Shift Your Paradigm

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku.”
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan, mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w. Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. kerana itulah zaman yg kita sedang hadapi sekarang.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri. Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya. Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini yang masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah, barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah, maka pahala-pahala hijrah, iaitu pahala yang telah diperolehi oleh golongan muhajirin; sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah, walaupun tidak sama seperti pahala orang-orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t. bakal kita perolehi.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?

Kerana pada akhir zaman ini orang semakin lupa untuk beribadah. Kenapa, ketika orang ramai sibuk beribadah seperti mana zaman Nabi s.a.w., zaman para sahabat, zaman tabi’in dan zaman solafus soleh, tidak pula dinyatakan tingginya ganjaran yang bakal mereka perolehi??(harap dapat diperbetulkan jika pendapat ini salah). Kita boleh analogikan, apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya kurang, tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.

Pada zaman kita ini, ramai antara kita yang tidak mencari akhirat secara bersungguh-sungguh tapi bila kita masih lagi mencari kehidupan yang abadi di akhirat kelak, maka banyak ganjaran yang telah dijanjikan oleh Al-Khaliq. Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat. Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab. Orang mengajar hadis, tidak boleh hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah, tidak ada masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah sembahyang, ada hal kat pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu. Tidak diperbolehkan juga. Kenapa? nak sambut menantu dan menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk. Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih. Manusia, hamba Tuhan yang berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah. Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara’f , Allah berfirman:

“Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai”.

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah. Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah. Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik itu berada dalam niat ibadah. Hati elemen yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda,

“Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati”.

SHIFT YOUR PARADIGM!!!

One thought on “Shift Your Paradigm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s