Allah Haramkan Babi

Semua orang tahu kan babi haram dalam Islam? Malah,kalau di Jepun,walaupun ramai yang tidak beragama tapi kalau disebut saya orang Islam,tiada pengetahuan lain selain tidak boleh minum arak dan makan babi. Seolah-olah,imej seorang Muslim ialah seorang manusia yang tidak minum arak dan makan babi.

Semasa dalam Usrah,saya disoal oleh Naqib saya,kenapa babi haram.Ketika itu saya masih kecil,tidak mempunyai apa-apa ilmu, dengan jujur saya menjawab, “sebab Allah tak bagi makan”. Balas Naqib saya, “memang Allah haramkan babi,tapi ada sebabnya. Sebabnya ada research menjumpai dalam babi ada sejenis virus yang mana virus tu kalau dipanaskan dalam api 1000 darjah celcius sekalipun takkan mati.”

Saya rasa bukan Naqib saya sahaja menggunakan alasan tersebut sebagai hujah kukuh babi diharamkan kepada manusia tetapi saya yakin,segelintir daripada anda pun percaya perkara sedemikian. Tidak,saya tidak kata alasan tersebut salah dan memang terbukti bahawa babi mempunyai virus-virus,mana tidaknya,babi adalah sejenis binatang yang menjadikan tahi sendiri sebagai makanan, jangan bayangkan.

Rupa-rupanya,perkara virus ini dipandang serius oleh orang Kafir atau lebih mudah kita panggil penggemar daging babi. Mereka takut untuk makan babi tetapi mereka sudah ketagih dengannya. Agak-agak anda,apa yang mereka buat?

Mereka telah bersungguh-sungguh melakukan kajian bagi membuang virus tersebut,sila baca di sini. Ini di barat tapi sebenarnya kajian tentang virus babi ini telah pun menemui hasil yang cemerlang di Jepun. Di Jepun,babi-babi yang disuntik dengan vaksin virus tersebut merupakan babi-babi yang bersih dari virus tersebut dan selamat untuk dimakan.

Jadi,kalau tadi kita menggunakan alasan babi mengandungi virus yang membahayakan manusia sebagai hujah pengharaman daging babi, adakah sekarang boleh lagi? Dulu kawan anda,Ah Chong tanya anda kenapa babi haram anda jawab ia merbahaya tapi sekarang Ah Chong tanya lagi, “lu orang Islam,talak makan itu babi sebab itu babi ada virus kan? tapi sekalang orang jepun dah buat babi bersih, u olang bley makan la?” Apa jawapan anda?

Memang bagus mencari hujah atas suruhan Allah,beriman mestilah berhujah(berilmu) kalau tidak Islam taqlid(ikutan) jadinya dan dalam aqidah,bertaqlid itu diharamkan.

“Kenapa solat?”

“Sebab mak solat..”

“Kenapa puasa?”

“Sebab ayah puasa..”

Jangan beriman sebab ayah,mak,adik atau sesiapa sekalipun,berimanlah kerana Allah Taala. Tak salah mencari hujah di sebalik perintah Allah sebab itu menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah. Cuma,jangan terlebih yakin dengan hujah tersebut lebih dari suruhan Allah Taala. Bila orang tanya kenapa tidak makan babi,dahulukan dengan itu perintah Allah dan saya sebagai orang Islam harus mengikutinya. Kalau ditanya lagi kenapa Allah haramkan babi,barulah jawab mengikut saintifik kerana akal manusia lebih senang menerima perkara yang dekat dengan kita.

Memang tidak salah tanya itu dan ini kepada Allah,juga tidak salah untuk kita meminta agar ditunjukkan lagi bukti kekuasaan Allah. Bahkan,Nabi Allah Ibrahim juga berbuat demikian.Hal ini dirakam oleh Allah dalam surah AL-Baqarah ayat 260:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)”. Allah berfirman: “(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera”. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Perhatikan,hatta seorang nabi sekalipun berbuat demikian,jadi tidak pelik jika kita juga berbuat demikian. Cuma perlu diingatkan bahawa dalam setiap suruhan dan arahan Allah,yakinlah dengan Allah dahulu baru perkara selepas Nya. Kenapa tidak boleh minum arak? Kerana Allah arahkan sedemikian,kenapa Allah arahkan sedemikian,kerana arak lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.

Orientalis barat tidak akan putus-putus berusaha memeningkan kita dan secara tidak lansung,melupakan kita tentang tujuan utama kita diutuskan atas muka bumi Allah. Ingat,yang haram itu senang nampak,yang halal pun senang,yang bahaya apabila ia dicampurkan. Perhatikan wanita Muslim sekarang,kita diperkanalkan dengan Busana Muslimah,konon-konon fesyen gaya Islam walhal dalam 100 fesyen tersebut,mungkin hanya satu yang menepati ciri-ciri Islam.

Sekali lagi saya ingatkan diri sendiri dan anda semua,jom kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar,yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata,jangan campur adukkannya dengan logik akal,bimbang kita tergolong dalam golongan rasionalis. Jom berubah!

Advertisements

3 thoughts on “Allah Haramkan Babi

  1. and kadang2..bila non-muslim tnye,and lepas da bgi jawapan sekian2..termsukla jawapan yang babi ade virus..

    they tend to ask: saya mkan babi,kenape saya x skit pun..
    so kalau mcm ni..ape hujah yng mantap ye nk kasi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s