Bila aku merindu…

Bila hatiku tiba-tiba merindui seorang mujahid

Aku meletakkan sepenuh kepercayaanku padaNya

Timbul rasa tidak layak apabila memikirkan keadaan diri yang serba kekurangan

Ya Allah, temukanlah aku dengan seorang suami ahli Syurga

Saat aku merinduinya, lebih kuat aku bermunajat kepadaMu

Lebih pantas aku meningkatkan dan memperbaiki keperibadianku

Ya Allah, hanya Engkaulah penyusun terbaik buatku…

Seiring dengan peningkatan umur barangkali, hati kadangkala merindu. Merindui mujahid yang akan memimpin tanganku ke syurga bersamanya. Namun, apalah daya yang ada pada diri seorang wanita. Merindu semata-mata tidak membawa kemana-mana. Begitu juga dengan doa tanpa usaha dan komitmen diri.

Doa dan Komitmen

Nabi Saw bersabda: “Tawakkal bermakna bahwa engkau harus mengikat unta dan kemudian Anda dapat disebut bahwa Anda telah bersandar kepada Allah bahwa Dia akan melindungi untamu. Engkau tidak dapat bersandar semata-mata kepada tali, karena banyak unta yang dicuri dengan tali. Namun engkau tidak boleh melalaikan tali karena dengan mengikat unta dengan tali merupakan bagian dari tawakkal.”

Ya, konsep tawakal itu bukan hanya dengan berdoa. Tapi dengan usaha dan komitmen. Contohnya kita yang mengimpikan pasangan ahli syurga, namun kita sendiri tidak menggerakkan diri kita untuk menjadi ahli syurga, tiada maknanya.

Hari-hari kita berdoa Allah perbaiki keputusan peperiksaan kita, padahal kita masih sama malas seperti dahulu. Masih tidur sewaktu kelas berjalan. Masih terus bergantung harap kepada rakan-rakan dalam menyiapkan assignment. Bagaimana doa kita akan termakbul?

Kita perlukan komitmen untuk setiap yang kita doakan. Kita perlu tunjukkan kepada Allah SWT kesungguhan kita untuk mencapai segala yang kita inginkan. Kita perlu bergerak seiring dengan doa-doa kita, dan terus sabar dan sabar sehinggalah Allah Yang Maha Mengetahui mencorakkan sesuatu yang terbaik buat kita, para hambaNya yang sentiasa berharap padaNya.

Namun dalam isu seorang muslimah yang merindu sang Mujahid, apakah pula bentuk-bentuk usaha yang boleh dilakukan? Bolehkah doa itu juga dikira sebagai satu usaha?

Info Buat Sang Perindu(Wanita)

Ya, wanita juga harus berusaha untuk mendapatkan jodoh yang terbaik. Bukan hanya menunggu dan terus menunggu sahaja. Berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh seorang penulis, Fatimah Syarha Muhammad Nordin. Semoga bermanfaat buat seluruh saudara perempuanku yang merindu.

1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk solehah yang diidam-idamkan. Kalau dulu selalu solat bersendirian, belajarlah untuk solat berjemaah pula. Supaya nanti boleh mengimamkan anak-anak di rumah. Kalau dulu kurang pandai memasak, rajin-rajinkan diri untuk turun membantu ibu di dapur. Kalau dulu bangun setelah matahari tegak di atas kepala, belajarlah untuk tidak tidur selepas subuh. Biasanya produk solehah yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya akan mendapat sambutan tinggi di pasaran dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah kesediaan hati anada untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya mudah dimiliki oleh lelaki yang kurang berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki(hanya dengan sedikit SMS, call dan puji-pujian), senang pula untuk dipersia-siakan. Fitrahnya, sesuatu yang sukar untuk dimiliki akan lebih dihargai dan dipelihara dengan baik. Begitu jua hati dan dirimu wahai saudariku. Serahkanlah kepada yang benar-benar layak sahaja.

3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka, dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat, hanyalah sekadar wasilah semata-mata. Bila kita menghampiri penjual minyak wangi, tempias wanginya mengharumi kita. Sebaliknya pula bila kita rapat dengan tukang besi, baju kita mungkin terbakar terkena tempias api yang membakar besinya. Begitulah kesannya pemilihan kawan yang betul dalam membentuk peribadi diri kita.

4. Jika anda terpikat dengan agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan ‘malu’ anda  di matanya.

5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan jodoh untuk anda. Pengalaman dan restu mereka insyaAllah menjamin kesinambungan keluarga bahagia yang anda impikan.

6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik ,mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia, iaitu terus melibatkan ibubapa atau orang tengah.

Semoga saat kita merindu, Allah kurniakan kita kekuatan untuk memperbaiki dan menyediakan diri kita kearah yang lebih baik. Semoga Allah SWT yakin dengan kesungguhan yang kita tunjukkan, dan mempermudahkan segala urusan kita.

Tak salah untuk merindu dan mengharap yang terbaik, cuma bergeraklah seiring dengan segala yang kita doakan, tanda kesungguhan kita dalam meminta kepadaNya. Semoga Allah SWT makbulkan doa-doa kita.

Wallahu’alam.

One thought on “Bila aku merindu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s