Vektor dan Kita

Mencari kekuatan ~picture by Dpressed Devianart

Dalam subjek Matematik, bab vektor boleh dikatakan sebagai asas. Vektor diaplikasikan dalam banyak perkara. Dalam proses menjadi jurutera, inilah antara yang perlu kami pelajari dan kuasai.

Bagi yang tidak tahu apa itu vektor, saya akan cuba menerangkannya semudah yang mungkin.

Dalam dunia fizik terdapat dua kuantiti iaitu, kuantiti skalar dan kuantiti vektor. Kuantiti skalar hanya mempunyai magnitud (saiz). Contohnya, suhu, masa dan isipadu. Kuantiti vektor pula ialah kuantiti yang mempunyai magnitud dan arah. Contohnya, sesaran, momentum, daya, pecutan dan sebagainya. Sudah faham?

Baiklah.

Artikel kali ini mungkin nampak pelik sedikit. Tapi bagi saya, sangat menarik. Mungkin kita sendiri tidak pernah mengaitkan hukum fizik dengan kehidupan seharian kita. Kan?

Konsep vektor menerangkan bahawa, arah daya yang sama magnitudnya akan menentukan magnitud daya keseluruhan yang bertindak. Faham? Cuba lihat rajah di bawah:

Daya A dan B adalah 2 daya yang bertindak.

Kes 1. Daya A dan daya B mempunyai arah yang sama. Katakanlah daya A= 5 Newton. Daya B= 2 Newton. Jadi daya keseluruhan ialah 7 Newton, yang ditunjukkan oleh anak panah R (5N+2N).

Kes 2. Daya A dan B mempunyai arah yang berbeza. Daya A dan B masih sama seperti dalam kes 1. Tetapi disebabkan arah yang berlainan daya keseluruhan R hanya 3 Newton (5N-2N=3N).

Kita Juga Begitu

Kita manusia juga ada kekuatan (daya), tapi kalau kita berpecah-belah dan tidak sehaluan( berlainan arah), daya keseluruhan tidak akan mencapai tahap maksimumnya. Ya, separuh tahap maksimum pun tak sampai!

Sama juga dengan kehidupan kita. Kita melihat umat hari ini berpecah-belah. Apabila matlamat perjuangan tidak ditetapkan kerana Allah s.w.t, maka berlakulah perpecahan. Kita manusia adalah khalifah di muka bumi. Ada khalifah yang benar-benar patuh dan taqwa kepada Allah s.w.t. Tapi, ada juga ‘khalifah’ yang matlamatnya mengumpul harta benda, kemewahan, pangkat dan sebagainya semata-mata untuk kepentingan diri, bukan ke arah menegakkan agama Allah s.w.t. Maka khalifah ini selayaknya dipanggil ‘sampah’.

Inilah punca mengapa umat Islam hari ini lemah. Hakikatnya kita sebenarnya mampu menjana 7 Newton,  tapi kerana matlamat yang berlainan, hanya 3 Newton yang terhasil.

Sesal Bukan Jalan Keluar

Jadi adakah kita sekadar melihat punca kelemahan umat ini? Adakah kita sekadar  mengherdik perpecahan umat ini dan menganggap tiada jalan keluar? Saudaraku,anda, saya dan mereka adalah sebahagian daripada umatnya. Kitalah penggeraknya. Sesal dan kesal bukanlah jalan keluar.

Bagaimana?

Kita mestilah bersatu-padu. Ya, ukhuwwah. Ukhuwwah kerana Allah sw.t.

Bagaimana?

Sangat banyak caranya. Cuma kita yang perlu menggerakkannya. Contohnya, usrah. Usrah membawa kepada ukhuwwah yang kukuh. Inilah ruangnya mencipta jalinan ukhuwwah semata-mata kerana Allah s.w.t. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, dua lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t, akan mendapat perlindungan arasy-Nya pada hari kiamat.

Solat berjemaah. Sungguh solat secara berjemaah itu lebih terasa nikmatnya berbanding solat bersendirian. Hubungan antara umat Islam juga semakin kukuh. Saling mengenali dan mengambil berat. Inilah salah satu kelebihan solat jemaah. Dan di situlah lahirnya kekuatan umat Islam.

Binalah Ukhuwwah!

Binalah ukhuwwah di antara kita. Ukhuwwah yang membawa kita kepada rahmat Allah s.w.t. Biarlah ukhuwwah yang terbina di antara kita seperti cubit peha kanan, peha kiri yang terasa sakitnya. Hari ini kalau sahabat kita hanyut, kitalah yang harus mendekati dan mentarbiyahnya semula. Bukannya melarikan dan menjauhkan diri. Bekerjasamalah menggerakkan dakwah dengan kekuatan magnitud yang kita ada. Gunakanlah kemampuan kita selagi mampu kerana dengan membenci kemaksiatan itu adalah selemah-lemah iman. Benar, usaha dakwah memang bukan sesuatu yang mudah, namun, itulah tanggunjawab kita sebagai sahabatnya.

Ingatlah hablumminallah dan hablumminannas. Peliharalah hubungan dengan Allah dan hubungan baik dengan manusia.

Renungkanlah sebentar sabda Rasulullah s.a.w:

“Kemesraan, kasih sayang dan saling berbelas kasihan antara muslim diibaratkan seperti satu jasaad; apabila satu anggota mengadu kesakitan, seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2 thoughts on “Vektor dan Kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s