Kita Hina Islam

Satu demi satu remaja kita dengan bangganya menghalalkan yang haram di dinding Facebook masing-masing,bila ditegur ,dimarahnya balik. Kuno,ketinggalan zaman,tidak open-minded dan sebagainya alasan mereka. Jujurnya,saya mampu lagi bersabar jika ada paderi atau orang bukan Islam menghina Islam tapi saya cukup pantang bila orang Islam menghina Islam. Saya tidak ingin melabel mereka tetapi anda labellah dengan kefahaman anda sendiri berdasarkan ayat 171 Surah Al-Baqarah:

Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.

Firman Allah lagi dalam surah Al-A’raf yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-A’raf: 179)

Pernah sekali kami ditentang keras semasa di Kursus Intensif kerana ayat ini. Mereka  seperti binatang ternakan bahkan lebih teruk. Jangan pandang remeh dengan binatang ternak,mungkin ada di antara kita tak terasa bila dikatakan, “kamu macam kambing” atau “kamu ayam daging!” tapi kita perhatikan apakah binatang ternak itu. Mungkin kalau kita label ayam,kambing,lembu sebagai binatang ternak, kita lansung tidak terasa tapi jangan lupa bahawa khinzir juga binatang ternak. Ya,andai kita tidak mahu memahami ayat Allah, kita lebih teruk dari khinzir.

Apa yang patut kita buat dengan mereka yang hina Islam?Kebebasan yang ada di Facebook betul-betul memberi remaja hak kebebasan sebulat suara. Bak kata kawan saya,Facebook membogelkan manusia,setuju atau tidak? Ya,saya setuju. Mana tidaknya, bercakap mengikut pengalaman,saya add seorang yang saya hormat kriterianya. Seorang yang berpendidikan,berwatak mulia tetapi boleh cakap hampir kesemua ‘notification’ Facebook saya dipenuhi dengan Farmville. Memang tidak salah seorang manusia untuk bermain game tetapi saya rasa lebih baik tidak dihebohkan bahawa dia bermain game.Jujurnya,kepercaayaan dan rasa hormat saya kepadanya hilang begitu sahaja.

Kembali kepada topik asal,bagaimana kita ingin membanteras remaja kita dari terus menulis status-status yang tidak menghina Islam? Tidak tahukah mereka bahawa melakukan perkara yang dilarang itu sudahpun menjadi satu dosa dan menghebohkan dosa yang dilakukan juga satu dosa? Saya yakin yang menghina Islam itu tahu itu adalah larangan sebab itu dibangga-banggakan bila dia lakukan yang perkara tersebut. Logik akal,kalau dia tahu perkara itu tidak dilarang,mesti dia lansung tidak terfikir untuk protes perkara tersebut,tapi kalau dia protes perkara itu,maksudnya dia tahu dia tidak boleh buat benda tersebut.

Moga Allah memberi hidayah kepada kita dan juga mereka.

Sekejap,memang betul mereka menghina Islam secara terang-terangan tapi tahukah anda,bahawa kita juga seringkali menghina Islam? Memang betul kita tidak hina melalui pertuturan kita,kita tidak hebohkannya tapi sebenarnya,sebagai seorang Muslim yang mengaku bahawa Allah tuhannya dan Muhammad Rasulnya,menjadi kesalahan bagi kita melakukan apa yang dilarang oleh Allah.

Katakan anda pakai uniform polis,anda ke bandar dan anda ragut beg seorang makcik.Anda rasa apa pandangan orang terhadap anda,tidak,terhadap polis? Buruk,teruk,jahat dan sebagainya. Perkara yang sama dengan Muslim,kita ‘pakai’ baju Muslim,orang tahu kita Muslim tapi kita tetap melakukan maksiat,tidakkah perbuatan tersebut menghina Islam itu sendiri?

Ramai orang bukan Islam hari ini gerun dan takut dengan Islam sebab pada mereka Islam bukanlah agama kedamaian tetapi Islam agama perang. Kalau di Malaysia lagi teruk,Islam adalah agama orang Melayu,bukan Melayu tidak boleh masuk Islam,seolah-olah itulah mesej yang cuba kita sampaikan berdasarkan perbuatan kita selama ini. Kalau anda ke luar negara,tanya mereka tentang Islam,mesti ramai yang takut dengan anda,mungkin pada mereka anda salah seorang pengganas yang sedang dicari kerajaan.

Baiklah,mungkin itu salah propaganda orientalis barat yang memburuk-burukkan nama Islam di kaca dunia. Tapi,cuba tanya kawan bukan Islam anda tentang Islam,mungkin ramai yang memandang lekeh. Islam? “Kamil itu Islam tapi minum arak sama dengan saya,sama sahaja Islam atau tidak.” “Si fulan tu datang clubbing,pegang perempuan,sama sahaja mana-mana agama.” Semua itu salah siapa? Jangan tunding jari,itu semua salah kita.

Kita gagal memapamerkan baju Muslim dengan sebaik-baiknya. Kita gagal menerangkan Islam menggunakan perbuatan kita. Kita gagal dalam menyampaikan apa itu Islam kepada mereka. Kita yang gagal.

Kak Jah ke pasaraya,bertudung cantik berbunga tapi dada sedikit terbuka,Kak Jah hina Islam.

Adin ke padang bola,main bola dengan niat riadah tapi pakai seluar pendek,Adin hina Islam.

Kita leka main game sehingga terlupa solat,kita hina Islam.

Perhati dan muhasabah balik diri kita,sudah banyakkah arang yang diconteng di ‘muka’ Islam? Saya tidak boleh tuduh sesiapa tapi saya menyeru kepada diri saya dan anda semua,marilah sama-sama kita berusaha mempamerkan keindahan Islam yang sebenar kepada dunia seperti Rasulullah dan para sahabat pamerkan. Biar kawan-kawan bukan Islam kita tertarik dengan Islam yang kita ada dan sama -sama kita kongsikan.Jom!

3 thoughts on “Kita Hina Islam

  1. sou ne
    muhasabah kembali diri kita
    takut2 kita jadi fitnah kepada agama Islam
    hiduplah dengan cara Islam
    banyak2 kan membaca maksud ayat2 al-Quran yang kita baca setiap hari
    supaya kita benar2 faham apa yang dituntut Islam
    supaya kita benar2 tahu Allah s.w.t mahu kita menjadi Hamba yang macam mana..

  2. soudesune..
    kadang-kadang sibuk perhati orang, terlupa nak menilai diri sendiri…

    orang akan mudah lupa apa yang kita katakan, tapi ramai yang tak boleh lupa apa yang kita lakukan..

    “actions speak louder than words”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s