Jalan Hidup(1) : Ahh!

Cerita dalam kisah jalan hidup ini bukan kisah benar. Ia menceritakan bahawa jalan hidup manusia ini berbagai-bagai. Dugaan datang dari segenap sudut. Sebagai seorang muslim, bagaimana kita mahu menghadapi dugaan ini? Adakah hanya dengan marah-marah, atau kita kembali kepada Allah s.w.t.

“Ahh! “ Aku mengeluh sambil menghempas beg tangan ke atas katil.

“ Sampai bila mahu hidup begini?” Aku terus mengeluh sambil jari mencapai keyboard laptop.

Hari-hari aku seakan-akan berlalu dengan dua perasaan sahaja. Perasaan mengeluh dan perasaan terpaksa. Sampai bila mahu mengikut telunjuk orang-orang sekeliling. Bukan mereka tidak tahu, aku ke sini mahu belajar! Dan aku pun tahu harapan aku di sini agar aku tidak lupa menambah sebanyak mungkin ilmu agama! Disini aku bertekad tidak mahu buat perkara yang aku rasa tidak baik. Perkara yang mendatangkan ragu di hati aku. Disini aku tidak teringin hidup bebas. Biarlah iman di dada dan ajaran Islam memagar hatiku dari merasa seronok dunia yang berlebihan.

Bukan kerana aku merasa diriku baik! Tapi aku cuba menjadi hamba terbaik kepada Rabbku. Tapi aku disini seperti tidak ada hidupku sendiri, jika aku ingin mengisi hari mingguku dengan sesuatu berbentuk ilmu, ia mungkin terselang-seli dengan aktiviti yang mengundang lalai.

Ahh! Aku tidak sanggup lagi. Sampai bila tradisi mahu menang dengan prinsip diri? Aku bukan mengeji tradisi. Tapi aku terlalu takut ajalku menjemput ketika aku sedang seronok bergelak ketawa! Kerana aku mengharap husnul khatimah.

“ Ahh! “ Aku mengeluh lagi sambil menghentak tapak tangan ke meja belajarku.

Kenapa aku sampai tidak boleh menghadirkan diri ke program yang sangat-sangat aku nantikan semata-mata aku perlu berada disini mengurus festival yang nyatanya aku tidak berminat dengannya? Aku bukan tidak redha! Tapi sampai bila tradisi akan sentiasa menang dengan kehendak diriku? Sampai bila keinginan diri satu persatu ternggelam dek ikutkan tradisi hidup bermasyarakat?

“ Ahh!” Aku sudah bosan dengan mulut manusia.

Ada sahaja yang tidak kena. Tak banyak bergaul pun mereka bising, banyak bergaul pun pasti mereka bising juga. Sampai bila mahu pendam lara di hati tatkala terpaksa senyum kelat di hadapan manusia hipokrit? Mengapa lebih ramai memilih untuk ‘cakap-cakap belakang’ daripada berterus-terang. Pada aku, berterus-terang jalan terbaik menyelesaikan sesuatu masalah. Bagi aku berterus-terang mampu menguraikan kekusutan dua belah pihak. Tapi mengapa masih ramai memilih untuk diam di depan dan ‘cakap-cakap belakang’? Adakah kerana mereka seronok tanpa mereka fikir ianya mengundang sedih di hati pihak yang diumpat! Ianya membuat pihak yang diumpat lari menjauh diri. Aku jadi keliru mengapa sampai diri diumpat hanya bila mengelakkan diri pergi ke tempat yang mengundang lalai. Kerana aku mudah lalai orangnya! Jika ia tidak mengundang lalai bagi mereka, silakan bergembira disana. Aku tetap tidak mahu pergi! Kalau aku pergi apa mereka dapat? Kalau aku tak pergi pula, mereka tidak rugi apa-apa! Aku tidak faham apa yang mereka mahu! Aku tidak tahu apa yang boleh buat mulut mereka berhenti dari mengeji!

“ Ahh!” Aku tahu aku orang baru disini!

Tapi mengapa semua orang seakan mahu lepas tangan dalam semua hal? Mengapa segenap-genap perkara dianggap tradisi yang wajib dilalui oleh orang baru? Tidak ada sedikitkah rasa ikhlas dalam diri mereka dalam semua perkara? Atau orang baru menjadi tempat mereka melepas kempunan menjadi ‘orang lama’ disitu? Adakah prinsip mereka akan tetap akan menang dengan prinsip diriku sendiri?

“ Ahh!” Mana mungkin aku bertahan dengan keadaan ini! Adakah sabar sudah sampai ke kemuncak? Atau ini hanya mainan iblis!

Kembali kepada Allah s.w.t

“ Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,  padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [2:216]

Banyak yang kita tidak tahu sebenarnya. Pujuk hati kita dengan ayat ini. Ayat ini apabila dihayati, hati akan rasa benar-benar terpujuk untuk kita tidak terlalu membenci sesuatu, tidak pula terlebih suka pada sesuatu, agar jalan hidup kita dapat diteruskan dengan penuh redha dan senyuman🙂 Aku penat mengeluh! Aku penat menyinis! Sekarang aku redha dengan jalan hidup yang diaturkan untukku.

Ya Allah, aku hidup demi redha-Mu, bukan demi manusia.

Ya Allah, aku hidup demi redha-Mu, bukan demi manusia.

Ya Allah, aku hidup demi redha-Mu, bukan demi manusia.

Hilangkan sedih di hati ini Ya Allah. Hati ini telah putus asa untuk berusaha memuaskan hati semua manusia. Namun tidak akan berputus asa menjadi saudara terbaik untuk setiap mukmin.

8 thoughts on “Jalan Hidup(1) : Ahh!

  1. Pilihlah menjadi hamba Allah yang baik
    even gagal menjadi hamba Allah yang baik walau sampai ajal kita sekalipun
    sekurang-kurangnya kita CUBA menjadi hamba terbaik
    pergilah gelap cepatlah pergi!
    Aku seakan hidup bukan untuk diriku lagi😦

  2. People are often unreasonable, irrational, and self-centered. Forgive them anyway.

    If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives. Be kind anyway.

    If you are successful, you will win some unfaithful friends and some genuine enemies. Succeed anyway.

    If you are honest and sincere people may deceive you. Be honest and sincere anyway.

    What you spend years creating, others could destroy overnight. Create anyway.

    If you find serenity and happiness, some may be jealous. Be happy anyway.

    The good you do today, will often be forgotten. Do good anyway.

    Give the best you have, and it will never be enough. Give your best anyway.

    In the final analysis, it is between you and God. It was never between you and them anyway.

  3. moga tabah… mungkin kita tidak dapat memilih takdir yg telah terjadi, tp kita boleh memilih tindakan untuk menghadapinya… apa-apa pun pilihan kita, moga Allah redha…

    p/s : adalah tu hikmah yg tersirat di sebalik liku-liku kehidupan yg kita lalui… Allah kan hanya memberi yang terbaik kepada hamba-Nya… Allah kan sayang pada kita… kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s