Take Action!

Sakit! Keadaan semakin sakit. Tidak saya sangka, kehidupan yang selama ini saya jalani sesakit ini. Teruk, buruk dan memalukan. Apa yang dah terjadi ni!

Kawan. Apa yang anda faham akan maksud kawan? Apa yang saya faham, kawan ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua orang atau lebih. Tapi, sikap ini hanya berlaku di antara orang-orang yang mempunyai persamaan dari segi pemikiran dan emosi sahaja.

Contohnya, kita tidak akan tiba-tiba pergi cari siapa-siapa yang kita jumpa di tepi jalan, lalu terus menceritakan semua masalah kita kepadanya. Ataupun kita menangis teresak-esak dekat seseorang yang langsung tidak kita kenali. Tapi kita berkecenderung untuk mencari orang (kawan) yang kita sudah kenal lama. Kita tahu perangainya dan dia juga tahu perangai kita. Dia juga orang yang memahami kita, orang yang sebelum ini mendengar masalah kita, seterusnya orang yang mampu memberi kata-kata nasihat kepada kita.

Itulah yang dimaksudkan, apa itu kawan.

Sepanjang perjalanan hidup saya, belum pernah saya jumpa seseorang yang hidupnya tanpa kawan. Tidak kiralah dia lelaki, wanita, kanak-kanak, orang dewasa sekali pun, semua ada kawan masing-masing. Setuju?

Siapa kawan bagi anda

Sebagaimana yang telah saya katakan di atas, perhubungan ‘kawan’ hanya terjadi apabila pemikiran dan emosi kita berkadar terus dengan pemikiran dan emosi sahabat kita itu. Jika difikirkan semula, bukan semua orang di sekeliling, boleh dipanggil kawan. Sebab bukan semua orang, sefahaman dengan kita.

Namun, ada antara kita juga yang tanpa segan silu, dia panggil semua orang kawannya. Tapi, dalam masa yang sama, dia hanya menggunakan kawan itu untuk kebaikan diri sendiri sahaja. Saya yakin, semua akan bersetuju dengan saya jika saya katakan, “Ini memang melampau!” Tapi, sememangnya, manusia sekarang tidak boleh maju ke hadapan tanpa melukakan hati insan yang lain.

Memang kadang kala tanpa  disedari, kita menggunakan kawan kita sendiri. Bila susah, mula lah nak terngadah. Tercari-cari orang yang diakui sebagai kawan. Tapi, bila senang, jangankan dirinya, bayangannya pun lupa sama sekali.

Bukan saya nak katakan semua manusia di muka bumi ini tidak boleh dipercayai, tapi, kebanyakannya bersikap sebegitu. Memang saya akui, ada di antara kita yang mementingkan persahabatan. Betul-betul sayang akan kawan-kawannya. Tidak kira pada masa susah mahupun senang, dia ada bersama-sama kawan-kawannya itu. Tanpa pilih kasih, jangankan pula untuk membeza-bezakan kawannya.

Persoalan yang saya mahu anda fikirkan di sini ialah, adakah benar anda sayang kawan anda itu? Adakah anda betul-betul ambil perhatian tehadap kawan-kawan anda semua? Atau, adakah anda benar-benar mahu melihat kawan-kawan anda bahagia?

Sahabat dunia akhirat

Sungguh sedih sekali, saya hampir-hampir tidak nampak akan situasi seseorang datang menyelamatkan kawannya yang hampir-hampir terjatuh ke dalam kemungkaran. Saya sudah tidak nampak, seorang sahabat datang menegur sahabatnya yang lain untuk ke arah yang lebih baik. Saya bahkan hampir buta kerana tidak melihat satu situasi yang sepatutnya seorang kawan lakukan kepada kawannya yang lain.

Saya ingin memberi satu analogi. Kalau dalam kejadian rumah terbakar, semua orang akan tergesa-gesa untuk selamatkan setiap nyawa. Tidak kiralah siapa-siapa pun. Bangsa apa sekalipun. Anak siapa sekalipun. Semua orang akan bergegas untuk selamatkannya.

Begitu juga dengan hubungan kita dan kawan kita. Tidak kira dalam situasi macam mana sekalipun, kita perlu selamatkan dia ke kawasan yang selamat. Tarik, heret mereka ke kawasan yang betul-betul baik suasananya. Bukan kita campak dia ke lembah kehinaan. Bahkan lebih teruk lagi, kita asingkan dia dengan dunianya sendiri yang bergelumang dengan dosa. Astaghfirullah. Kawan jenis apa kita ini?

Sering kali kita dengar, ‘Kau la sahabat aku dunia akhirat’. Frasa ini selalu diungkapkan oleh masyarakat sekeliling kita. Namun, malang sekali. Apa yang dimaksudkan denagn ‘sahabat dunia akhirat’ itu pun, kebanyakan kita tidak tahu. Benarkah dengan sekadar dia selesaikan hutang kita, sudah kita gelarnya sebagai ‘sahabat dunia akhirat’. Atau betulkah hanya dengan sokongan daripada dia, sudah mampu kita panggil dia sebagai ‘sahabat dunia akhirat’.

‘Sahabat dunia akhirat’. Sebagaimana yang saya faham, kawan yang sebenar-benarnya adalah kawan yang sering mengingatkan kita melakukan perkara yang baik.

Kawan yang sebetul-betulnya adalah kawan yang menasihati kita, berdakwah kepada kita walaupun dengan sepotong ayat Al-Quran, yang dengan dakwahnya yang sikit demi sedikit itu mengubah kita kepada insan yang soleh dan solehah.

Kawan yang baik adalah kawan yang selalu tidak malu untuk menegur kita secara terus sekiranya sesuatu kerja yang kita buat itu salah dalam pandangan Allah. Bukan kawan yang dipanggil kawan, kalau hanya menegur kita seandainya kita melakukan sesuatu perkara yang salah di mata manusia. Sering sekali kita mengadili sesuatu dengan neraca dunia, bukan neraca Allah.

Maka, layakkah kita untuk digelar ‘sahabat dunia akhirat’ buat kawan kita itu? Apa jasa yang besar sangat, sudah kita taburkan kepada dia? Sudah saya katakan, keadaan dunia yang saya diami ini sangat sakit. Orang-orang di dalamnya seakan-akan tidak mahu menyelamatkan orang yang mereka sayangi. Bahkan diri sendiri pun, mereka tidak mahu selamatkan. Terus bergelumang dengan dosa, walaupun pelaku dosa itu bukan dirinya.

Ingatlah wahai sahabatku, kita menjadi saksi atas perbuatan kita dan sahabat kita yang lain di muka  bumi ini. Sebagaimana yang telah Allah katakan,

“Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?” (surah An-Nisa’,4:41).

Oleh itu, wahai sahabatku, jangan kita lupa untuk ambil tindakan sebelum terlambat.((:

Advertisements

5 thoughts on “Take Action!

  1. sahabat itu dasarnya cinta… cinta kita dasarnya iman…
    biarpun sahabat tidak mencintai kita, sebagaimana kita mencintai dia, tak apalah kan? kerana segala amal yg kita buat, hatta bersahabat sekalipun, hanya redha tuhan yang kita dambakan… kan? teruslah beramal, sebarkan cinta, lebarkan jaringan sahabat…

    p/s : sebenarnya dalam dunia yang kita diami ni, bnyk je sahabat yg baik… kalau dalam dunia yg awak diami, xberjumpa apa yg dicari, lebarkan lah dunia, supaya bertemu lebih ramai manusia… lebih penting lagi, sebenarnya lebih letih ‘mencari’, daripada kita sendiri ‘menjadi’ sahabat yg baik… wallahualam…

  2. People are often unreasonable, irrational, and self-centered. Forgive them anyway.

    If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives. Be kind anyway.

    If you are successful, you will win some unfaithful friends and some genuine enemies. Succeed anyway.

    If you are honest and sincere people may deceive you. Be honest and sincere anyway.

    What you spend years creating, others could destroy overnight. Create anyway.

    If you find serenity and happiness, some may be jealous. Be happy anyway.

    The good you do today, will often be forgotten. Do good anyway.

    Give the best you have, and it will never be enough. Give your best anyway.

    In the final analysis, it is between you and God. It was never between you and them anyway.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s