Engkaulah Apa Kau Fikirkan

Tentu kita semua biasa dengan lagu yang bertajuk, “Kau Boleh!” ini. Sejak kita di bangku sekolah lagi, lagu ni sering dimainkan di kursus-kursus motivasi, bagi menaikkan semangat para pelajar untuk berusaha menjadi yang tebaik, menanamkan keyakinan boleh berjaya dalam diri. Beruntunglah mereka yang benar-benar menghayatinya, merugilah mereka yang hanya menyanyi tanpa mengambil pusing bait-bait lagu ini.

http://www.youtube.com/v/ldfszEX2WI8?fs=1&hl=en_US&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f

Dalam Islam juga, terdapat hukum seperti ini. Hukum Tarikan. Ya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Setinggi mana kepercayaan kita terhadap sesuatu yang hendak kita peroleh, insyaAllah, kita akan memperolehinya, berkat keyakinan kita. Tentu sekali keyakinan kita pada Allah SWT Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Memakbulkan segala permintaan hamba-hambaNya. Kuncinya hanya satu, keyakinan yang teguh dalam hati.

“…AKU seperti sangkaan hamba-hambaKU kepadaKu. AKU akan bersama-sama mereka ketika mereka mengingatiKU..Jika mereka mengingatiKU dalam diri mereka, maka AKU akan mengingati mereka dalam diriKU(maksud sebenar kembali kepada ALLAH)..Jika mereka menyebutKU(mengingati)di khalayak ramai, maka AKU akan menyebut (mengingati) mereka di khalayak yang lebih baik dari itu…”
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sejauh mana kepercayaan kita terhadap Allah yang setiap masa memerhatikan kita, mendengar segala luahan hati kita, itulah yang akan Allah hadiahkan buat kita. Berhenti mengeluh terhadap doa-doa yang belum termakbul. Sesungguhnya Allah sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Mustahil Allah tidak mendengar doa hambaNya. Perhatikan dan beleklah hati kita, perlakuan kita, makan, minum dan pakaian kita, aktiviti harian kita, layakkah doa kita dimakbulkan olehNya?Sedangkan hati kita sendiri tak yakin yang Allah akan makbulkan. Kita sendiri sudah seakan berhenti berharap. Kita sendiri sudah berputus asa dengan diri sendiri.

Suatu yang positif akan menarik suatu yang positif. Tumpukan pada minda dan hati keinginan anda. Serta yakinlah yang Allah ada bersama dalam setiap gerak usaha anda menuju sesuatu yang ingin dicapai. Selagi kita mampu untuk positif terhadapnya, berkali-kali kita jatuh pun, kita tetap mampu untuk bangkit dan berusaha kembali. Sebab jauh dalam hati kita, tersimpan satu keyakinan yang utuh bahawa, selagi yang kita inginkan itu benar, jalan kita menujunya adalah benar, pasti Allah akan membuka ruang untuk kita mencapainya walau dengan apa jua cara sekalipun.

Begitulah pula yang terjadi apabila kita memikirkan yang sebaliknya. Pernah dengar pepatah “Orang kaya semakin kaya, orang miskin smeakin miskin”. Ada benarnya pepatah ini. Hal ini terjadi apabila orang miskin asyik mengeluh tentang kemiskinannya, membuat kerja ala kadar sebab memikirkan sebanyak mana pun dia berusaha, pasti tidak membuahkan hasil jua. Akhirnya hidupnya kekal miskin malah lebih buruk lagi semakin miskin. Berbeza pula halnya dengan orang kaya yang sentiasa berfikiran positif bahawa hari ini akan ada rezeki baru untuknya. Berusaha pula dengan keyakinan akan Berjaya. Lantas segala yang diinginkannya dapat dicapai. Sebab kita adalah apa yang kita fikirkan. Benar, kuasa minda dan hati mampu mengatasi kekuatan fizikal jika kita yakin dengan diri kita dan pertolonganNya.

Hukum tarikan ini boleh digunakan untuk apa sahaja dalam hidup ini. Daripada sebesar-besar perkara, keinginan untuk meraih redhaNya dan berjaya menjejaki syurga, sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti mencari parking kereta. Contohnya sewaktu memasuki kawasan parking, minda dan hati kita perlu yakin, hari ini memang mudah untuk jumpa parking kosong. InsyaAllah, keyakinan kita akan menemukan kita dengan parking kosong.

Hukum ini boleh digunakan untuk berhubung sesama manusia juga. Pernah tak anda merasakan bahawa nak sangat makan ayam masak merah masakan emak. Tiba-tiba pulang ke rumah, lauk yang anda idamkan telah sedia terhidang untuk anda. Ini berlaku sebab sebenarnya anda telah menghantar pesanan kepada ibu secara tidak langsung, lantas ibu menerima dan bertindak. Seakan tidak masuk akal bukan? Tapi itulah yang akan berlaku jika kita percaya hal tersebut akan berlaku. Sebab di atas segala-gala yang terjadi dalam hidup ini, ada satu kuasa Yang Maha Agung, yang bertindak untuk mengaturkan setiap sesuatu. Allah Yang Maha Mengetahui setiap perkara yang terdetik dalam hati kita. Yakinlah, bahawa dia akan menolong kita mencapainya.

Mungkin sebab itulah kita disarankan untuk membayangkan orang-orang yang tersayang sewaktu membaca doa rabitah. Supaya dengan hati, minda dan keyakinan kita tertumpu untuk Allah makbulkan setiap yang kita doakan untuk diri kita dan mereka. Semoga Allah membantu kita dan mereka untuk bersama-sama mencari redhaNya dalam hidup ini.

Samalah juga halnya dalam mencari jodoh. Anda boleh menghantar kata hati kepada si dia secara tidak langsung. Bukan dengan telefon, bukan dengan sms mahupun ym. Cukuplah sekadar kata hati dan doa-doa anda yang akan menyatukan anda dengan si dia. Tak pernah pula dengar orang bercerita tentang keberhasilan teknik ini dalam bab jodoh. Tapi, insyaAllah, jika kita yakin, tiada yang mustahil dalam hidup ini asalkan matlamat kita benar, dan jalan yang kita pilih selari dengan syariatNya.

Jom, amalkan hukum tarikan dalam kehidupan harian kita!

Sematkan Allah dalam setiap detik hati dan gerak amal kita!

Advertisements

2 thoughts on “Engkaulah Apa Kau Fikirkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s