Perihal Doa~

Seorang ibu mempunyai seorang anak kecil yang menghidap penyakit kronik. Saban hari ibu muda ini seperti tidak sanggup melihat penderitaan anak kecilnya yang terpaksa menjalani kehidupan dengan sokongan alat bantuan pernafasan. Setiap malam ibu ini tidak jemu melakukan solat tahajud dan memohon doa yang sama setiap hari, doa agar Allah menyembuhkan penyakit anak kecilnya. Pengharapan kepada Allah s.w.t  diletak setinggi-tingginya dan dia begitu yakin, dengan kuasa Allah s.w.t jualah, anaknya dapat sembuh sepenuhnya. Dan ternyata, doanya menjadi nyata apabila anak kecilnya sembuh daripada penyakit dan menjadi seorang kanak-kanak riang, seperti kanak-kanak lain. Kisah ini saya petik dari sebuah buku bertajuk, “ Di Dunia Ada Syurga”. Sebuah buku yang memuatkan kisah-kisah benar tentang keajaiban doa.

Dalam kita tidak sedar, sebenarnya apa jua kesulitan yang kita alami dalam kehidupan, manusia mempunyai fitrah untuk meminta bantuan daripada Pencipta kita sendiri. Contohnya, ketika menunggu giliran melakukan ujian lesen memandu, perasaan takut melihat muka-muka garang pegawai JPJ membuatkan seseorang itu bermonolog di dalam hati;

“ Ya Allah, lembutkanlah hati pegawai JPJ tu.”

“ Ya Allah, moga-moga aku ingat semua perkara yang aku pelajari sebelum ini.”

Sebenarnya, itu bukan monolog. Itulah doa! Kerana doa itu adalah permohonan seorang hamba kepada Rabb-nya. Bilamana seseorang itu memohon sesuatu hajat yang baik, samaada didalam hati atau disuarakan hajat itu dengan perkataan yang baik dan dalam keadaan yang baik, maka itulah doa.

“ Dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah (pahala) kepada mereka dari kurnia-Nya. Orang-orang yang ingkar mendapat azab yang sangat keras.” [Asy-Syura: 26]

“ Dan Tuhanmu berfirman, “ Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” [ Al-Mu’min:60]

Allah s.w.t memerintakan kita supaya berdoa kepadaNya dan diberi jaminan bahawa Allah akan memperkenankan doa-doa kita. Apabila berdoa, berdoalah dengan yakin. Berdoalah dengan penuh rasa rendah diri. Berdoalah dengan merasakan diri kita begitu kerdil disisi Allah s.w.t. Berdoalah dengan kusyuk dan yakin bahawa Allah memakbulkan doa kita.

Tapi mengapa ada orang, dia rasa seperti Allah s.w.t tidak mendengar doanya. Apa yang dia doakan jarang sekali menjadi nyata.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, “ Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para rasul-Nya dengan firman-Nya, ‘ Wahai para Rasul, makanlah yang baik-baik dan beramal soleh.’ Dan Dia berfirman, ‘ Wahai orang-orang yang beriman, makanlah yang baik-baik daripada apa yang Kami rezekikan kepada kamu.’ Kemudian beliau menyebutkan ada seseorang melakukan perjalanan jauh dalam keadaan kumal dan berdebu. Dia memanjatkan kedua tangannya ke langit seraya berkata, “ Ya Rabb, ya Rabb.” Pada perkara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan keperluannya dipenuhi daripada sesuatu yang haram, maka (jika begitu) bagaimana doanya akan dikabulkan?” [ Hadith Riwayat Muslim]

Apabila yang dipinta itu tidak menjadi nyata, maka muhasabah kembali diri kita. Dalam segenap perkara, dari segi makan, minum, pakaian dan segala keperluan kita. Haruslah kita menjaga halal haramnya. Apabila yang dipinta itu tidak menjadi nyata, maka yakinlah bahawa Allah s.w.t mentakdirkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Kerana banyak perkara yang kita tidak tahu, tapi Allah tahu segala-galanya samaada perkara yang telah, sedang dan akan berlaku.

“ Sungguh, Allah mengetahui yang ghaib (tersembunyi) di langit dan dibumi.Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.” [ Surah Fatir :38]

Tidak ada yang mustahil dalam kuasa Allah s.w.t. Walaupun perkara itu dilihat mustahil untuk berlaku sekalipun, tidaklah mustahil untuk Allah menjadikan ia berlaku. Bilamana kita ‘blank’ ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, kita tidak menjawab beberapa soalan, dan kita tidak jemu berdoa dan bertawakal, tidak mustahil jika Allah menerima doa kita untuk mendapat A dalam peperiksaan itu. Bilamana kita menghidap penyakit kronik dan tidak ada ubat untuk kita sembuh, tetapi kita percaya ajal, maut itu di tangan Allah, dan Allah jua berkuasa menyembuhkan penyakit kita. Tidak mustahil jika Allah mentakdirkan kita sembuh dari penyakit itu.  Sesungguhnya Allah jua yang memungkinkan kemustahilan.

Pokok pangkalnya, jangan berhenti berdoa untuk kebaikan hidup kita di dunia dan akhirat. Apabila kita berdoa mendapat 10A1 dalam SPM, namun kita hanya dapat 9A1,maka redhalah. Kerana sudah pasti itu keputusan SPM terbaik untuk diri kita. Jika kita berdoa dapat bekerja di Syarikat Panasonic, tapi Allah mentakdirkan kita mendapat kerja di Syarikat Canon, maka redhalah. Pasti bekerja di Syarikat Canon memberi 1001 kebaikan kepada kita.

Kesimpulannya, berdoalah kepada Allah agar kita sentiasa mendapat yang terbaik dalam hidup ini. Selepas berdoa, yakinlah bahawa Allah pasti mentakdirkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita. Dan redhalah atas apa sahaja yang kita perolehi asalkan Allah meredhai diri kita. Persoalan bahawa adakah Allah mendengar atau menolak doa kita itu janganlah selalu kita tanyakan pada diri kita. Hanya percaya, mana mungkin Allah menolak doa hamba-Nya sedangkan Allah yang memerintahkan hamba-Nya untuk berdoa memohon kepada-Nya.

Advertisements

2 thoughts on “Perihal Doa~

  1. So,setiap kali ke kedai nak beli barang,bukan setakat makanan bahkan cosmetic sekalipun,amalkan check ingredientnya, pastikan kesemuanya halal supaya doa kita dimakbulkan.
    Pendapat peribadi,usah percaya sangat dengan logo halal.

  2. Betul2.
    Pendapat peribadi juga
    jangan ambil mudah sgt soal makan
    terutama yg berada di jepun
    pastikan betul2 macam mana makanan tu dimasak
    terutama kedai2 makanan segera
    mcm gasto,saizeria
    cuba tanya dulu adakah makanan bergoreng yg boleh di masak tu
    digoreng menggunakan minyak yg sama dgn minyak yg digunakan utk goreng daging khinzir juga
    bukan nak was2 lebih2
    tp kita kena betul2 jaga pemakanan kita
    kadang2 bende2 remeh mcm ni la kite x terfikir
    dalam erti kata lain;
    masak sendiri lagi selamat dan terjamin kot
    sekadar pandangan.wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s