Bila malas menjelma

Dalam meniti kehidupan ini, kadangkala kita tak dapat nak lari daripada munculnya perasaan malas dalam hati.

Malas nak pergi sekolah.

Malas nak menggosok baju.

Malas nak mengemas rumah.

Malas nak solat rawatib.

Malas nak berdoa.

Dan macam-macam lagi.

Malas yang entah datang dari mana ini mengganggu sistem kehidupan normal kita, menyebabkan beberapa perkara yang kita rancangkan tergendala. Malah yang lebih memburukkan keadaan apabila timbul perasaan malas kita untuk beribadah kepadaNya. Kita nak berubah, tapi kita tak tahu dari mana harus dimulakan.Mengapa ini yang terjadi?

1. Sebab kita tak tahu mengapa kita perlu melakukan sesuatu perkara tersebut. Kenapa perlu ke sekolah? Sebab orang lain pun pergi ke? Apa pentingnya mengemas rumah? Bukannya ada orang nak datang. Kenapa nak kene baca al-Ma’thurat setiap pagi dan petang? Sebab arahan dari naqib dan naqibah ke? Sesetengah perkara dalam hidup ini, kita lakukan tanpa kita fikir banyak tentangnya. Kita just go with the flow. Dah semua orang buat macam tu, aku pun buat la. Hingga satu tahap, timbul perasaan jemu dan malas untuk buat. Sebab kita tak punya alas an yang kukuh untuk kita kekal melakukan sesuatu yang kita pun tidak tahu mengapa perlu kita lakukan.

2. Kita tahu kepentingannya, tapi berkadar terus dengan masa, kita menjadi pelupa. Kita sedar betapa pentingnya untuk membaca sekurang-kurangnya sepotong ayat al-Quran dalam sehari. Tapi kadang-kadang setelah terlalu lama berjauhan dengan dalil-dalilnya, kita menjadi pelupa. “Eh, ad eke hadith yang cakap macam tu?” Kita sedar tentang sunnah membaca surah al-Mulk sebelum tidur. Tapi kadang-kadang kita lupa sehingga timbul rasa, “kenapa aku baca setiap malam ni?Penting sangat ke?Tadi dah baca al-Quran dah, tak cukup ke?” Dan berbagai lagi persoalan timbul apabila kita terlupa kepentingan sesuatu rutin yang telah kita amalkan sekian lamanya.

3. Kita tahu, kita ingat tapi kita memang malas nak buat. Kita tak punya alas an kukuh untuk tidak melakukan sesuatu. Cuma kita hanya malas dan tak terasa nak buat. Yang ini paling bahaya dan bersifat pemusnah. Kita tahu, tapi kita sengaja tak mahu buat. Kita sengaja mahu menangkan tuntutan hati sendiri dan memanjakan diri daripada perkara-perkara yang menyusahkan bagi kita walaupun kita sedar hakikatnya sangat baik untuk diri kita.

Apa yang perlu kita buat?

Syukurlah kalau kita masih mempunyai rasa untuk memperbaiki kelemahan kita yang satu ini. Rasa ingin berperang dengan sifat malas yang sering menguasai diri. Maka setelah berjaya mengenal pasti perkara dan sebab yang menjadikan kita malas, berusahalah untuk mengatasinya.

1. Pastikan kita tahu mengapa kita melakukan sesuatu. Pilihan di tangan kita. Jangan hanya menjadi pak turut sesuatu adat atau budaya. Jika kita ditakdirkan sebagai seorang Muslim, jadilah seorang Muslim yang memilih untuk menjadi Muslim, bukan sekadar Muslim warisan. Jika kita memilih untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan rumah, pastikan kita tahu, kenapa pentingnya untuk kita melakukannya. Jangan lakukan sesuatu atas alasan terpaksa atau disuruh. Pilihlah untuk melakukannya kerana di situ akan lahir daya yang kuat untuk kita istiqamah terhadap apa yang kita ingin lakukan. Juga boleh elakkan sifat malas sebab kita punya alas an kukuh dan tersendiri yang menjadi driving force untuk melakukannya.

2. Sedarlah bahawa hakikat manusia itu pelupa. Kadang-kadang memang kita sendiri boleh terlupa niat atau sebab asal kita melakukan sesuatu. Maka, tulislah di dalam diari atau nota di mana-mana supaya boleh dirujuk semula nanti. Setelah suatu sela masa yang lama, sebulan mungkin, refresh kembali sebab asal yang mendorong kita untuk melaksanakannya supaya kita dapat terus bersemangat untuk istiqamah dalam mengamalkannya. Contohnya amalan membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat. Kali pertama kita buat dengan niat supaya Allah pelihara kita daripada perkara-perkara buruk dan fitnah dajjal di antara 2 Jumaat. 2 minggu berikutnya, saat malas menjelma, rujuk balik dalil yang membuatkan kita pilih untuk membacanya. Semoga Allah terus bagi kita kekuatan untuk melaksanakannya.

3. Berdoalah supaya Allah kurniakan kita kefahaman dalm beragama dan kekuatan untuk melaksanakannya. Faham dan tahu sahaja tak mampu untuk menggerakkan diri kita ke arahnya, melainkan dengan izin Allah SWT juga. Dan ingatlah bahawa ajal itu tidak mengira waktu. Saat nyawa kita ditarik, apakah cukup segala bekal yang kita ada, untuk dibawa menempuh perjalanan menju alam kekal abadi? Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s