Kita Tiada Pilihan..これしかない!(1)

Matahari terbit di puncak Gunung Fuji, di negeri matahari terbit

“Perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan keampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya”(Muhammad:15)

“Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (HR Bukhari).

Ketika Rasulullah SAW di Mikraj pun, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (HR Bukhari dan Muslim)

”Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, dan gadis-gadis remaja yang sebaya.” (An Naba’ : 31-33)

“Dan mereka dikelilingi oleh para pemuda yang tetap muda. Apabila kamu melihatnya, akan kamu kira mereka mutiara yang bertaburan.” (al-Insaan : 19)

Sungguh, tenang hati membaca ayat-ayatNya tentang syurga. Terbayang-bayang segala keindahannya di pelupuk mata. Betapa hati melonjak-lonjak untuk menjejakkan kaki di sana. Menikmati sendiri segala yang dijanjikanNya untuk orang-orang yang beriman. Namun, berimankah kita? Layakkah kita ke sana? Sejauh mana keinginan kita, kita buktikan dengan amal kita?

行くところは天国しかない!!(Pilihan kita hanya syurga)

Sama ada kita mahu percaya, bergerak kearahnya atau tidak, tiada tempat yang lebih baik untuk kita tuju, selain syurga. Ya, syurga shikanai!! Di pengakhiran hidup ini, hanya terdapat 2 tempat untuk kita, makhlukNya. Baik kita di sini, syurga tempatnya. Buruk kita di sini, neraka tempatnya. Namun, sanggupkah kita untuk memilih ke neraka?

Makanya, pilihan yang kita da hanyalah syurga. Namun, sudah dikatakan, jalan menujunya sukar, penuh onak duri. Tapi jika hanya ini pilihan untuk ke sana, nak tak nak hanya inilah jalan yang harus kita tempuh! Syurga bukan untuk orang yang suka bersenang-lenang. Syurga, tempat yang kenikmatannya tidak akan dapat dicapai oleh pancaindera manusia. Belum pernah dilihat oleh penglihatan siapa pun, belum pernah didengar oleh pendengaran siapa pun, dan belum pula terdetik dalam hati siapa pun.

Demikianlah yang dikhabarkan Baginda Nabi Muhammad SAW,

Dari Abu Hurairah r.a., “Allah berfirman (artinya): ”Aku telah sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh (kenikmatan Al jannah) yang belum pernah dilihat mata, didengar telinga, serta terlintas di hati manusia. (HR. Muslim)

Bayangkan anda seorang pelajar yang menuntut di luar Negara. Susahnya hidup di Negara orang yang cuacanya tak seperti Negara sendiri, makanannya tak kena dengan selera tekak anda, orang sekeliling pula bercakap dalam bahasa yang asing bagi anda. Saat itu anda terasa nak sangat pulang ke rumah, ke tanah air sendiri. Tapi untuk mendapat nikmat itu, bukan sesuatu yang mudah. Terpaksa berlapar untuk menyimpan duit. Terpaksa bekerja sambil belajar untuk menampung kos perbelanjaan pergi balik. Terpaksa korbankan trip-trip menyeronokkan ke pusat-pusat hiburan di sana semata-mata untuk mengumpul wang. Akhirnya, anda Berjaya pulang dan meraih segala nikmat yang anda idam-idamkan selama di sana.

Begitulah pula hendaknya kita semua, dalam menilai jalan ke syurga. Susah, payah, perlu pengorbanan. Kerana nikmatnya yang besar dan tidak terhingga. Dan kita, hanya akan berjaya, dengan rahmat dariNya jua.

Rasa diri tidak layak?

Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Zumar : 53)

Syukurlah kerana saat kita masih merasa diri kita kurang dan tidak layak. Daripada kita tak ambil pusing lansung dengan amarannya dan terus menunggu untuk dimasukkan ke syurga setelah bertahun-tahun dalam neraka. Maka, perkara pertama yang harus kita lakukan adalah memaafkan diri kita sendiri. Ya, memang kita banyak dosa. Tiada hari dan tiada minit yang kita lalui tanpa dosa. Itulah fitrah hidup insan. Berdosanya kita, menyedarkan kita bahawa kita ini hanyalah hamba. Kita bukan malaikat yang sentiasa taat. Kita manusia yang sentiasa terlupa. Terimalah hakikat tersebut dan maafkanlah diri kita sendiri. Jangan terus berputus asa dan memilih untuk ke neraka. Kerana kedahsyatan neraka itu belum pasti mampu kita tempuhi.

Seterusnya, mohonlah ampun dari Yang Maha Pengampun. Dia yang tidak pernah mengecewakan dan meninggalkan hamba-hambaNya yang mendekatiNya. Jika kita tidak dapat memaafkan diri kita, kita juga dalam masa yang sama, mengingkari sifatNya Yang Maha Pengampun. Ketahuilah sejahat mana pun kita, Dia takkan pernah membenci kita selagi kita sedar diri dan mengharap ampunanNya.

Bangkit dan bergeraklah ke sana

Jika ada yang bertanya tentang amal dan jalan menuju ke surga, maka jawapannya telah Allah berikan secara jelas dalam surah Al Mu’minuun ayat 1-11. Ayat-ayat yang menerangkan tentang ciri-ciri  penghuni syurga. Semoga kita juga termasuk dalam kalangan mereka.

Pertama, beriman kepada Allah dan perkara-perkara yang wajib diimani dengan keimanan yang mewajibkan penerimaan, ketundukan, dan kepatuhan.

Kedua, khusyu’ dalam solat. Dengan menghadirkan hati dan pergerakan yang tenang.

Ketiga, menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Keempat, menunaikan zakat.

Kelima, menjaga kemaluan, kecuali terhadap isteri dan budaknya.

Keenam, memelihara amanah yang diberikan dan memenuhi janji baik kepada Allah, kepada sesama mukmin, ataupun kepada makhluk lainnya.

Ketujuh, melaksanakan solat pada waktunya, sesuai dengan bentuknya yang sempurna, dengan memenuhi syarat, rukun, dan kewajipannya.

Semoga Allah memudahkan usaha kita untuk melaksanakannya. Sesungguhnya, segala susah payah yang kita usahakan ini, bukanlah untuk orang lain melainkan untuk kebaikan diri kita sendiri juga akhirnya.

“Dan barang siapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.”(al-Ankabut : 6)

だから、みんながんばりましょう~

Mulakan langkah pertama kita hari ini!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s