Dialog Hin dan Han 2

Sekadar coretan seorang insan yang memerhati dengan mata dan mendengar dengan telinga pinjaman Ilahi. Mahu menyampaikan sebuah mesej yang selalunya tidak terlafaz dengan kata-kata.

(1)

Hin: Kau masih buat perkara tu lagi ke Han?

Han: Yer. Kenapa?

Hin: Tapi kau tahu kan benda tu berdosa. Lagipun sampai bila kau nak terus macam ni? ALLAH bagi akal supaya kau berfikir dan kekuatan iman untuk memilih. Kau berhentilah Han.

Han: Rileks la bro, kubur kita lain-lain, aku tau la jaga diri aku. Kau tak payahlah nak sibuk. Dah tua nanti aku taubatla.

Hin: Sebab kubur kita lain-lain la aku nasihatkan kau. Kalau sekali, insyaALLAH aku boleh tolong.. Tapi dah ALLAH tuliskan setiap orang bertanggungjawab atas dosa sendiri. Aku tak nak biar kawan aku dapat dosa. Azab ALLAH tu pedih, Han. Lagipun bila-bila je kau boleh mati, dengan takdir ALLAH, lagi seminit pon kau boleh mati. Sempat tak nak taubat??

Han: Erk!

(2)

Hin: Kau dah solat ke belum ni Han?

Han: Kejap lagi la.. Lagipun masa panjang lagi ni..

Hin: Tak baik lewatkan solat, Han. Lagipun kalau solat hujung waktu nanti kelam kabut, nanti tomakninah pun ke laut jadinya.

Han: Ala, xpela Hin, asalkan aku solat.

Hin: Owh, macam tu yer. Asalkan kau solat.. Hurm..

Han: Betul kan. Asalkan aku solat. Eh, Hin aku nak pinjam baju kau boleh? Nak keluar hujung minggu ni.. (Kata Han sambil tersengih)

Hin: Oh, boleh-boleh. Kejap ye aku ambil. Nah, ambil ni. Aku rase sesuai kot.

Han: Eh, ape ni Hin? Macam kain buruk je baju ni. Takkan nak pakai baju macam ni kot?

Hin: Eh, okla tu. Tadi kau cakap asalkan kau solat, lewat pun xpe. Jadi okla baju tu macam kain buruk pun, asalkan kau pakai baju. Sama je kan? Eh, sama lah. Sangat sama. Kalau solat yang sambil lewa, akhir waktu, tiada rasa, tak sampai ke langit. Akan dicampak semula kepada kita umpama kain buruk. Jadi same kan?

Han: Erk!

(3)

Han: Kenapa orang terlalu pentingkan penampilan berbanding hati? (Han secara tiba-tiba mengomel kepada Hin yang sedang membaca buku.)

Hin: Maksud kau Han?

Han: Takdelah, ade orang pernah cakap kat aku, kenapa pentingkan sangat penutupan aurat, sedangkan yang penting adalah hati.

Hin: Maksud kau, seorang perempuan tu tak perlu tutup aurat, asalkan dia dapat kekalkan hati yang baik?

Han: Macam tula.

Hin: Bagi aku dua-dua sama penting dan bergerak selari. Kerana dua-dua adalah tuntutan agama.

Han: Tapia de je orang yang tutup aurat tetapi hati busuk dan ada juga yang tak tutup aurat tapi hati baik. Camne tu? Jadi penutupan aurat ni tak dapat tentukan apa-apa kan?

Hin: Jadi, kedua-duanya dalam kerugian. Sebab Islam itu perlu diambil secara menyeluruh bukan ambil separuh dan tinggalkan separuh yang lain. Kau tak boleh cakap camtu kerana seolah-olah  kau mempersoalkan perintah ALLAH. Penutupan aurat ni sebagai bukti sesorang itu beriman kepada ALLAH.  Menurut perintah ALLAH tanpa soal, kami dengar dan kami taat. Kau cakap tadi hati yang baik itu lagi penting dari tutup aurat kan? Aku nak tanye sikit, macam mana kau definisikan hati baik tu?

Han: Hurm, hati yang takutkan ALLAH la. Kan hati tu yang penting.

Hin: Owh, macam tu eh. Tapi kan Han, kau tak nampak ia sedikit ironi ke? Memiliki hati yang takutkan ALLAH, tapi perintah ALLAH untuk tutup aurat pun tak dapat nak laksanakan? Sedangkan sesiapa yang tak tutup aurat akan diazab ALLAH. Percayalah Han, menunaikan perintah ALLAH itu adalah cermin kepada hati yang baik dan takut pada ALLAH. Kalau adapun orang yang menutup aurat telah nampak teruk kat mata kau, itu salah dia. Pandang Islam pada agama dan aturannya, bukan semata-mata pada penganutnya sahaja. Segala amalan adalah cermin pada keimanan yang ada dalam hati. Kau jangan persoalkan perkara macam ini lagi. Yakinlah setiap perintah ALLAH itu yang terbaik. Ok Han?

Han: Erk! Ok Hin. Aku faham.

One thought on “Dialog Hin dan Han 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s