Sekilas Pesanan

Bila hidup kita penuh kegembiraan,

Jangan lupa bersyukur kepada Allah s.w.t yang memberi nikmat gembira kepada kita.

Bila kita bersedih,

Jangan kita lupa bahawa kesedihan itu sebenarnya satu bentuk tarbiyah Allah kepada kita supaya kita lebih dekat dengan-Nya.

Bila kita rasa jiwa kita serabut,

Ingatlah Allah, pasti jiwa menjadi tenang.

Bila kita rasa penat berada dalam jalan dakwah,

Ingatlah balasan baik buat penolong-penolong agama Allah.

Bila kita rasa letih beramal ibadah,

Hayati kembali tujuan Allah menciptakan kita di muka bumi ini.

Bila kita tidak dapat apa yang kita mahukan,

Yakinlah bahawa Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Bila terdetik bangga dengan perbuatan baik kita,

Istighfarlah dan ingatlah balasan-balasan Allah kepada orang yang riak dan berbangga diri.

Bila kita punya banyak wang,

Jangan lupa membelanjakannya ke jalan Allah s.w.t

Bila kita diuji dengan kesukaran mencari makanan halal,

Usah kita merungut, usah kita mengambil mudah

Hayati kembali hikmah diwajibkan bagi umat Islam memakan makanan halal.

Bila hidup kita dikelilingi orang-orang yang soleh dan solehah,

Ambillah peluang mendekati dan menimba sebanyak mungkin ilmu bersamanya.

Bila hidup kita dikelilingi bangsa jahiliah,

Fikir kembali peranan kita disitu adalah untuk mentarbiyah mereka, bukan meminggirkan mereka.

Bila kita banyak bercakap perkara lagha,

Ingatlah bahawa setiap perkataan yang kita ucap itu akan dihitung satu persatu di hari pembalasan kelak.

Bila dirasakan hidup di dunia ini sangat indah,

Ingatlah bahawa akan kita temui satu lagi kehidupan abadi di ‘sana’ nanti.

Bila kita berkorban keseronokan di dunia ini,

Jangan kita rasa rugi dan sedih,

Kerana Allah menjanjikan kehidupan yang lebih seronok di akhirat kelak.

Bila kita berpesan,

Ingatlah bahawa orang pertama yang dipesan adalah diri kita sendiri.

* Banyakkanlah mengingat Allah s.w.t supaya hati kita tenang.

* Banyakkan istighfar supaya kita sentisa jauh dari kelalaian.

* Ayuh teruskan langkah mencari redha Ilahi!

One thought on “Sekilas Pesanan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s