Gaduh Itu Macam Bisul

Semua mesti tahu tentang hadis ini kan?

“Tidak halal bagi seseorang muslim itu untuk tidak bercakap kepada saudaranya lebih dari 3 hari, sesiapa yg tidak mahu bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari lalu ia mati maka ia masuk neraka.” (HR. Abu Daud)

Senang atau susah untuk amalkan hadis di atas? Susah bukan? Setiap orang ada ego masing-masing,macam dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham,si ayah dah menyesal dan mengaku salah tapi pantang dia pergi meminta maaf dengan anak,mana pride nya sebagai seorang bapa? Si anak bila sudah lama berpisah,memang dalam hati ada rasa kesal dan ingin meminta maaf tapi malu dan segan mula kuasai diri,lantas satu perpisahan yang agak lama berlaku.Dari segi moral yang cuba disampaikan dalam filem ini,bagi saya ia adalah salah satu filem yang terbaik untuk ditonton,moga kita dapat pengajaran daripadanya.

Kenangan Terindah 02-04

Suatu ketika di tingkatan 1 Falahiah.

“Amir,aq nak study ni,jangan la kacau aq..”Tegur Adam yang sedang fokus menghafal perkataan seerti dan berlawan bahasa Arab.

“Alah,gurau la…”Balas Amir.

Tengah Adam menghafal lagi,sekali lagi Amir kacau. Kali ini Adam sudah tidak mampu bersabar,dia menghempap buku yang dibaca dan meninggalkan Amir bersendirian. Pada petangnya,Amir cuba meminta maaf tapi Adam tidak mempedulikannya. Begitu juga pada malam hari,perkara yang sama berlaku sehingga Amir bosan asyik dia yang terpaksa merendahkan egonya,lalu dia ambil keputusan untuk berjauhan dengan Adam.

Bukan tidak ingin maafkan Amir tapi ingin beri dia sedikit pengajaran. Memang ada rasa ingin memaafkan dalam hati Adam cuma dia fikir tunggu masa sesuai baru dia maafkan Amir. Bila masa yang sesuai itu? Dia pun tidak tahu.

Perbalahan ini berterusan 2 bulan lamanya. Kalau dulu boleh tengok 2 kawan ini bermain teka-teki, bermain titik di atas buku petak kecil,sama-sama tidur dalam kelas bahasa Arab,kini tinggal lubang kosong di situ. Amir tetap setia di mejanya tapi Adam sudah berpindah di meja yang lain. Ukhwah yang mereka bina bermula dari Taa’ruf Week(minggu orientasi) musnah akibat satu perbalahan yang kecil.

3 bulan selepas itu,Adam tersentak dengan hadis di atas yang dibaca oleh seorang Naqib tingkatan 3,bukan dia tidak tahu tentang hadis tersebut tapi dia lupa. Malam itu dia menangis sebelum tidur,kalau hadis itu kata 3 hari tidak bercakap mati masuk neraka,dia dan Amir? Sudah 3 bulan!

Keesokannya,dia berjumpa Amir secara personal dan meminta maaf atas kesilapannya.Amir yang sememangnya mengaku diri yang bersalah pasti memaafkan Adam. Tapi! Hubungan mereka seperti ada satu tebing yang memisahkan,bila mereka berjumpa,mereka tidak mampu lagi bergurau atau berbual panjang,sekadar memberi salam dan senyum,itu sahaja.

Cop! Cerita di atas bukan satu rekaan,tapi adalah realiti. Peristiwa ini berlaku di sekeliling saya suatu ketika dahulu. Hanya kerana perbalahan yang sangat kecil tapi disebabkan ingin menahannya lama-lama,bengkak yang kecil itu menjadi besar. Memang pada akhirnya kedua-dua berbaik tapi kemesraan itu sudah hilang.Bila bersama,mula terasa janggal,ada sahaja yang tak kena.

Saya yakin anda juga pernah mengalaminya atau mungkin kawan di sekitar anda mengalaminya. Kalau kita perhatikan hadis di atas,bentuk hadis di atas ialah hadis amaran. Kalau tidak bercakap dengan saudara kita lebih dari 3 hari,masuk neraka. Nauzubillah. Malah ada satu ulasan tentang hadis ini,yang dimaksudkan dengan tidak bertegur-sapa bukanlah sekadar memberi dan membalas salam tetapi ‘hati’ yang bertegur sapa,selagi ‘hati’ tidak mampu bertegur sapa,maka neraka untuknya,wallahua’lam.

Kalau ada 2 kenderaan,yang satu pasti selamat dan yang kedua tak pasti selamat(50-50),yang mana anda pilih? Kalau saya,saya pilih yang pasti selamat. Begitu juga dengan maksud hadis di atas,samada bertegur sapa secara ‘hi’ dan ‘hati’,lebih baik kita ambil yang bertegur dengan ‘hati’,bukankah itu lebih selamat?

Kadang-kadang,bila berlaku sedikit pertengkaran dengan kawan baik kita,kita lebih rela memanjangkannya. Alasan kita,menunggu masa yang sesuai atau ingin memberinya sedikit pengajaran yang kita katakan sebagai satu bentuk tarbiyah kepada hati kawan kita. Tapi ketahuilah, tindakan menangguhkan perdamaian hanya menambahkan lagi luka dan duka. Macam bisul,lagi dibiar,lagi bengkak jadinya,analogi mudah tapi kita tak pernah terfikir tentangnya. Mungkin,pada pendapat saya,inilah mesej yang cuba disampaikan oleh hadis tersebut. Kalau berbalah,jangan lama-lama,nanti mendatangkan kemudaratan.

Jangan ditunggu waktu yang sesuai sebab syaitan tidak akan membiarkan waktu itu muncul.

“Em…Bulan ni sibuklah,bile nak borak dengan die..Em…oklah,nanti masuk bulan depan aku maafkan lah dia….”

Baiklah,mungkin bulan ini anda sibuk jadi anda tidak ada masa memaafkannya,berborak dengannya,membaiki perhubungan dengannya tapi anda yakin bulan depan ada tidak sibuk. Ya,mungkin anda tidak sibuk tapi si dia? Si dia juga manusia,tidak lari dari rutin seorang manusia. Ok lagi kalau dia sibuk tapi bagaimana kalau dia sudah tiada nanti? Mahu menyesal seumur hidup nanti.

Jadi wahai kawan,jom sama-sama kita renungkan ayat 10 dari surah Al-Hujurat:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Apa lagi yang ditunggu? Kalau ada orang yang kita berdendam,jom maafkannya. Saya tahu susah,tapi mari kita amalkan apa yang Rasulullah amalkan. Rasulullah seorang manusia biasa,yang ada hati dan perasaan macam kita,bayangkan sewaktu baginda dipulau,dicaci,dimaki,dipukul di Makkah,bila baginda datang balik ke Makkah,baginda maafkan segala kesalahan orang Makkah yang terdahulu.Selawat ke atas baginda dan keluarganya.

Ayuh jadi insan yang pemaaf seperti Rasulullah,bukankah kita umat baginda? Fikir-fikirkanlah~

http://www.youtube.com/v/luTAABtp5_M?fs=1&hl=en_US&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f

Advertisements

4 thoughts on “Gaduh Itu Macam Bisul

  1. tips kalau gaduh : ingat balik benda2 baik yang kawan kita penah buat kat kita.apa2 yang die penah tolong kita toka ๐Ÿ™‚
    biasanya dalam persahabatan,yang baik dan manis itu lebih banyak
    yang x manis tu kadang2 je ๐Ÿ™‚
    oh kawan jadilah seperti si matahari ๐Ÿ™‚

  2. wlpn kwn mintak maaf, tp kdg2 kte wt xtahu je.. bila ego & mrh mnguasai diri, sume benda di sekeliling,rasa xbetul. so, kawal marah dan kikis rs ego. kwn kita xternilai hrganya.

    hrp azam ini terlaksana.

    sebab sebenarnya, kita xde masa utk b’gaduh. ๐Ÿ™‚

  3. sebab sebenarnya, kita xde masa utk bโ€™gaduh

    betul tu… jadi kawal2 ye perasaan marah dan emo… peringatan untuk encik Muzaf, sahabat2 dan saya sendiri…

  4. sederhana dalam bersahabat..

    kadang-kadang bila kita dah terlalu rapat&sayang dengan seorang sahabat, kita semakin tidak dapat menerima kelakuannya, sebab kita merasakan dia sepatutnya sudah kenal kita, sepatutnya tak buat begini pada kita dll…
    Tak pasti jika hanya saya yang merasakan begini. Tapi bila kita dah terlampau baik dgn seseorang, kita lebih mudah kecewa dengannya. Jadi, berpada-pada dalam bersahabat =)

    Apa2 pun, bersederhana lebih baik.
    Hakikatnya, kita manusia yg penuh dgn kekurangan.
    Sahabat kita juga manusia yg penuh dgn kekurangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s