Tetamu,datangnya bersama bala ?

Oppps,sebelum anda terus ke ruang komen dan menghentam saya, ingin saya jelaskan memang ada hadis Rasulullah yang menyuruh kita memuliakan tetamu,bahkan saya selalu dengar orang cakap datangnya tetamu membawa pahala,perginya bersama dosa-dosa kita. Saya tidak pasti ini hadis atau tidak,yang pasti datangnya tetamu bersama rahmah Allah sebab itu Rasulullah menyuruh kita memuliakan tetamu.

Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Riwayat Muslim)

Habis itu apa yang dimaksudkan datangnya tetamu bersama bala?

Saya tidak ingin bercerita tentang orang lain,ini kisah diri saya sendiri. Bila saya sedang menulis artikel di Azzariyat,tiba-tiba datang kawan-kawan untuk berbual. Dari jauh saya sudah tahu mereka akan tuju ke bilik saya,jadi saya cepat-cepat buka tab baru dan tekan icon Facebook saya dan berpura-pura saya sedang asyik dengan Facebook.Ini satu peristiwa.

Peristiwa lain,kalau ada tetamu yang bertandang di rumah,entah kenapa,saya tidak akan membuka dan membaca Al-Quran di hadapannya. Jadi saya akan berusaha untuk mengelak daripada nya walaupun seketika untuk membaca Al-Quran,tapi yang malangnya, jarang benar saya mampu berbuat demikian. Kebiasaannya,kalau ada tetamu yang datang,hilanglah amalan baca Al-Quran walaupun niat untuk membacanya itu ada.

Dan satu peristiwa lagi,dulu rumah saya dekat dengan Surau,hanya berjalan kaki 5 minit,saya sampai di surau dan hal ini memudahkan saya untuk berulang-alik ke Surau.Alhamdulillah,solat selain Subuh lengkap berjemaah di Surau. Tapi bila ada tetamu yang datang di rumah,saya tidak akan ke Surau. Niat saya supaya tetamu tidak bersendirian di rumah atau supaya tetamu tidak rasa tidak selasa dengan perbuatan saya. Pelik tapi benar,inilah yang berlaku. Tak dinafikan, memang ada masanya,tetamu datang di rumah,kami solat berjemaah bersama-sama tapi bukankah jemaah yang ramai lagi disukai dari jemaah yang sedikit?

Jadi,berdasarkan ketiga-tiga cerita di atas,anda setuju dengan saya,tetamu mendatangkan bala?

Masih tidak setuju?

Ya,saya setuju dengan anda,tetamu tidak mendatangkan bala,semuanya bergantung pada diri kita sendiri.

Bukan tetamu yang memaksa saya untuk berlagha dengan Facebook dan meninggalkan tugasan Azzariyat.

Bukan tetamu yang mencuri masa membaca Al-Quran saya.

Bukan tetamu yang mendesak supaya saya tidak ke Surau.

Tapi semuanya kerana saya sendiri. Syaitan telah mengambil peluang ini untuk menghasut hati saya supaya meninggalkan kebaikan. Walaupun saya tidak melakukan maksiat,paling kurang syaitan telah berjaya membuat graf iman saya mendatar.Bukankah syaitan itu tugasnya menghasut manusia untuk melakukan maksiat dan meninggalkan kebaikan? Astaghfirullah Hal Azim,ya Allah,ampunilah hamba Mu yang leka ini.

Jadi tidak patut berlaku kepada kita,bila tetamu datang ke rumah kita,iman kita berkurang. Sepatutnya,masa itulah iman kita memecut naik kerana dengan adanya tetamu kita boleh berbincang soal agama,kita boleh bertadarrus dan tadabbur Al-Quran bersama-sama,pergi solat berjemaah bersama-sama,bukankah biri-biri yang seekor lebih senang dimakan oleh serigala daripada yang berkumpulan?

Tetamu tidak pernah mendatangkan bala walaupun yang datang itu seorang kafir sekalipun. Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, baginda tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu. Baginda merasa tidak perlu memuliakan dan menghargai tetamunya seperti baginda memuliakan dan menghargai tetamunya dari sesama pengikutnya. ‘Disebabkan ia bukan umatku yang beriman’, begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya. Setelah tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril a.s menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu ?

Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?” Jibril bertanya:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?” “Allah!” Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin. “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?” “Allah!” “Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?” “Allah!” “Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?” “Allah!”
“Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Nabi Sulaiman a.s terdiam dan terus bersujud.
“Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini.” Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”. Bergegaslah Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman a.s dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: “Saudara, tunggu…!”

Tetamu tadi menoleh dan hairan melihat keadaan Nabi Sulaiman. “Kenapa?” “Saudara… sudikah engkau memaafkan perlakuan saya , ketika mana saudara menjadi tetamu di rumah saya tadi?” Orang itu diam. Dalam hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda. Tetapi dia terus juga bertanya: “Kenapa, wahai Sulaiman?” “Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku.”
“Allah? Siapakah dia?” Tetamu itu bertanya. “Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.”
“Lalu, kenapa Dia menegurmu?” “Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?”
“Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?” Tetamu itu bertanya penuh taajub .”Iya…! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu” Nabi Sulaiman meminta.
“Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!” Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.

Mungkin cerita di atas cerita Israiliyat atau mungkin tidak. Namun,andai cerita di atas Israiliyat sekalipun,masih ada pengajaran yang patut kita ambil dan contohi. Bagaimana Allah menegur Nabi Sulaiman untuk berbuat baik dengan tetamu walhal dia seorang kafir,begitu jugalah yang patut kita contohi. Jangan kerana dia Ah Tong,kita terus menghalau dia keluar rumah bimbang sofa yang dipegangnya bercop babi kerana tangannya baru lepas makan babi.

Bila tetamu datang ke rumah kita,berbuat baiklah. Berilah dia makan secukupnya,tempat berehat yang selesa,makanan yang enak kerana datang mereka membawa berkat,datang mereka memberi peluang untuk kita beramal secara berjemaah. Kalau dulu kita biasa baca Quran secara nafsi-nafsi(individu),bila tetamu datang,bacalah secara berjemaah. Berbuallah apa-apa pun asalkan pangkalnya berakarkan Islam,biar pasal kereta proton Inspira sekalipun,ceritalah bahawa kereta itu tercipta dari besi dan dalam Al-Quran ada surah tentang besi,ini sebagai contoh.

Jom ambil peluang keemasan ini. Tidak peliklah kenapa orang Arab mampu berpeluk-peluk dengan tetamunya walhal di luar rumah mereka adalah musuh ketat kerana tetamu mendatangkan kebaikan dari keburukan. Jom,sama-sama berubah dan mengejar syurga Allah bersama-sama!

2 thoughts on “Tetamu,datangnya bersama bala ?

  1. Berilah dia makan secukupnya,tempat berehat yang selesa,makanan yang enak…

    ni yg xsabar ni nak bertandang ke hachioji…😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s