Saya Tidak Solat Subuh

Bakpo mung die pelek ni?”

“Em…”

Acu try oyak gak bakpo senyak pelek ni,aku ke kawe mung..”

“Pagi tadi aq bangun lambat,then..”

Suboh gajoh?

“Bukan gajah dah,aq bangun-bangun dah waktu Dhuha..”

Dialog di atas hanya rekaan semata-mata tetapi mungkin pernah berlaku di kalangan kita. Kita tidur lambat,keesokannya kita terbangun lambat sehingga terlepas Subuh. Selepas itu ketika tengah makan tengahari degan kawan kita,kita cerita kepada mereka. Mungkin ada sedikit kesal di dalam hati tapi sedar tak sedar,kita seolah-olah berbangga dengan kesilapan yang kita lakukan.

Hakikatnya dalam Islam,kesalahan kita dengan Allah seperti terlepas solat Subuh,Subuh Gajah,membaca Al-Quran tanpa Wudhu’, menonton filem lagha dan sebagainya,biarkan kesalahan itu hanya kita dengan Allah sahaja,jangan biarkan orang lain tahu tentang itu. Sehebat mana pun kita hebohkan kepada orang lain,orang lain tetap tidak boleh memaafkan kesalahan kita itu,yang boleh ampunkan kita?Allah sahaja.

Daripada kita pergi cerita aib kita kepada orang lain,lebih baik kita menyesal dan bertaubat kepada Allah. Kita berjanji tidak buat lagi dan kita berjanji untuk membaiki diri kita,Insya Allah,Allah ampunkan dosa kita malah Allah sembunyikan aib kita dari diketahui orang ramai.Amat pelik bila seorang manusia berbangga dengan kesalahan yang dilakukannya sendiri.

Bayangkan apa yang akan berlaku jika seorang penceramah Agama panggil semua penduduk kampung untuk mendengar ceramah agama,kemudian di awal ceramahnya dia mengeluh, “uish,saya amat berduka hari ini sebab semalam saya sibuk cari bahan ceramah, kemudian pagi tadi saya terbangun lambat sehingga terpaksa *qadha Solat Subuh.”

Pada pandangan anda,apa persepsi masyarakat kepadanya?

Yang pasti,kepercayaan kita kepadanya pasti jatuh. Selepas ini,kita takkan panggil lagi penceramah sepertinya. Tapi bayangkan kalau dia berdiam diri tentang solat Subuhnya,bertaubat kepada Allah dan meneruskan ceramahnya tanpa menyebut aibnya sendiri, pasti ceramahnya berjalan lancar. Itulah apa yang Islam kehendaki.

Islam adalah agama yang menjaga aib penganutnya,malah dalam Islam,untuk menutup aib kita,kita dibenarkan memberi helah. Jangan tersalah faham,memberi helah bukan bermaksud menipu(tiada tipu sunat dalam Islam). Andai ada seorang kawan bertanya kepada anda,”weh,solat subuh tak pagi tadi?” dan anda sebenarnya terlepas solat Subuh sehingga menqadhanya,apakah jawapan yang patut anda beri supaya aib anda masih terjaga?

Kalau anda jawab ,”mestilah beb,tengok kaki sudah..” bermaksud anda sudah melakukan 2 kesalahan. 1 solat Subuh bukan pada waktunya,1 lagi anda sudah menipu dan ingatlah satu hadis tentang menipu:

“Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia.” (Hadis ini sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)

Sebaliknya jika anda berdiam diri dan senyum,itulah lebih baik. Bila kita lakukan sedemikian,saya yakin,yang bertanya tadi pening kita solat Subuh atau tidak dan selaku Muslim,dia akan bersangka baik dengan kita.Saya tidak mengajak anda semua untuk tidak solat Subuh kemudian senyum beramai-ramai,tetapi dengan cara sebegini,kita dapat elakkan aib kita dari terdedah.  Dan di sebalik senyuman itu,hati kita mestilah dipenuhi rasa menyesal dan bertaubat,bukan rasa gembira kerana aib kita masih terjaga.

Imam al-Bukhaari menamakan satu bab dalam Kitab Sahih Bukhari: “Berdalih adalah cara yang selamat untuk mengelakkan bohong” (Sahih Bukhari, Bab al-Adab (Kitab Adab), bab 116)..Berdalih bermaksud mengatakan sesuatu yang mempunyai maksud tersurat yang mana pendengarnya akan faham, tetapi ia juga mengandungi maksud tersirat tentang perkara sebenar dengan bahasa yang betul. Syarat tentang perkara ini ialah apa juga yang dikatakan mestilah tidak membenarkan perkara yang sememangnya salah atau sebaliknya.

Bukan setakat tidak Solat Subuh,bahkan apa-apa kesalahan kita dengan Allah,biarkan Allah sahaja yang tahu,jangan diheboh-hebohkan kerana ia lebih mendatangkan mudharat dari kebaikan. Bila selalu diheboh-hebohkan,saya perhatikan,ia menjadi satu kebiasaan yang tidak dirasakan berdosa.Bila asyik beritahu kawan “aq tertinggal subuh ni..”,esok bagitahu lagi dan lusa bagitahu lagi sehingga perasaan kesal dan insaf hilang dari percakapan kita lantas menjadikan hati kita hitam dan keras seperti batu. Pada akhirnya, perkara sebegini menjadi gurauan.

“aq tak solat subuh la pagi tadi..”

“La,kalau solat subuh bukan ko dowh..”

Nauzubillah.Semoga kita dijauhi dari perkara tersebut. Mulai sekarang,jom kita sifarkan kesalahan kita dan andai ada kesalahan kita dengan Allah,shhhhh,sembunyikan,biar Allah dan kita sahaja yang tahu dan sama-sama lah kita beristighfar semoga dosa-dosa kita diampuni oleh Allah yang maha pengampun.

*tentang solat qadha

4 thoughts on “Saya Tidak Solat Subuh

  1. pada saya, sesetengah perkara itu perlu disembunyikan dan sesetengah perkara perlu dikongsi bersama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s