Halal Haram Bukan Milik Diri Sendiri

“Eh,mung make godio tu baim?”Soal saya.

“Ayam,nape?”Jawab Baim dengan spontannya.

“halal ko?”

“Ayam di Jepun ni halal,ayam dia dari Brazil,daging dia dari Australia,”padat dan ringkas jawapannya.

“Betul ko mung ni?Kakunin(check) doh?”Soal saya lagi.

Dia terdiam tapi menghabiskan drumstick yang dipegangnya.

Terkesima sebentar melihat kawan makan daging ‘bangkai’ di hadapan mata sendiri. Kalau saya marah sekalipun,pendirian ayam Brazil dan daging Australia itu tetap teguh dipegangnya.

“Aku tak makan daging yang campur dengan babi,aku makan daging 100% je,”terang seorang kawan lagi.

Semakin tidak masuk akal,daging yang 100% daging pula dihukum halal walhal jelas terpapar di hadapan kedai “国内肉(daging dalam negara)” dan setahu saya di Jepun ini ada dua sahaja tempat penyembelihan lembu,ayam dan kambing yang diluluskan dan daging itu tidak dihantar ke seluruh negara memandangkan Jepun mempunyai industri dagingnya sendiri. Mudah kata,kebanyakan daging di Jepun ini jelasnya haram.

Cabaran yang utama di bumi Sakura ini ialah makanannya. Percaya atau tidak,anda boleh dapat kuih yang sangat cantik dengan harga 100yen(RM3.5)?

クッキーシュークリーム

Shukurimu (Creampuff)

Puding

Tapi yang menjadi masalahnya,bukan semua halal,kebanyakan makanan di Jepun dicampur dengan Emulsifier(乳化剤) dan kebanyakan Emulsifier ini dibuat daripada campuran haiwan,tidak kiralah babi atau ayam yang pasti bila ada campuran haiwan, makanan itu menjadi haram. Kalau saya,ambil makanan,cek kandungan makanan,kalau ada Emulsifier,saya terus letak balik. Ada orang akan telefon dulu sebab ada juga Emulsifier yang dibuat dari tumbuh-tumbuhan tapi terpulang kepada individu sebab saya seorang yang pemalas.

Bagi saya kanji 乳化剤(bacaan:nyukazai) ini seolah-olah logo haram,ada saja pada makanan,terus saya cop haram kecuali ada orang beritahu saya bahawa makanan itu boleh makan,jadi saya makan. Mudah.Tak seperti Malaysia,walaupun sudah ada logo Halal, kehalalannya masih diragui. Tapi di Malaysia saya ada kaedah yang sama untuk mengenalpasti status makanan,saya perhatikan kandungan samada ada Vanillin atau tidak.

“Vanillin bukan ke perisa Vanila?”

Di bawah contoh gula-gula yang ada Vanillin yang saya tidak akan makan,samada saya ambil untuk dibuang atau saya tolak mentah-mentah.

Confectionery, Candy

Ini Tak Pasti Haram,Cuma Saya Tidak Makan

Betul,Vanillin adalah perisa vanila tapi masalah dalam pembuatannya,terdapat unsur-unsur yang diragui dan unsur-unsur haram. Anda boleh baca mengenai Vanillin di sini.

Jujurnya,saya rasa halal-haram makanan saya di Jepun lebih baik dari Malaysia. Sebagai contoh,di Jepun saya akan pastikan kedai itu benar-benar halal baru saya masuk tapi di Malaysia,bila tengok pekerjanya Melayu,saya terus masuk walhal status kedai itu belum tentu. Memang betul dalam Islam ada satu kaedah Feqah, ‘Jangan Dicari Yang Tersembunyi’ tapi pada pendapat saya,paling kurang kita kena tahu sumber utama restoran itu dari apa,tidak salah menjauhi perkara syubah,bukankah itu lebih Warak?

Warak?

Ya,Warak adalah perbuatan menjauhi perkara syubhah tapi biasanya di kampung-kampung,Warak ditujukan kepada sesiapa yang hatinya lekat di surau.

“Cuba ko tiru anak Kak Teh tu,selalu gi surau,warak orangnya.”

“Alhamdulillah,anak aku nak kahwin dengan budak surau,cita-cita aku untuk anak aku kahwin dengan lelaki warak menjadi kenyataan,syukur..”

Dan sebagainya,memang selama ini banyak istilah-istilah yang kita salah faham,saya cuba cari sumber kenapa berlaku kesilapan istilah sebegini tapi sampai sekarang saya tidak tahu kenapa. Kalau bicara tentang Warak,Imam Ahmad bin Hambal salah seorang contoh yang terbaik.

Diceritakan di kampung Imam berlaku kecurian kambing dan suatu hari ketika Imam lewat satu kawasan,dia terdengar suara pencuri-pencuri kambing tersebut,lantas dia mengintai apa yang dibuat oleh pencuri-pencuri tersebut. Pencuri-pencuri itu sedang makan daging kambing itu,kemudian sisa dibuangnya ke dalam sungai. Lalu Imam pergi berjumpa dengan Ahli Ikan(orang yang arif tentang ikan) dan tanya berapakah hayat seekor ikan dan Ahli Ikan itu memberitahu selama 2-3 tahun(sebenarnya saya lupa berapa tahun yang tepat). Jadi Imam Ahmad teqad untuk tidak makan ikan selama 6 tahun,iaitu selesai 2 generasi ikan,dia bimbang ikan-ikan tersebut makan sisa kambing yang dicuri.Ini salah satu contoh manusia Warak.

Kenapa perlu jadi manusia Warak?

Banyak kelebihannya,yang utamanya doa dimakbulkan Allah. Hal ini dibincangkan dalam artikel ini. Pada pendapat saya, kerosakan akhlak muda-mudi masa kini berlaku disebabkan makanan yang dimakannya. Lambakan makanan ringan,keropok(cekedih :p) yang dibuat entah dari apa,dengan senang-lenangnya dimakan tanpa melihat dulu kandungannya. Sekarang,kalau lihat pun,kita tidak faham kerana orientalis barat sekarang sengaja menggunakan istilah-istilah kimia yang susah supaya kita hukum setiap makanan mereka halal walhal sebaliknya.Sebelum ini anda tahu tentang Vanillin?Saya yakin sikit sahaja yang mengetahuinya.

Tahukah anda kejatuhan kota Baghdad ke tangan Mongolia sebab paling besar ialah makanan haram? Berkurun lama kerajaan Mongolia ingin menawan Baghdad tetapi gagal tapi berjaya bila Hulagu Khan menggunakan helah kotor dengan menjemput semua Imam dan Ulama’ makan di satu majlis makan dan makanannya semua dari sumber yang haram. Bila Imam dan Ulama’ ingin berdoa, dengan bangga menteri Hulagu Khan berkata, “doa kamu sudah tidak akan diterima tuhan mu,makanan kamu dari yang haram.”

Sekali lagi saya ingin tegaskan halal-haram ini sangat penting,bahkan saya pernah dengar seorang senior membacakan hadis “Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah yang pantas baginya.” (HR. Tirmidzi) Saya sokong penuh saranan DR.MAZA supaya Malaysia melabelkan makanan haram dengan logo haram,bukankah kita negara Islam tapi kenapa label Halal yang patut diletak?

Jadi mulai hari ini,marilah sama-sama kita menjaga apa yang masuk ke dalam mulut kita kerana apa yang masuk itulah yang akan menjadi darah daging kita dan sebenarnya,secara psikologi,apa yang selalu dimakan oleh seseorang membentuk peribadinya. Jom makan makanan halal! Katakan taknak pada yang haram!

4 thoughts on “Halal Haram Bukan Milik Diri Sendiri

  1. Betul gak kan,kite negara islam,majoriti makanan mestilah yg halal,yg haram sikit,nape nak label yg banyak…lagipun kalau label haram,rasanya takkan ada yang nak tipu ckp haram sbb merugikan die sendiri kan?

  2. AYAM YANG DIPROSES DALAM MESIN BERCAMPUR DENGAN NAJIS JADI HUKUMNYA HARAM MACAM IKAN KEMBONG REBUS YANG DIREBUS DENGAN TAHI SEKALI.
    MAKANLAH AYAM YANG DISEMBELIH SENDIRI DAN DICABUT BULUNY , LEBIH BERSIH DAN HALAL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s