Abu Jahal Alim Orangnya

Kita dibesarkan dengan cerita Abu Jahal sebagai seorang yang jahil menolak Islam secara mentah-mentah. Kita difahamkan disebabkan beliau gagal mengenal Allah itu sebagai Tuhan,beliau kufur dengan ajaran Rasulullah.Tapi,cuba kita renungkan sebentar,kenapa manusia menolak kebenaran walhal sudah beribu macam bukti ditunjukkan kepadanya. Pada pendapat saya,2 sebab,samada dia masih tidak faham dengan agama atau dia takut dengan agama Islam.Takut yang macamana?

Takut bila dia peluk Islam,dia mesti tinggalkan segala perbuatan buruknya dan apa-apa yang mendatangkan faedah kepadanya. Dan pada pendapat saya,Abu Jahal bukanlah tidak faham dengan Islam,bahkan banyak cerita yang mengisahkan beliau mencuri dengar bacaan ayat Quran Rasulullah kerana pada beliau,ayat-ayat itu menenangkan.

Tapi Abu Jahal takut,takut dengan kebenaran Islam. Beliau takut,bila beliau peluk Islam,beliau mesti tinggalkan riba,tinggalkan zina dan paling yang ditakutinya,beliau takut tahtanya sebagai salah seorang pemimpin quraisy hilang begitu sahaja,lantas beliau menolak Islam. Maksudnya,Abu Jahal faham Islam dengan begitu jelas.

Dia jelas bahawa Islam agama yang melarang riba,melarang zina dan menyamakan kedudukan seorang hamba dan seorang raja. Yang paling penting,dia faham kalau peluk Islam,dia mesti peluk Islam secara total bukan pilih-pilih MACAM KITA.Cuba muhasabah balik diri kita,adakah kita faham Islam seperti Abu Jahal faham Islam?

Kita solat fardhu 5 waktu,kita puasa di bulan Ramadhan,kita tidak mencuri tapi kita pegang tangan perempuan,kita pakai tudung nampak dada,kita sakiti hati rakan kita,kita dengki dengan kejayaan kawan kita,kita main Facebook sampai lupa ‘Book in Islam’, senang cerita,kita ambil yang besar(penting),kita tolak yang kecil(dipandang tidak penting). Apa yang menyenangkan kita,kita terima dan patuh tapi apa yang memberatkan kita,kita tolak dengan alasan ‘perkara kecil’.

Apabila kita menolak sebahagian ajaran Islam,bermaksud kita telah kufur dengan ayat Allah,Al-Baqarah 208:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya

Kita asyik mencaci Abu Jahal sebab kejahilannya,berhentilah berbuat demikian kerana beliau lebih faham Islam dari kita. Memang kita lebih mulia dari beliau kerana Islam dan Iman yang ada dalam hati kita tapi sayangnya Islam dan Iman dalam hati kita tidak mampu menggerakkan kita supaya mencari Ilmu untuk lebih faham dari Abu Jahal.

“Tahu dada ni aurat,takpe tunggulah aq kahwin dulu,nanti suami aq tegur,aq pakai lah elok-elok.”

“Tahu couple pegang-pegang tangan ni dosa tapi dah sayang,nak wat camne.”

Wahai teman,Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah,lansung tidak memberi sebarang manfaat kepada induk dan orang sekelilingnya.Dan ada juga pepatah Arab menyebut, “Ilmu tanpa Amal ibarat orang zalim/jahil dan Amal tanpa Ilmu ibarat orang gila.”Anda sudah tahu itu haram,sudah tahu itu berdosa,kenapa masih lakukan?

Tunggu berkahwin baru nak perbetulkan semua?Mengharapkan suami yang alim mengahwini anda? Jujur kata,hampir mustahil lelaki alim akan kahwini anda andai anda masih tidak bertudung elok kerana itu janji Allah,”lelaki baik hanya untuk perempuan baik.” Anda tunggu sayang anda hilang? Ketahuilah sayang anda memang hampir mustahil hilang tapi mati itu bila-bila masa pun tidak mustahil.

Kalau anda yang pakai tudung tak elok,pusa ramadhan tak cukup,couple berpegang-pegangan tangan masih mengutuk Abu Jahal dan sekutunya,kutuklah depan cermin kerana diri anda lebih layak dikutuk dari mereka. Kefahaman agama mereka lagi tinggi dari anda walaupun mereka bukan Islam.

Jadi,mulai hari ini,mari kita belek balik sirah-sirah di zaman Rasulullah,baik yang Islam dan bukan Islam,kerana terkandung seribu satu pengajaran yang boleh diambil dari mereka. Baik yang Islam mahupun yang bukan Islam,mereka adalah golongan terpilih untuk hidup sezaman dengan Rasulullah,pasti ada cerita di sebalik cerita,cuma kita yang malas mengkaji dan malas berfikir.

Renung-renungkan dan jom kita masuk Islam secara menyeluruh! Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang secara mutlak! Jom!

3 thoughts on “Abu Jahal Alim Orangnya

  1. seandainya tidak ada petikan seperti ini, kita memang akan lupa siapa kita sebenarnya..siapalah kita untuk menghukum manusia lain sedangkan diri sendiri masih banyak yang wajib kita perbetulkan..

  2. Assalamualaikum
    Wahai sedara ku.

    Kalau di lihat pada sirah Nabi, kita dapat lihat macam mane Rasullullah S.A.W train sahabat die tuk menjadi orang islam sempurna. Tak semua sahabat nabi masuk islam terus tukar 180 darjah. Kalo kite tengok sejarah islam, banyak sahabat yang sezaman dengan nabi pun masih mengekalkan sifat sifat yang ade pada zaman jahil. And kalo kite tengok kedatangan hukum dalam bab-bab arak, semua tu, ayat quran turun dengan berperingkat. Setiap manusia ni dilahirkan dengan latar belakang dan juga cabaran berbeza. maka adalah tanggung jawab setiap insan dalam cara nye sendiri tuk berubah. And proses tuk berubah ni mengambil masa, kefahaman dan juga kematangan. Cube kite fikir sejenak, Allah S.W.T berkata bahawa kemasukan org ke syurga berada die tangan die bukan atas amal kite. Tapi at the same time, die suruh kite beramal soleh dan berusaha. Di sini ade kontradiksi.

    Sebab tu dalam islam, kite ade konsep jihad. Konsep yg bermaksud struggle. Bergelut ngan ape kalo bukan dengan mencari ilmu, mencari kebenaran tuk menjadi lagi baik. And betul kan sikap kite skit demi sedikit. Sesungguh nya Rasullullah berkata, perbuatan amal yg sikit yg dilakukan dengan berpanjangan lagi baik dari kite buat amal banyak pastu tak dapat di amal kan panjang.

    Saya seronok tengok semangat sedara yg ingin mengingat kan org kepada kebaikan. Satu usaha bagus. cume, jgn sampai jadi judgemental.

  3. Salam.
    Tiada lansung niat berbahas tapi saya dapat ilmu ini dari orang-orang yang arif,bukan dari kepala sendiri atau pembacaan internet. Disebabkan itu,saya tidak menggariskan Abu Jahal tinggal arak sebab di zaman Abu Jahal,ayat pengharaman arak secara mutlak belum diturunkan bahkan diceritakan hatta saidina Ali sendiri masih meminum arak ketika ayat larangan arak pertama diturunkan sehinggalah ayat susulan. Sungguh,pada akhirnya Abu Jahal tetap kafir,sebab itu saya tidak muliakannya,bahkan kita lagi mulia kerana Iman dalam hati kita.
    Apa yang saya ingin tekankan bukanlah supaya kita memuliakan Abu Jahal,tetapi supaya kita muhasabah diri kita balik samada kita telah ‘masuk’ ke dalam Islam secara menyeluruh ataupun tidak.
    Walauapa-apapun,semuanya yang ditulis hanyalah pendapat peribadi yang dikonklusikan dari beberapa ulasan dari orang yang berbeza.Moga tidak menimbulkan kesalahfahaman dan meningkatkan lagi mutu amalan kita.
    Yang lain,tentang konsep jihad,saya setuju dengan saudara.
    Dan kalau tidak keberatan,boleh saudara jelaskan maksud judgemental.
    No offense🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s