Senyumlah Pada Dunia!

Senyumlah! -imej oleh wetflame Devian art

Secawan Mutiara Kata

“Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu, kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum”

Imam as-syahid Hassan al-Banna

Kata-kata Imam Hassan al-Banna ini telah menyentuh perasaan saya. Tatkala itu, saya berhenti berfikir sejenak maksud yang ingin disampaikan. Maksudnya, sekiranya kita disakiti, maka kita harus membalas kepada mereka dengan kebaikan.

Sekali lagi membuatkan kita berfikir.

“Kenapa mesti buat baik pada orang yang dah menghina dan menyakiti kita? Baik dibalas baik. Buruk mesti dibalas buruk!”


Rata-rata kita selalunya berfikiran seperti ini jika disakiti atau dicemuh, kan?  Saya sendiri kadang-kadang berfikiran sedemikian. Contohnya, seseorang telah menikam kita dari belakang. Maksud saya ‘menikam dari belakang’ ini bukanlah kita ditikam dengan pisau, tetapi kita dipergunakan atau difitnah. Saya fikir ini satu perkara yang selalu dalam masyarakat, depan nampak baik, tapi di belakang kita memfitnah itu ini. Dan kita yang difitnah selalunya tidak akan berdiam diri. Kita membalas dengan fitnah itu ini juga. Kita buka aib si pemfitnah pula. Inilah yang dikatakan bertindak mengikut nafsu, tanpa pertimbangan akal dan ilmu. Sedar tak sedar, kita juga dapat dosa.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi Nak Buat Apa?

Mungkin ramai yang memikirkan bahawa diam adalah langkah terbaik.  Ya, tidak salah sekadar mendiamkan diri. Satu langkah yang bijak yang mengelakkan pertelingkahan. Tapi diam mungkin hanya bertahan sehingga tahap tertentu saja mengikut keadaan. Jadi, bersuara adalah pilihan seterusnya. Di sinilah isunya. Adakah dengan kita bersuara, masalah dapat diselesaikan? Adakah dengan bersuara kita dapat mempertahankan hak dan maruah kita? Atau, dengan bersuara itu, kita semakin dipandang serong dan mendapat dosa pula?

Inilah yang dipanggil pilihan. Dunia ini merupakan fasa ujian. Pilihan kita membawa kepada kesan. Dan kesannya akan kita rasai di akhirat kelak. Maka, jom kita pilih jalan yang membawa kebaikan. Tidak susah. Belalah maruah diri dengan cara yang bermaruah dan yang mencerminkan akhlak-akhlak Islam. Sesungguhnya cerminan akhlak mulia yang kita pantulkan kepada orang lain ialah salah satu dakwah.

Biarlah apa yang kita suarakan itu berlandaskan ilmu. Biarlah suara kita bertepatan dengan akhlak dan adab yang dituntut Islam. Mungkin ada yang mudah down apabila menghadapi situasi sebegini. Sahabat pembaca sekalian, jangan mudah marah,

Senyumlah!

Senyumlah pada dunia, dan dunia akan senyum kembali pada kita!

Senyum itu sedekah

senyum itu awet muda

senyum itu kemesraan

senyum itu pengikat sahabat

senyum itu penambah kasih

senyum itu pelaris jualan

senyum itu pengiktirafan

senyum juga pemanis wajah

senyum menambahkan kecantikan

dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas

senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah

senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul

Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.

Semudah ABC

Senyum adalah sesuatu yang sangat mudah. Simple but nice. Tak perlukan tenaga seperti berjoging, tak perlukan duit atau saman, tak perlu masa yang lama. Percuma.  Apa yang perlu? Tanamkanlah ikhlas dalam hati. Dengan senyuman yang ikhlas, mudah-mudahan ukhwah lebih erat dan Allah memberikan kita ganjaran pahala.

Senyum itu satu sedekah bukan? Kalau hari ini kita bagi alasan kita tiada duit nak bersedekah, ingatlah bahawa senyum juga satu sedekah!

Ada orang yang sangat susah nak senyum. Kita jangan mudah berprasangka buruk pada orang yang susah senyum. Mungkin dia ada masalah. Siapa tahu? Kitalah yang harus membantu supaya sahabat itu senyum kembali.

Pengalaman Saya

Kadang-kadang saya mungkin tergolong dalam golongan yang tidak suka senyum, dalam sesuatu keadaan. Saya cuba mengubah tabiat buruk itu sikit-sikit. Tindakan saya, saya akan senyum walaupun seseorang itu memberikan reaksi yang ‘pahit’ atau kurang menyenangkan. Contoh, saya mahu membeli barang di sebuah pasaraya terkemuka. Saya memanggil seorang sales assistant untuk bantu saya mencari barang yang saya mahu. Balasannya, dia berwajah ‘kelat’ dan menjawab:

“Kalau tak da kat situ, tak da lah. Saya pun tak tahu.”

Apa yang akan anda lakukan kalau anda di tempat saya ketika ini?

Saya melemparkan senyuman padanya, dan menjawab:

“Oh, you bukan jaga bahagian ni ya. Tak apalah. Sorry ya.”

Saya senyum lagi.

Anda tahu apa reaksi sales assistant yang ‘masam mencuka’ sejak saya berada di situ?

Ya! Dia tersenyum akhirnya.

Senyumlah pada dunia, dan dunia akan senyum kembali pada kita!

One thought on “Senyumlah Pada Dunia!

  1. satau ilmu yg sangat baik.. insyaallh , akan dimanfaatkan . kalo sudi , jom la jadi penulisan jemputan di blog saya . tiada sebarang ganjaran yg diberikan . hanya sekadar berminat utk berkongsi ilmu2 saudara dengan pembaca2 blog saya. kalo berminat , leh email @ lawat blog saya yg tidak seberapa .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s