Jangan Ikut Iblis Masuk Neraka!

Sejak kecil lagi kita, umat Islam dididik supaya jangan buat jahat. Perbuatan jahat itu datang daripada syaitan. Dan apa-apa saja perkara yang tidak baik, sememangnya datang daripada hasutan syaitan. Pernah juga saya menonton video tentang ‘kesungguhan’ syaitan menghasut manusia melakukan kejahatan. Memang syaitan-syaitan ini bersungguh-sungguh benar menghasut manusia mengingkari perintah Allah s.w.t supaya manusia yang ingkar ini dapat sama-sama masuk neraka jahanam bersamanya. Kita tahu kan bagaimana salah silah iblis ini menjadi makhluk yang Allah murkai.

” Dan sungguh, Kami telah menciptakan kamu, dan kemudian membentuk (tubuh)mu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, ” bersujudlah kamu kepada Adam,” maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia (iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud.” [ Al-A’raf : 11]

” ( Allah) berfirman, ” Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?” (Iblis) menjawab, ” Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.” [ Al- A’raf : 12]

” ( Allah) berfirman, ” Maka turunlah kamu darinya ( syurga); kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina.” [ Al-A’raf : 13]

” ( Iblis) menjawab, ” Berilah aku penangguhan waktu, sampai hari mereka dibangkitkan.” [ Al- A’raf : 14]

” ( Allah) berfirman, ” Benar, kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu.” [ Al-A’raf : 15]

” (Iblis) menjawab, ” Kerana Engkau telah menyesatkan aku,

pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus,” [ Al-A’raf: 16]

” Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.” [ Al-A’raf : 17]

” (Allah) berfirman, ” Keluarlah kamu dari sana ( syurga) dalam keadaan terhina dan terusir! Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka ada yang mengikutimu, pasti akan Aku isi neraka jahanam dengan kamu semua.” [ Al-A’raf : 18]

Surah Al-A’raf yang menceritakan bagaimana sikap sombong iblis menjadikan dia makhluk yang hina dan terusir dari syurga Allah s.w.t dan bagaimana janji iblis yang akan menyesatkan manusia. Iblis telah bersumpah untuk mendatangi manusia dari depan, belakang, kiri dan kanan. Dalam erti kata lain, iblis ini akan tetap ada bersama manusia, mencelahi perbuatan manusia dengan kemungkaran. Sebab itu bila kita nak buat baik, ada saja halangan. Rasa tidak kuat. Kita rasa orang lain pandang rendah pada kita. Rupa-rupanya itu semua datang dari bisikan iblis.

Kerana itu Allah s.w.t menurunkan kitab suci al-Quran kepada HambaNya sebagai peringatan kepada kita. Kerana itulah kita digalakkan membaca, memahami dan menghayati makna-makna ayat yang dibaca, kerana setiap ayat al-Quran yang dibaca itu, terselit seribu satu makna yang boleh memuhasabah diri kita dan mengembalikan kita kepada Allah s.w.t. Dijelaskan juga dalam surah Al] A’raf tersebut bagaimana Allah s.w.t telah berjanji bahawa barangsiapa yang mengikuti iblis, akan masuk neraka jahanam! Nauzubillah!

Sahabat, jangan pandang mudah pada perkataan ‘ neraka jahanam’. Apabila digambarkan neraka jahanam itu bagaimana, ia bukan sekadar gerun seperti yang kita bayangkan, malah lebih gerun, diluar kotak pemikiran kita dan azab untuk penghuni neraka jahanam ini lebih dasyat daripada yang kita bayangkan!

” Dia ( Fir’aun) berjalan di depan kaumnya di hari Kiamat, lalu membawa mereka masuk ke dalam neraka. Neraka itu seburuk-buruk tempat yang dimasuki.” [ Surah Hud : 98]

” Dikatakan (kepada mereka), ” Masukilah pintu-pintu neraka jahanam itu, (kamu) kekal di dalamnya. ” Maka (neraka jahanam) itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang menyombong diri.” [ Az-Zumar : 72]

Allah s.w.t mengingatkan kita bahawa neraka itu seburuk-buruk tempat kembali. Ya, kita akan pasti kembali kepada Allah s.w.t. Yang membezakan adalah bagaimana tempat kembali kita itu. Sama ada sebaik-baik tempat kembali (syurga) atau seburuk-buruk tempat kembali(neraka). Jangan ikut iblis masuk neraka! Kita tak mahu ikut iblis masuk neraka! Masih ada masa untuk bertaubat. Jika sebelum ini kehidupan kita penuh jahiliah, semua perbuatan kita hanya berpandukan hasutan syaitan, kita rasa kita la sejahat-jahat manusia, jangan kita berputus asa memohon ampun kepada Allah s.w.t. Mulakan perubahan dengan taubat, iringi perubahan dengan istighfar. Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang sombong.

Cinta pada dunia itu tipu daya syaitan. Malas nak beramal itu juga tipu daya syaitan. Bertindak mengikut emosi itu tipu daya syaitan. Rasa bangga diri yang datang dalam hati tatkala manusia mencapai kejayaan itu juga tipu daya syaitan. Segala- gala yang mendatangkan ragu di hati dan kita tidak mahu orang lain mengetahuinya, itulah dosa. Ia datang daripada hasutan iblis yang mahu bawa kita sama-sama ke neraka jahanam. Mari kita lawan hasutan iblis ini dengan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Moga solat kita sentiasa terpelihara, bacaan al-Quran dan lafaz zikrullah tidak lekang dari bibir kita, tanda bahawa hati kita sentiasa mengingati Allah s.w.t agar kita dapat memasuki sebaik-baik tempat kembali, syurga Allah s.w.t🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s