Dari Sahabat Untuk Sahabat: Hiasi Malammu..

“dan Kami menjadikan tidurmu untuk istirahat, dan kami menjadikan malam sebagai pakaian,”

[An Naba’ : 9-10]

“Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada ALLAH. Dan perumpamaan itu kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.”

[Al Hasyr : 21]

Tidur – malam – Al-Quran.  Dapatkan anda lihat perkaitannya? Antara tidur, malam dan Al-Quran, apakah tali yang ada dalam mengikat mereka? Jika kita lihat antara tidur dan malam, dengan mudah kita dapat mencari kaitannya. Seorang budak pun mengerti, malam adalah masa untuk rehat dan tidur. Setelah penat menguruskan kehidupan dunia pada siangnya, malam adalah untuk kita mendapat nikmat tidur. Satu kenikmatan yang tidak akan dapat kita pupuk atau cari ganti. Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang sering di ‘anak tiri’ kan ini.

Antara malam dan Al-Quran. Mereka adalah irama dan lagu yang tak patut dipisahkan. Al-Quran itu kalamullah yang penuh dengan mukjizat. Satiap bait ayatnya cukup indah dan membawa kelebihan tersendiri. Tidak kira malam atau siang, ia akan memberi manfaat kepada siapapun pembacanya. Dan malam pula, adalah satu jangka waktu yang sangat-sangat ditunggu oleh mereka yang sudah lelah dengan duniawi sebelumnya. Solat isyak mengakhiri 5 waktu solat wajib itu dengan hadirnya malam. Dan alangkah indahnya jika malam dan Al-Quran itu bersatu. Dari kita mengisi masa malam dengan perkara yang entah apa-apa, lebih baik jika alunan ayat suci yang menjadi melodinya.

Nabi s.a.w amat tidak menyukai tidur sebelum waktu Isyak dan bercakap-cakap selepas daripadanya.

[Riwayat Bukhari]

Bukanlah saya mahu mengajak anda semua membaca Al-Quran hanya pada waktu malam sahaja, tetapi mahu berkongsi sedikit tentang bacaan pada waktu malam berlandaskan hadis. J

Antaranya:

Bacalah sepertiga dari Al-Quran!

  • Daripada Abu Darda daripada Nabi s.a.w baginda telah bersabda maksudnya:”Adalah salah seorang daripada kamu lemah untuk membaca sepertiga Al-Quran pada waktu malam.” Bertanya sahabat-sahabat r.a.:”Bagaimanakah dibacakah sepertiga dari Al-quran?”

Rasulullah s.a.w bersabda: “(Surah Al-Ikhlas) menyamai sepertiga dari Al-Quran.”

[Muslim]

Hanya 10 dan kamu tidak lalai..

  • Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang membaca 10 ayat daripada Al-Quran pada setiap malam maka ia tidak akan ditulis di kalangan orang-orang yang lalai.”

[Berkata Al-Mundziri di dalam at-Taghrib, ianya diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah di dalam kitab sahihnya di atas syarat Muslim]

Selamatkan diri kamu

  • Daripada Jabir r.a beliau berkata: Rasulullah s.a.w tidak akan tidur malam sehingga baginda membaca surah as sajadah dan al Mulk. Sepertimana yang telah dikeluarkan oleh at Tirmidzi dalam bab Fadail al-Quran.

[Hadis Marfu: Surah al-Mulk adalah merupakan syafaat bagi orang yang membacakannya sehingga ia diampuni oleh ALLAH s.w.t. Berkata at-Tirmidzi hadis ini adalah Hasan]

  • “Barangsiapa membacakan Tabarakallazi(al-Mulk) pada setiap malam, ALLAH s.w.t akan menyelamatkannya dari azab kubur. Kami di zaman Rasulullah menamakannya penghalang dan sesungguhnya ia adalah di dalam kitab ALLAH s.w.t. Barangsiapa yang membacanya pada setiap malam adalah lebih banyak memperoleh pahala dan lebih baik.”

[Seperti yang diriwayatkan oleh an-Nasaa’ei dan al-Hakim, berkata, al-Hakim hadis ini mempunyai isnad yang sohih]

  • Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya “Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya.”

[Diriwayatkan olah Al-Baihaqi]

Selain surah-surah di atas juga, kita semua digalakkan untuk membaca Al-Quran pada setiap masa. Kerana Al-Quran itu mukjizat terhebat dan penyembuh pada hati-hati kita. Bacalah ia bukan semata-mata untuk mengejar ganjaran, tapi ajarlah hati kita untuk membacanya hanya kerana ALLAH. Kerana ia telah diturunkan sebagai rahmat untuk sekalian manusia. Wallahualam.

2 thoughts on “Dari Sahabat Untuk Sahabat: Hiasi Malammu..

  1. Nabi s.a.w amat tidak menyukai tidur sebelum waktu Isyak dan bercakap-cakap selepas daripadanya.

    [Riwayat Bukhari]

    知らなかった。。selalu balik kelas lepas maghrib terus terlelap sementara tggu isyak…yosh, fighting~lepas ni da tak boleh buat dah..tq writer…=)

  2. same2 =) hehe.. akak, saye pon selalu gak wat camtu.. tapi sekarang sedang mencube sedaye upaye.. dakara ganbarimashou! ^.^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s