Akhi wa ukhti, hal ana laisa akhuk?

Hmm, apa agaknya yang ingin disampaikan penulis yek untuk post kali ini…

Bagi yang memahami bahasa arab, tiada masalah untuk anda memahami persoalan yang cuba saya lontarkan kali ini. Bagi yang tidak memahami soalan di atas, Insya’Allah, selepas meneruskan pembacaan artikel kali ini, anda juga akan faham ERTI soalan di atas.

“Akhi wa ukhti, hal ana laisa akhuk?”

Saya ingin lontarkan soalan di atas kepada semua muslimin dan muslimat di luar sana, “Wahai saudara-saudaraku, adakah aku bukan saudaramu?”

Mengapa rasanya saya ingin lontarkan soalan tersebut kepada semua pembaca di luar sana??

Ini jawapannya, “ Lam tu’tini as-salam”. Maksudnya, “Kamu belum lagi memberi salam kepada saya”.

Ya, adakah saya dan kamu semua sudah memberi salam kepada setiap saudara(seislam) kita yang kita temui setiap hari?? Jika belum, adakah sudah boleh kita mengatakan yang kita sudah cukup beriman??

Mari kita hayati satu sabda baginda Rasulullah S.A.W.

Tidak akan kamu masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak dikira kamu beriman sehingga kamu berkasih-sayang. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu beramal dengannya, nescaya kamu akan berkasih-kasih? Iaitu, SEBARKANLAH SALAM ANTARA KALIAN.”(Riwayat Muslim dan Abu Hurairah)

Tak perlu pergi jauh, adakah bila kita bertemu dengan teman serumah kita yang beragama Islam ataupun bila kita bertemu dengan ahli seusrah kita, kita telah sebarkan salam antara kita??

Bukan ingin melakukan provokasi tidak bertempat, tapi itulah realiti kehidupan yang kita sedang lalui sekarang. Sangat berat untuk kita membuka mulut untuk mengucapkan salam kepada umat Islam yang kita temui yang hanya memerlukan tidak sampai 5 saat pun, tapi amat ringan mulut kita untuk berbicara mengenai hal ehwal dunia semasa secara non-stop selama sejam. Ada sesiapa yang ingin membantah kenyataan di atas??

Saya ingin bertanya lagi sekali, ADAKAH KITA BENAR-BENAR MENGEJAR SYURGA YANG TELAH ALLAH JANJIKAN UNTUK HAMBA-HAMBANYA YANG BERIMAN DAN BERTAKWA?

Lebih teruk lagi jika para da’i, juga bagi sesiapa sahaja yang berusaha menyebarkan dakwah di muka bumi Allah melalui apa-apa sahaja medium dakwah yang ada sama ada melalui ceramah, usrah, ataupun melalui penulisan, tidak mengiringi usaha penyebaran dakwahnya dengan juga menyebarkan salam kepada setiap umat Islam yang lain. Adakah kita sudah boleh menganggap diri kita sudah beriman dengan melaksanakan dakwah namun tidak melaksanakan tuntutan menyebarkan salam yang baginda Rasulullah S.A.W. sendiri tekankan sebagai penyempurna iman seseorang?? Mari kita muhasabah semula diri kita, dimana sebenarnya posisi iman kita sekarang??

Bagi yang sudah melaksanakan penyebaran salam dalam kehidupan seharian, mari kita lihat pula tingkat-tingkat salam yang telah diberitahu oleh baginda Rasulullah S.A.W.

Pernah satu hari, seorang lelaki melewati Rasulullah S.A.W. dan memberikan salam kepadanya dengan ucapan, “Assalamualaikum ya Rasulullah.” Rasulullah S.A.W. pun menjawab, “ Waalaikumussalam.” Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Baginya sepuluh.”

Datang lagi seorang lelaki melewati Rasulullah S.A.W. dan memberikan salam baginda dengan ucapan, “Assalamualaikum wa rahmatullah ya Rasulullah.” Rasulullah S.A.W. pun menjawab, “ Waalaikumussalam wa rahmatullah.” Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Baginya dua puluh.”

Datang lagi seorang lelaki melewati Rasulullah S.A.W. dan memberikan salam baginda dengan ucapan, “Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh ya Rasulullah.” Rasulullah S.A.W. pun menjawab, “ Waalaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh.” Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Baginya tiga puluh penuh.”

Hanya dengan memberi salam sahaja, Allah akan memberi kita ganjaran berupa pahala yang banyak. Apakah usaha kita untuk merebut ganjaran tersebut??

“Ahh, biarlah orang lain tegur aku dulu, nanti aku jawablah salam dia.”

“Hmm, malulah nak bagi salam kat orang, malu nanti kalau dia tak jawab salam kita.”

“Alah, bukan salah pon kalau tak bagi salam dulu kat orang lain.”

Itu adalah beberapa contoh jawapan yang bakal kita dengar daripada saudara-saudara seagama kita, jika kita ajukan soalan mengenai mengapa mereka sukar untuk menyebarkan salam.

Mari kita lihat pula perihal salam bagi para sahabat pula.

Seorang sahabat Rasulullah S.A.W. bernama Abdullah bin Umar sering ke pasar. Apabila dia ke pasar, dia bukannya membeli barang, tetapi dia pergi ke pasar hanya untuk memberikan salam kepada orang ramai untuk menghidupkan sunah Rasulullah S.A.W. yang mulia dan menjadi pengikat ukhuwah Muslim ini.

Ini semua menunjukkan betapa memberi salam adalah tinggi nilainya dalam kehidupan seseorang Muslim. Tiadanya rasa keterikatan sesame kita adalah kerana tiadanya sapa-menyapa sesama kita. Salam hakikatnya adalah doa kesejahteraan. Bayangkan orang mendoakan kita setiap hari, mengharapkan kesejahteraan bagi kita pula, sudah tentu hati kita akan menjadi senang dan lapang bukan? Alangkah indahnya dunia jika setiap daripada kita, pabila bertemu, bertegur sapa dengan salam serta mendoakan kesejahteraan sesama kita bukan?? Namun realitinya, itu bukanlah dunia yang kita sedang hidup sekarang.

“Tidaklah seorang Muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat : dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan” (Riwayat Muslim).

Malah, salam yang disertai dengan senyuman manis, berjabat tangan, berlaga pipi, semestinya akan memberikan makna yang lebih dalam kehidupan seorang Muslim. Kalau penat sekalipun, akan terasa hilang penat apabila dilayan sebegitu rupa bukan? Secara tidak langsung, hubungan hati itu akan terikat dengan satu kalimah, iaitu Islam.

Rasulullah bersabda,

Hak Muslim atas Muslim yang lainnya ada enam”. Para sahabat bertanya, “Apa dia, wahai Rasulullah?” Berkata Rasulullah S.A.W. “ UCAPKAN SALAM JIKA BERJUMPA DENGANNYA. Jika dia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya. Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat. Jika dia bersin dan memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), maka ucapkanlah tasymit (Yarhamkallah). Jika dia sakit, maka jenguklah dia. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.” (Riwayat Muslim)

Indahnya Islam. Islam bukanlah mengira kita Melayu, Arab, Cina, India, ataupun bangsa-bangsa lain mahupun mengikut perbezaan warna kulit dan lain-lain. Tetapi, Allah mengira kita mengikut siapa yang lebih bertakwa kepada Dia.

Adakah kita sudah melaksanakan hak muslim terhadap muslim yang lain?? Mari kita muhasabah diri kita semula.

MARI SEBARKAN SALAM UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAHAGIA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s