islam kumpulan Al-Arqam seperti Nada Murni, The Zikr pimpinan Al-Marhum Asri Rabbani, penghasilan produk makanan halal seperti mee, kicap, sos dsb yang ketika itu rata-rata umat Islam bergantung kepada kilang bukan-Islam. Ramai tentunya masih ingat Klinik Bersalin Al-Arqam di Desa Minang, Gombak, yang merupakan klinik pertama anjuran gerakan Islam di Malaysia beridentitikan doktor dan jururawat berpurdah dan berjubah putih, mengazankan bayi di telinga kanan dan mengqamatkannya di telinga kiri.”

Baca lanjut di sini.

18 September 2010 – Pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain(Pengasas Gerakan HALUAN)

“Ustaz Dahlan beroleh ijazah didalam bidang syariah dari Universiti Baghdad, Iraq. Beliau kembali ke tanahair dan mula aktif dilapangan Dakwah sejak diakhir tahun 1960an khususnya di dalam ABIM (ditubuhkan tahun 1972).

Mengimbau kembali zaman Kebangkitan Islam Haraki yang pertama pada tahun-tahun 1980an dahulu, saya mula mengenali dakwah yang dibawa Al-Marhum sejak tahun 1981 ketika di tingkatan 4 di MRSM Kuantan, iaitu kira-kira 30 tahun lalu. Manhaj amal Al-Marhum menekankan persoalan dan pembentukan Akidah pada diri para pendakwah berupa pembersihan jiwa, penumpuan terhadap Aqidah seperti di fasa Makkiyah dan penolakan total terhadap segala bentuk Jahiliyah zaman moden ini begitu menonjol terutama tahun-tahun 1980an dahulu sedikit sebanyak mengesani jiwa dan pemikiran saya sehingga ke hari ini. Minat dan ketekunan saya membaca risalah-risalah “Fikratuna” di Jalan Kent pada tahun 1980an adalah lantaran banyak berkisar kepada penekanan topik-topik di atas. Apabila kali pertama saya menaiki pesawat untuk melanjutkan pelajaran ke Australia pada tahun 1983, diantara bahan-bahan Islam yang saya bawa bersama ialah kaset-kaset ceramah beliau diantaranya bertajuk ‘Tasawwur Aqidah“. Dizaman tersebut yang belum ada internet, kaset-kaset ceramah merupakan salah satu bekalan ilmu, ruh dan semangat yang sangat penting.”


Diakhir hayatnya, Ustaz Dahlan adalah Mudir (Pengetua) Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI).

Baca lanjut di sini.

Kita dan Generasi Akan Datang

Alhamdulillah, mereka telah pergi bertemu Penciptanya setelah segala penat lelah dicurahkan untuk menyampaikan Islam kepada kita hari ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Nasib generasi Muslim di Malaysia akan datang kini berada di bahu-bahu kita semua.

Adakah generasi akan datang akan ke luar Negara menuntut ilmu, lalu bertanya soalan yang sama seperti sahabat Muslim kita di atas?

Atau mereka akan bertebaran di seluruh pelusuk dunia menyampaikan Islam yang mereka fahami?

Segalanya bermula dari kita hari ini.

Semoga kita juga dapat tersenyum sewaktu bertemu dengan Allah SWT seperti mereka.

Perjuangan kita tidak berhenti di sini.

Ayuh perbaiki diri, sampaikan Islam ini!!

One thought on “Oh, Malaysiaku Tercinta!

  1. Asaalamualaikum..Sekadar berkongsi penjelasan tentang kesesatan pegangan tarikat Muhammadiyyah pegangan al-arqam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s